Masakan ringkas tanpa Peti sejuk
Ha. Ambik. Entry ntah apa-apa
kan. Sebab nufa try untuk search kat internet (MR google) .Tittle lebih kurang
macam ni la. Tapi tak ada pun. So, jari macam teringin nak menari-nari untuk
tulis entry ni.
Kepada yang tak ada peti sejuk,
Entry ni khusus dibuat untuk
mereka yang baru berkahwin (macam nufa, welcome to the club) . Kelengkapan kat
rumah memang tak lengkap lagi. Al – maklumlah, semua dah perabih sewaktu majlis
perkahwinan, so sekarang nak memulakan kehidupan untuk family kecil ni kena la
merangka-rangka (ngesot lambat sangat). Rumah nufa tak ada peti sejuk a.k.a
fridge . Memang susah sikit kan nak masak kalau tak da fridge ni. Rasa macam
tak boleh nak masak apapon.
Husby nufa ada tanya mana dulu yang perlu. Washing
Machine @ Fridge?
My answer is : Fridge
But, after seminggu nufa hidup
kat rumah sendiri. Seminggu tak basuh baju. Hari sabtu, mulalah aktiviti
mencuci. Sebakul baju kena cuci (baju kerja nufa dgn husby) tangan, memang rasa
nak bebai. Waktu duduk hostel time sekolah dulu, boleh je nak cuci tangan tapi
sekarang kenapa ntah, rasa penat yang teramat (mungkin faktor usia) . After
habis cuci baju, memang surrender, tak nak dah cuci baju tangan.
I said tu my husby, “b tak larat
dah nak cuci tangan. Minggu depan, b cuci plak k” .
Esoknya terus rasa nak
demam. Sakit kepala tahap tak nak bercakap dengan sesapa pon termasok en husby.
Isninnya, my husby belikan nufa
washing machine. Yeayyy…. Syukur. Alhamdulillah. Now my Husby take over cuci
baju (tapi pakai machine) .
Bila dah dapat washing Machine,
fridge nyer?? Lambat lagi.. =(
So, berbalik kepada entry, apa
yang boleh di masak kalau tak ada fridge. Susah kan kalau tak da fridge. Nak
simpan apapon susah. Nak beli makanan sejuk beku pon tak boleh nak simpan kalau
tak da fridge. Nufa just nak listkan jer. Kalau nak resepi, masing-masing
google lah yea.
Masakan Ringkas Tanpa Peti Sejuk
1. Sambal
Ikan bilis + Kacang goreng
2. Sambal
Telur Goreng/Telur Pecah/ Telur Rebus
3. Nasi
Goreng Ikan Bilis Tanpa Sayur (nak letak sayur korang letak la carrot)
4. Nasi
Goreng Telur
5. Telur
Dadar
6. Nasi
Tumis +Sambal +Ikan Bilis Goreng + Telur Rebus
7. Keropok
kering (goreng je. Nufa suka makan dengan nasi goreng)
8. Telur
masak kicap (nufa tak buat lagi. Rasa macam tak berapa best je )
9. Spagetti
Bolognese
10. Fetucinni
Carbonara (nufa beli sosej sebungkus. Half goreng, half masuk dalam fetucinni)
11. Maggie goreng (letak telur jer )
12. Maggie
kari (senang sangat + telur)
Nie yang nufa
dah try buat selama 39 hari jadi isteri. Korang ada idea masakan apa lagi tak ?
nufa dah bosan makan ni… =(
-nufangetnget-
Sosej boleh ke x simpan dalam peti ais ??
ReplyDeleteHi
ReplyDelete