Acely, I’m waiting for going back
home. Hari ni hari jumaat. Maknanya, Esok Sabtu . Dan esok hari cuti!! Yeayyy!!
Semua orang akan tunggu weekend kan. Nufa pun. So, sementara tengah tunggu time
nak balik (kerja semua dah siap okay..) ,ada staf tempat kerja Nufa,
“Nanti, ambik hadiah kat depan
eh. Hadiah Kawen. =) “
Yeay.. dapat hadiah kahwin
lagi!!! Alhamdulillah. Hari ke -42 jadi isteri untuk en Husby , dapat lagi
Hadiah Kahwin… Alhamdulillah, murah rezeki.
Orang cakap selepas berkahwin,
akan sentiasa dimurahkan rezeki. Rezeki ni jangan kecilkan skopnya. Ada orang,
selepas berkahwin, terus dapat rezeki anak (bunting pelamin orang kata) , Ada
orang, lepas berkahwin, dinaikan pangkat. Ada orang, lepas kahwin, dapat kerja
baru. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang sentiasa bagi kita rezeki. So,
nasihat nufa jangan takot untuk berkahwin. Walaupun title dah bertukar daripada
cik kepada Puan, jangan rasa menyesal dengan perkahwinan yang baru nak bina tu.
Dalam hidup nufa dengan En Husby,
sebelum berkahwin, banyak jugak dugaan dan halangan yang berlaku. Sampai satu
tahap, nufa pernah rasa nak tangguh je dulu perkahwinan ni. Sebab rasa macam
semuanya tak dapat nak setelkan. Tapi, Alhamdulillah En Husby Nufa dapat
control nufa daripada buat yang bukan-bukan (batalkan majlis) . Dugaan ni
sebenarnya ,Allah nak uji kita kuat ke tak kita untuk hadapi dugaan kecil macam
ni. Sebab, lepas berkahwin , lagi macam-macam dugaan. Sama macam nufa jugak,
tak akan lari daripada diuji oleh Allah. Allah bagi kita dugaan, sebab Allah
sayangkan kita. Allah nak kita sentiasa ingatkan Dia tak kira waktu susah atau
pun senang.
Sebulan sebelum berkahwin,
Alhamdulillah Nufa ditawarkan bekerja di keyel. Sebelum ni, nufa kerja kat
penang, Alhamdulillah, Allah permudahkan. Tak da lah selepas kahwin, kena PJJ
(perkahwinan jarak jauh) . Kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan.
Setuju?
Okay, macam dah melalut banyak
sangat. So, berbalik kepada topik,
Hadiah yang sesuai untuk diberi
kepada orang yang baru nak berumah tangga mestilah barang/ kelengkapan rumah.
Macam Nufa, ni list hadiah yang Nufa dapat.
Set Pinggan Mangkuk - (mostly, ramai yang akan pk untuk bagi set
pinggan mangkuk, set piring, set bowl . )
Set Gelas - (ni memang famous orang akan bagi)
Blander - (Alhamdulillah. Kakak
Nufa bagi ni. Acely, dia tanya Nufa nak apa, tp mintak yang lain , dapat yang
lain. Tapi, Alhamdulillah, memang berguna sangat. Plus, memang dapat satu je)
Water dispenser/ Thermoflask - (my bff from mrsm Langkawi bg. Thank you min,
Nabila, & suhana for this gift. Akan selalu buat air panas untuk husby i=)
)
Set Kuali - (member kilang yang
bagi. Acely, memang dah bagitau awal-awal dia nak bg ni. Thanks Shuhada. Memang
hari-hari guna kuali ni kalau nak masak telur, goreng cucur, ayam (setakat ni,
ni jer pandai masak) :D
Flour Mixer - (Hadiah daripada
puteri. Member kilang jugak. Boleh guna untuk baking! Yeay..yeay.. )
Oven /Microwave (hadiah from
Berkat ikatan Resources (family’s organization). Alhamdulillah. Lengkap package
untuk buat biskut raya nanty! )Dapat extra gift, ada sudu + color pencil (mesty
anak mak tam yang masukkan dalam kotak sebelum mak tam wrap!) =D
Set tuala - (Hadiah dari member
MPOB, Thanks Nana, pika and shima. Kena share towel dengan husby la sebab dapat
serba satu.. hihiks.
Fruit Blander - ( My office from
jabatan operasi. Thanks korang walaupun Nufa baru jer kerja sini, dah dapat
hadiah kahwin! Seronoknye.. )
Dapur gas/ Dapur Masak - (Hadiah daripada adik
nufa. I request nak dapur masak sebab memang perlu sangat nak masak. Tapi sampai
sekarang tak guna lagi sebab tak beli tong gas lagi. Sekarang masak pakai dapur
camping :D )
Rice cooker - (3 set) (Thanks ezy
&Diana , kawan kak wani & mak cik (mak hafiz) .dapat tiga periuk nasi.
Kalau tak pandai nak masak nasi , tak tau lah nak kata apa lagi. Sekarang pakai
yang kecik jer dulu sebab berdua. Tunggu beramai nanty bukak yang besar :D
Lesung batu - (ni memang rare.
Hadiah daripada member kilang. Najla. Thank you sayanggg… Acely, request jugak
nak hadiah ni. Memang sangat-sangat berguna pun. Kalau korang rasa xnak bagi
barang elektrik, korang boleh bagi lesund batu macam ni!
Kipas - (My husby dapat
daripada department company dia. My Husby tak dapat banyak hadiah sebab time
kenduri sebelah sana , dalam banjir.)
Television - (skemanya) Samsung (Company
husby yang bagi. Untungla company nak bagi TV besor. Sekarang tak ada rak TV.
So, TV ni letak atas lantai umah je.
Lagi satu hadiah tak buka
(daripada company nufa. Sebab baru je dapat and tak bawak balik pon lagi. Stil
balut pembalut Aeon. Apa yea?? :D
Ni hadiah yang nufa dapat. Korang
boleh jugak nak bagi :
Water Heater
Iron
Iron board
Freezer (hihi…ada ke orang nak
bagi. Pk macam mana nak wrap ni)
Pembakar Roti
Perfume/ Set Mandian (if untuk
perempuan )
Set Sudu
Hair dryer
Senang cerita, barang-barang
kelengkapan rumah. Sebab orang yang baru berkahwin ni kebanyakkannya akan
memulakan kehidupan berumah tangga sendiri yakni aka nada rumah sendiri. So,
kalau uols bagi hadiah macam ni , mesti pengantin baru suka. Sebab tak payah
susah payah (nak spend duit) belikan. Macam Nufa, kebanyakkan barang rumah,
semua orang bagi hadiah. Alhamdulillah.. =)
Antara Hadiah yang uols boleh pk untuk bagi pada kawan-kawan uols .
Hadiah ni tak penting sangat pon, lagi penting uols doakan kebahagiaan
kawan-kawan uols dengan pasangan masing-masing. Dulu sebelum kahwin, Nufa
memang antara orang yang kurang nak bagi hadiah kat member. Sebab Nufa tak
bekerja pun lagi time tu. Sampailah dah berkahwin sekarang. Kawan-kawan pun tak
berapa nak ramai kan. So, lepas ni, yang dah bagi tu, Inshaallah Nufa kirimkan
doa +hadiah sekali. Terima kasih yea semua yang kasi hadiah. Yang kirim doa,
lagi-lagi terima kasih.
(Kalau nak dapat hadiah banyak,
sebelum kahwin, jangan kedekut nak bagi hadiah kat orang . hee)
(should be post on last Friday,
but internet too slow. So, today baru dapat post. So abaikan mukadimah entry)
(most of gambar, sama macam hadiah perkahwinan yang nufa dapat. And most of them, memang jenama Pensonic . Local brand have a good quality u know! :D )
-nufangetnget-
No comments:
Post a Comment