20/365
Alhamdulillah. Hari ke - 20 untuk
tahun 2015 masih diberi ruang dan peluang untuk terus bernafas di bumi ini.
Dan hari ini hari ke-39 nufa
menjadi seorang isteri. Memang sangat-sangat awal usia perkahwinan ini. Baru 39
hari. Dan, dalam 39 hari ni, tak banyak lagi nufa berlajar. Baru nak memikul
tanggungjawab. Baru nak biasakan diri ada orang (suami) yang nufa kena
dahulukan.
Dulu, sebelum berkahwin macam-macam buat, untuk diri sendiri. Nak g
mana pon, pergi ja (dalam batas). Dulu
pernah kalau bosan, kuar g jalan-jalan (window shopping) sorang-sorang. Best
kan? Tak ada orang control. Dari segi kewangan, memang tak ada yang nak control
la sebab duit kita, kita punya. Nak beli apapon, tak da yang kisah. Ada duit,
jalan~~ . kalau taka da duit, duduk diam-diam.
Sebelum bergelar isteri
Zaman Universiti itu paling
seronok dan heaavenn
Paling best, time kat uni dulu.
Syurga dunia. The best part in my life, hidup zaman uni. (rugi pada yang
tiap-tiap minggu balik umah). Time uni, ada kawan-kawan yang sekepala. Nak, nak
pulak dapat geng yang kaki berjalan. Walaupon, bukan satu Kuala Lumpur (keyel)
dapat pusing, at least dapat tau jugak mana tempat yang boleh kitorang lepak.
Dulu zaman Uni, selalu lepak sampai 2 3 pagi. Port paling always lepak (m’cd).
Weekend, memang jarang la duduk dalam bilik. Akan keluar jugak. At least pergi
giant kt bangi. Sebelum weekend memang akan plan nak g mana. Kalau tak plan
pon, mesty ada je kemana-mana.
Shopping. - Perempuan sangat-sangat
rare kalau tak suka shopping. Baju, kasut, handbag. Normal (lelaki perlu tahu)
. Zaman uni, tak mampu sangat nak pakai yang branded-branded. Nufa memang stok
beli baju kat Time Square je. Cuma kalau kasut, nufa agak cerewet sebab kalau
kasut yang tak sesuai, memang sakit sangat kaki. So, memang kena pilih kasut
yang sesuai. Plus, kasut yang selesa, selesa nak berjalan-jalan. Nike, is my
favourite.
Lelaki perlu tahu, shopping untuk
perempuan adalah therapy! Setuju? Perempuan kalau stress, perkara yang
difikirkan (kalau ada banyak duit / duit lebih) , shopping. Nufa sendiri, kalau
stress (bergaduh dengan bf (masa tu)) memang akan terus ajak aten(bff) g
shopping. Memang akan rasa release sangat. Cukup la sekadar dapat sehelai baju. (tapi nufa selalu beli banyak helai baju)
Pentingkan diri sendiri daripada
orang lain - Memang sebelum berkahwin, kita
akan fikirkan diri sendiri (selfish) daripada orang lain. Apapon kita nak buat,
kita akan pk diri kita nak buat ke tak. Contoh, lapar. Kalau kita lapar, kita
ada dua pilihan . Makan atau tak makan. Kalau kita pentingkan diri kita
sendiri, kalau time tu , kita tak nak makan, kita tak makan. Tak masak, tak
beli makanan. Yang sakit, diri kita. Bukan orang lain. Yang tanggung kita,
bukan orang lain. Rumah bersepah, tak pa. Yang tinggal dalam tu, kita . bukan
orang lain. Tak da yang tegur. (tapi nufa memang tak hidup dalam bersepah.
Messy!)
Sebelum berkahwin
-
My Everything - Banyak nufa tengok sekarang ni, sebelum
berkahwin, (boyfriend is everthing) . Banyak orang tengah bercinta, hidup macam
dah berumah tangga walaupun belum sampai masanya. Siap dah mintak izin nak kemana-mana.
Tanggungjawab mintak izin sebelum kemana-mana is mintak dekat ibu ayah, bukan
boyafriend.
-
Kaki Control - Jangan sekat kebebasan awak
sebelum awak berkahwin. Sebelum awak berkahwin, awak dah dilarang buat itu,
buat ini. Contoh, kalau boyfriend awak
tak bagi awak g kenduri, korang tak pergi. Kalau dia tak bagi awak , drive,
awak tak driving. Dia tak bagi awak lepak dengan kawan-kawan (even berkawan) ,
awak tak berkawan. Dia tak bagi awak tengok bola, awak tak tengok. (macam tak
da life sangat) Dia tak bagi awak ambik lessen, awak tak ambik. Dia tak bagi
awak pakai baju, awak?? Perlu ke macam tu?
-
Bercantik - Memang kalau nak pergi dating,
memang komfem kena siap sejam awal. Siap fikir nak pakai baju apa seminggu
awal. Kalau boleh perfume nak pakai sebotol. Kat rumah dah spray. Keluar rumah spray lg. dalam kereta spray lg. kat meja makan, spay perfume lagi! Tapi bila dah
berkahwin??
-
Masa untuk Keluarga - Sebelum berkahwin, korang akan
ada banyak masa untuk keluarga korang. Terutamanya Siblings. Nufa ada ramai
adik beradik + sepupu. Yang sebaya. Kalau nufa balik kampung, nufa akan keluar
jalan-jalan dengan adik beradik nufa. Jalan-jalan dekat rumah je pon ( my
hometown is town) . 5 minutes dah sampai Bandar Alor Setar. Tak jalan, makan.
Lepak taman jubli bagi ikan makan, cari keropok lekor sedap kat gunung. Lepak
Ct Plaza, Karoake, main Bowling, Bawa mak pergi tesco, makan KFC kat tesco,
Makan malam kat dee burger. Hari-hari kalau nufa kat kampung, mak mesty ajak
keluar (nufa driver mak). Korang akan ada banyak masa untuk keluarga. Even,
dulu nufa duduk penang, every week rasa nak balik (sebab kat penang tak banyak
kawan, Ada kawan tapi selalu buat OT). Tapi, kalau uols bercouple,banyak masa
uols dengan couple. Nak g sana, dengan couple, tengok wayang, dengan couple,
makan KFC pon dengan couple. Dengan family?
-
Whatsapp/ Telegram - Korang akan Habis banyak masa dengan berwhatsapp
/ calling. Masa tengah hangat bercinta, korang akan every minute berwhatsapp (x
de dah zaman sms) . Korang akan update everthing kat boyfriend korang. Korang
akan say “I miss you” “lebiiu” “Goodnight” (nufa pon) . Tapi Lepas korang
berkahwin? Nufa bercinta (dulu) memang banyak masa habis ke sini, Banyak jugak
sebab 8 tahun. Bercinta dulu bukan dengan suami sekarang. So, rasa macam banyak
masa membazir!
-
Beli hadiah - Korang akan sanggup berhabis beratus
ringgit untuk bagi hadiah kat boyfriend korang. Sebulan sebelum birthday,
korang dah siap pk nak beli apa untuk bagi hadiah. Kadang-kadang, korang akan
search kat internet “hadiah yang sesuai untuk lelaki” . Betul tak?
-
Anniversary -Tarikh couple. Mesty korang akan
ingat. Korang mesty nak celebrate. (selalunya perempuan je beriya menda macam
ni sebab lelaki susah nak ingat tarikh)
-
Pemurah - Korang sanggup spent duit yang banyak untuk
boyfriend. Tak kisah nak belanja makan, nak makan sedap-sedap. Even kalau
boyfriend mintak pinjamkan duit pon , korang sanggup usahakan cari walaupun
korang memang dah sengket. Makan KFC, kalau boleh nak hari-hari.
Selepas Berkahwin
-
Korang hidup bukan untuk pentingkan diri
sendiri. Korang hidup ada orang lain (suami) di sisi. Sebelum berkahwin, memang
boleh malas. Tapi bila dah berkahwin, korang kena fikir tangungjawab.
Tangungjawab seorang isteri. Tangungjawab seorang suami. Korang kena search
dekat internet “macam mana nak jadi seorang isteri/suami yang sempurna” .
o
Untuk isteri - korang dah tak boleh nak
malas-malas. Yang tak tau masak (macam nufa) kena belajar masak. Yang malas nak
makan (macam nufa) kena rajin makan (sebab tu dah gemok sekarang walaupun baru
hari ke 39! ). Sekarang ni nak masak senang sebab ada MR google. Nak resepi
apa, search saja. (nufa selalu buat, sebelum balik dari kerja) . Nufa nak masak
ikan bilis pon, nufa search internet. Nak masak sambal sardine pon! (Ilmu kena
cari)
o
Untuk isteri - baju kena iron tiap-tiap minggu.
Baju diri sendiri. Baju suami. Nufa pon sekarang setiap minggu ari sabtu or
ahad, memang aktiviti meng-iron. Tapi, untuk suami, tak salah kan kalau nak
tolong isteri iron baju (attention untuk en husby!)
o
Untuk Isteri - nak keluar kemana-mana kena mintak
izin suami. Kalau suami tak bagi, korang kena redha.
o
Untuk isteri - setiap perkara yang korang buat
untuk suami, korang kena ikhlas. Sebab setiap pekerjaan yang kita lakukan untuk
suami, akan dapat pahala tau. Tapi, korang kena ikhlas, tak mengungkit. Tak
mengeluh (note to self. Kadang-kadang rasa nak bebai jugak, semua benda kena
buat. En husby, asyik main game ps je) (Nufa still dalam proses sesuaikan diri.
Memang susah, nak buat dengan ikhlas kalau kita asyik mengeluh. So, sebelum nak
mulakan sesuatu, kita kena Bismillah. Niat dalam Hati, Ya Allah, sesungguhnya
Apa yang aku lakukan ini, adalah ikhlas untuk mendapat keredhaan-Mu.
o
Untuk isteri - sebelum berkahwin boleh shopping
sampai duit habis, hari-hari makan Maggie pon x pa. Tapi selepas berkahwin,
korang kena dahulukan apa yang perlu. Contohnya, keperluan barang rumah. Korang
kena make sure, korang bukan hari-hari makan Maggie or sardin. Korang kena buat
saving dah. Simpan untuk kecemasan, simpan untuk hari akan datang. Gaji memang
tak pernah cukup. Bagi lah 10k sebulan, kalau tak pandai nak rancang kewangan ,
memang tak akan dapat simpan. Kalau korang bekerja, banyakkan simpan gaji
korang sebab suami dah banyak habis untuk keluarga kecil korang.
o
Untuk Suami - “ISTERI BUKAN ORANG GAJI” . Korang
boleh mintak nak macam-macam. Suruh itu, Suruh ini. At least, korang jangan
sama levelkan isteri = orang gaji. Isteri bukan kuli. Korang boleh perintah itu
ini. Isteri, di sisi. Yang perlu korang lindungi. Kalau dah dapat isteri tu tau
buat semua benda, at least korang hargai lah. Tak perlu bagi bunga seluas taman
bunga (tapi kadang-kadang nak jugak sekuntum bunga) , cukup sekadar ucapan
terima kasih.
Terima kasih,kadang-kadang tak perlu dari ucapan. Kadang-kadang
terima kasih lahirnya daripada kucupan, pelukan dan pujian.
o
Untuk Suami - Bantulah isteri. Kalau dah isteri
siap masakan, korang tolonglah basuhkan pinggan. Kalau isteri dah siap ironkan
baju korang, korang tolonglah basuhkan baju (masuk dalam washing machine je
kot). Korang hidup satu rumah kan. Saling membantu. Buat kerja sama-sama dapat
eratkan hubungan suami isteri kan.
o
Untuk Suami - luangkan masa lebih banyak untuk
keluarga. Memang banyak spend masa dekat rumah. Tapi kalau dekat rumah, korang
sibuk main game PS, mana masa untuk isteri? Komunikasi tu paling penting. Kat
rumah, kena banyak berbual bersama-sama. Sama-sama bercakap. Sama-sama bergurau
senda (bukan di bilik tidur saja)
o
Untuk Suami & isteri - masalah rumah tangga, tak perlu ada pihak
ketiga (dalam kelambu pon tak perlu
bercerita pada sesiapa). Hal rumah tangga, hal suami dan isteri. Ada masalah,
bincang sama-sama. Kadang-kadang diam tu tak membawa kepada jalan penyelesaian.
o
Untuk Suami & isteri – ikhlaskan hati dalam
melakukan sesuatu perkara untuk bersama. Spend time untuk bersama. Aktiviti riadah,
bersama. Hujung minggu aktiviti untuk bersama keluarga kan. Tapi bukan duduk
kat rumah saja kan. At least, keluar lah ke pasar malam bersama-sama.
o
Untuk Suami & isteri - kalau sebelum
berkahwin, korang boleh nak ber “I miss you” “lebiu “ ‘gudnight” , kenapa
selepas korang dah berkahwin, Korang stop. Padahal , sekarang bila dah
berkahwin, korang dapat pahala lagi cakap “lebiu’ tu. Kenapa perlu hentikan
sweet talk macam tu?. Tak kisah la, suami korang ada kat sebelah, tak salahkan
nak wish, goodnight, sweetdream. I love you. I miss you walaupun ada kat
sebelah? Kan? (dear en husby, awak perlu tahu ni. Nak everyday , awak cakap kat
saya I miss you, lebiu!)
o
Untuk Suami & Isteri – Nafkah. Kedua-duanya.
Zahir dan Batin. Kalau sebelum berkahwin, sanggup berhabis beratus ringgit,
sekarang dah berkahwin kenapa tak boleh nak berhabis beribu ringgit untuk
isteri tercinta?
o
Untuk Suami & Isteri – Sentiasa lah berdoa
untuk kehidupan supaya dipenuhi dengan kasih sayang, rezeki yang melimpah ruah,
dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Semua terletak pada diri. Ramai yang
berubah selepas berkahwin. Daripada tak solat langsung, solat satu waktu dan
berubah ke 5 waktu sehari. Kita manusia, usaha +ikhlas + redha itu yang
penting. Niat bermula dengan hati yang mahu berubah. Solat bukan kerana
terpaksa. Buat dengan ikhlas, dengan hati. Inshaa-Allah. Allah sentiasa buka
pintu taubatNya. Dirikan solat berjemaah bersama-sama (27x pahala kot)
Nufa tulis berdasarkan
pengalaman. Pengalaman daripada nufa yang baru melangkah ke alam perkahwinan.
Sebenarnya, memang perlu ready nak masuk alam perkahwinan. Ramai cakap, dah
berkahwin, nanty boleh belajar. Memang boleh belajar, ibarat macam culture
shock jugak kalau tak ready nak masuk alam perkahwinan. Kalau salah laluan yang
kita pilih untuk menuju kebahagian, maka kebahagiaan tu tak akan datang.
TAPI, paling penting. Paling
perlu sentiasa ada dalam diri kita. Perkahwinan tu bukan indah berlaka.
Sebelum
berkahwin,
- Jangan nak berangan, pagi-pagi akan ada si suami tolong kiss
korang. Tolong kejut korang bangun tidur subuh (sebaliknya korang yang kena
kejutkan).
- Jangan berangan korang akan romantik hari-hari (main kejar-kejar
dekat dapur),
- Jangan berangan suami korang akan puji korang masak sardin tu
sedap,
- Jangan korang berangan hari-hari boleh candle light dinner,
- Jangan
berangan korang boleh pergi honeymoon tempat yang cantik + romantic gila-gila.
Korang bukan masuk rancangan raikan cinta @ mahligai cinta (memang romantik
habiss) . Korang hidup dalam dunia yang realiti. Hari-hari yang korang lalui
adalah usaha daripada diri korang. Sentiasa berdoa agar hubungan halal yang
dibina, kekal sehingga ke syurga Nya.
Always remember ,
- Don't expect too much. It's always better to feel surprised than to feel disappointed -
-nufangetnget-