Wednesday, January 14, 2015

Minah Kilang Itu Aku



Minah Kilang Itu Aku 

Ni Antara entry yang nufa nak kongsi. Selepas bertunang, Nufa bertekad untuk cari kerja. Susahnya nak cari kerja (memang pon!) Mungkin usaha kurang, rezeki pon tak datang. Selepas 6 Bulan jadi penganggur, Kakak Nufa (kak sulung) suruh nufa kerja kilang. What???? Kerja kilang.. OMG ! X mau la… (persepsi masyarakat) (Aku ada degree kot! Why nak kerja kilang?) 

Dear Hati, 

Rezeki tak datang bergolek. Diri sendiri kena cari. Mungkin bukan rezeki kau nak dapat kerja yang sesuai dengan degree yang ko banggakan tu. Kalau Rezeki kilang ni datang, kau kena terima. Kau pon nak kawen kan (masa tu). Mana kau nak cekau (dapat) duit kalau kau tak usaha. Harap mak bapak kau jer semua. Common, kau ada degree kot, tak kan makan duit mak bapak kau lagi. (tersentap!)

Then, nufa pon ikut akak nufa ke penang (island) . Bermula lah kerja minah kilang. Jawatan? : operator pengeluaran. Skop kerja? – buat kerja kilang. TITIK! 

Jangan pandang rendah orang yang kerja kilang. Sebab, rezeki dari Allah. Gaji, basic pon not bad 900. Belum masuk OT (overtime ) + elaun. Lebih daripada ko kerja duduk dekat ofis . Nufa kerja dekat B Braun Medical Industries. Company ni from Germany.Buat Barangan hospital. Yes, Barang hospital. Memang seronok kerja kilang ni. Nak,nak, duduk bahagian packing . Kerja memang terok. Sebab kena kerja shift. Ikut la shift apa company tu provide. Macam nufa dulu kerja shift ada 3 (pagi , ptg, malam) .

 Memang first week, nufa balik kerja terus tidur. Lepas tu baru terasa ngam dengan situasi dan keadaan kerja. Tak pernah buat kerja berat-berat. Angkat kotak, susun barang. Kat kilang, memang sangat berhabuk (packing kan, main dengan kotak) . Muka memang  tak payah nak jaga la kn.huhu


Apa yang best kerja kilang 


-          Tak payah nak fikir apapon. Just pergi kerja then, balik. Takkan nak pk macam mana nak capai target plak kan. Ada jugak yang pk, contohnya pk nak bawak bekal apa ya. Wey, hari ni masak apa. Jum bawak bekal!


-          Kawan-kawan yang friendly. Most of them. Yes, memang diakui,kawan-kawan kilang memang best (kawan nufa la) . Satu kepala kadang-kadang. Kalau nak kutuk, semua pakat kutuk(dosa berjemaah). Korang akan ada group masing-masing. Macam nufa group shift B. Memang happening. Walaupun leader macam tak (kutuk belakang ) .Kitorang selalu kuar makan sama-sama. Lepak sama-sama. P pesta penang jer tak sempat sama-sama (nufa dah berhenti).


-          Ada elaun makan plus makan memang murah . Kilang nufa kerja memang ada elaun makan. Rm2.00 sehari. Nufa memang stok makan ayam + tak makan macam-macam (means ambik macam-macam jenis lauk macam kak eida). So, memang ambik sikit je. Selalu bayar kena tambah Rm2.00 je! Air free! Best gila. Memang Jimat sangat. (memang boleh simpan pon duit untuk kahwin) .

-          Pakaian Bebas – Boleh pakai jeans, track suit pon tak de hal (nufa x penah lagi la pakai selama bekerja)


-          Boleh buat Overtime – OT sentiasa ada. Even hari kerja public. Contoh kalau kerja public. Boleh dapat dalam 100+ (banyak tu) . Ari sabtu dengan ahad memang kilang nufa kerja cuti. Tapi, boleh buat OT. So, memang best sikit la. Kalau tak nak buat OT, boleh rehat macam orang kerja kat ofis.

-          Gaji 2x sebulan – ni memang heaven! Nufa suka sangat gaji 2x sebulan. Masa rasa cepat je. Seronok tak payah nak tunggu hujung bulan , baru nak dapat gaji. Duit kalau kering pon, tak payah nak tnggu lama-lama.  Macam dulu, nufa kerja basic RM900.
o   Setengah bulan gaji : 450
o   Elaun Shift (malam) : 40
o   Elaun Shift petang : 16.50
o   Overtime : ikut jam korang buat . nufa pernah buat 48 jam. Dapat dalam 500 macam tu (tak ingat
o   Total : 1000+ (untuk 2 minggu gaji sahaja. )
o   Gaji masuk 15hb dgn hujung bln 30 @ 31 hb


Tak Best kerja kilang 


  • -          Penat : mestila . sebab kerja shift 



  • -          Orang sekeliling – leader , supervisor. Kalau dapat leader or supervisor yang best. Untong. Kalau dapat macam #####, cekelat angin! 


P/s : Tak kisah apa kerja yang kita buat, buat dengan ikhlas, dengan usaha kita sendiri. Biar walaupun kau kerja sebagai minah kilang, orang lain tak pandang kau. Tapi kau kerja dengan bersungguh-sungguh, kau akan rasa puas hati bila kau dapat gaji. Kau tau gaji kau tu berkat usaha kerja kau. Bukan kau duduk saja-saja tak buat apa, dapat gaji. Tak perlu la nak dengar orang cakap apasal kerja kilang ja. Ada degree, kerja kilang. (kau kerja untuk diri kau, untuk gaji kau! Bukan dia yang dapat gaji kau!) . Kau kena redha, kerja ni adalah rezeki kau. Mungkin ni permulaan kerja so that ko dapat kerja yang lebih ok lagi nanti . Kerja itu pengalaman. Banyak pengalaman yang kau boleh belajar kalau kau minah kilang.
-nufangetnget-