Assalamualaikum
Macam dah Addicted sangat . Asyik nak update new entry je.
Maybe sebab tak ada banyak kerja kan. So, macam-macam idea ada, nak tulis.
Entry kali ni pasal majlis pertunangan nufa dengan
seseorang. Cewah.. seseorang! Siapa! En tunang lah!
Alhamdulillah, majlis pertunangan nufa selamat dilangsungkan
pada 22 Februari 2014 (sabtu ) di kediaman family nufa dekat Alor Setar, Kedah.
Kenapa 22
Februari 2014?
My special day! Sebab hari ni hari lahir nufa!! Yeay… Korang
mesti verangan jugak nak buat something special on ur birt-day date kan.. Sama
jugak dengan nufa. Alhamudillah, tahun 2014 tahun nufa dapat merealisasikan
impian nak jadi tunangan orang! (one of my wish-list for 2014)
Macam Mana
boleh bertunang?
Nufa memang tengah berkawan (couple) dengan sorang ni. So,
masa new year, dia ada Tanya nufa. Apa wish – list
(azam) nufa untuk tahun 2014. So, nufa just cakap (acely
text whatsapp) nufa nak jadi tunangan orang! Tak dapat jadi isteri pon tak xpe
lg, dapat jadi tunangan orang pon okay dah… sebab umur dah 24tahun! Umur range 23 -27 ni memang layaknya dah
kahwin. Sebab kat Malaysia ni, ramai yang kahwin , umur dalam range macam ni.
Then, dia (couple) nufa masa tu cakap oo…oke… bila u nak
bertunang?
Nufa cakap main-main jer. Kalau nak bertunang, nak bertunang
hari birth-day! 22 Februari ! Kena plak
taun ni 22feb in on Saturday! Weekend! Ha, memang sesuai sekali kalau nak buat
majlis. :D Then, dia cakap oo lagi..
Nufa pon oke la. Memang dah selalu sangat weols discuss
tentang nak kahwin, bertunang, nak berapa orang anak, nak letak nama anak apa.
Biasa lah, topik-topik tengah bercinta. Macam loving couple sangat. Nufa tak
rasa nak beriya sangat, sebab nufa faham situasi nufa dengan dia. Dia pon baru
mula kerja. Sempat ke nak kumpul duit.! Anak dara kedah mahal uols! (sesapa ada
berkenan/minat dengan orang kedah, make sure poket tebal)
Since nufa pon tak bekerja, nufa tak harap sangat pon ada
orang nak masuk meminang nufa. Sapa lah nak orang yang tak bekerja. Uols jangan
ingat, perempuan tak kerja tak pa. last-last ke cerok dapur jugak. Tak okay!!
Lelaki sekarang memang nak cari perempuan yang bekerja. Sebab sekarang, kerja
seorang memang tak cukup.
Then, dia text (whatsapp ) nufa lagi, after a few days. Dia
balik kampung, dia ada discuss dengan family dia pasal nak bertunang. (eh, nak
bertunang dengan I ke? (dalam hati) ) . Tapi, family dia cakap nanty dulu. Owh,
nufa pon oke je la (punah
harapan!)
Nufa faham, dia baru sangat kerja. Baru nak mula kehidupan.
Ekonomi pon tak stabil lagi. So, nufa rasa oke je.. Ada jodoh, tak kemana kan.
Nufa macam tak berapa nak excited sangat. Sebab ni bukan percintaan pertama
untuk nufa. Nufa pernah kecewa, dan nufa tak nak terlalu mengharap. Ada jodoh,
ada la. Taka da jodoh, mungkin jodoh yang Allah tentukan lebih baik.
Dia tetap
berusaha
Lepas tu, dia macam frust sebab family dia macam tak endah
sangat dia cakap nak bertunang. Maybe sebab family dia rasa dia muda lagi kot.
Dia sama umur dengan nufa. 24 tahun still masih muda untuk lelaki kan.
Perempuan kan lagi matang daripada lelaki. Hiks! Bukan senang nak bina
keluarga, susah sebab kena fikirkan tanggungjawab! Nak bela/jaga orang cik
oi!!!
Nufa just bagitau dia, its ok. Tak apa lah. Muda lagi kan..
Kumpul duit duit. Dah cukup, masukla meminang! =)
Selepas dia dah merajuk bagai, then his family pon setuju
nak datang! Datang untuk apa? Datang merisik + meminang+ bertunang! (excited)
bila dengar tu. Then, he asking me, Boleh tak nak datang untuk rombongan??
Berbunganya hati nufa! Sebab tak sangka wish-list akan
tercapat. Masa tu bulan Januari. Nak bertunang bulan Februari. 22hb! Sempat ke
nak prepare everything ni? Ada orang, nak bertunang, 2- 3 bulan dah sibuk cari
macam-macam. Nufa ada dalam sebulan lebih je. Dengan tak bekerja. Hmm.. Memang
agak stress sebab, nak tertunang pon kena ada duet kot. Tak bekerja macam mana
nak prepare everything?
Then, nufa cakap terus terang kat dia. Nufa tak kerja. Nak
prepare apapon tak boleh. Kalau nak datang, cakap la sendiri dengan family
nufa. Then, dia pon call mak nufa. Dia bgtau mak nufa, ada rombongan dari
temerloh nak datang meminang. Boleh tak? Acely, nufa dah discuss dengan mak.
Mak kata oke je. Tapi kena tanya abah, abah bagi tak? Huh, nak tanya abah ni la
seriyau!
Nufa tanya abah, abah boleh tak? Abah cakap, tak kerja lagi.
Cari la kerja dulu. Hmm(punah harapan) !
Nufa faham. Seorang ayah nak yang terbaik untuk anak dia.
Walaupun nufa perempuan, nufa kena ada kewangan sendiri. Tak boleh nak harapkan
seorang suami/ lelaki. Kalau apa-apa jadi, sapa nak tolong nufa? Xpa, kalau
abah tak izinkan, takpa la.. Nufa faham sangat.
Tarikh
Ditetapkan
Tapi mak dengan
menggunakan kuasa yang ada (isteri) pujuk abah. Then, Abah bagi. Kena tanya
mak mintak tips nak pujuk suami!) . Tarikh untuk majlis
pertunangan telah pon ditetapkan pada 22 Februari 2014. Majlis diadakan selapas
zohor. =)
So, bermula lah preparation untuk majlis pertunangan nufa.
Fully Sponsored by family nufa! Alhamdulillah!
Nanty nufa akan buat entry untuk persiapan majlis tunang
nufa. Stay Tuned!
-nufangetnget-