30.4.2015 aku dipanggil untuk
menghadiri satu temuduga under SPA. Sebelum ni pun, memang aku dah banyak kali
g interview SPA ni. Antara interview SPA yang aku pernah dapat
- Pembantu Tadbir Perkeranian dan
Operasi N17 (dah 3 kali kot dapat interview ni)
- Diploma Kejururawatan U29
- Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
- Pembantu Perangkaan (gred tak
ingat)
- Pembantu Pendaftaran KP 17
Since, aku dah lama tak update
SPA, senjak aku kahwin, so aku pon tak bertukar tempat temuduga. Still Alamat
Alor Setar. So, bila dapat interview ni, aku pk banyak kali jugak la, nak balik
ke tak. Memang boleh kalau kita nak tukar tempat temuduga, email je kat pegawai
spa (before email, call lah dulu) . nanti diorang akan keluarkan surat (dalam bentuk email) uols pindah pusat
temuduga. Aku pernah buat masa dapat interview pembantu tadbir perkeranian dan
operasi. Tapi bila check result lepas temuduga, dia tulis dekat dalam system aku
TIDAK HADIR TEMUDUGA. Huh, menyirap….! So, lepas tu, aku dah malas dah nak
tukar pusat temuduga ni. Kalau ada rezeki, aku p..
So, masa aku dapat interview
untuk pembantu pendaftaran ni, kebetulan aku memang planning nak balik kampung
sebab cuti hari pekerja (nasib baik!) (mungkin rezeki jugak nak attend
interview.) So, dapat jugaklah aku attend interview ni.
Masa interview, aku g awal jugak
la. Should be interview on 9.40am. Tapi aku sampai 8.45am. Awal sejam kan? So,
aku g la kt Jabatan pendaftaran Malaysia Alor Setar. Dekat anak bukit tu. Masa
aku sampai tu, ada sorang candidate je yang tinggal. Eh, next aku ke? Nebes
plak sampai awal. So aku bagi dokumen yang diperlukan kat urusetia yang
bertugas.
Aku duduk sebelah mak cik (mungkin
teman anak dia datang interview) .Sempat berkenalan dan bersalaman. Dia tanya
aku, dok kat mana, kerja mana. Aku cerita jer lah. Nota yang ada kat tangan haram,
aku tak baca pon. Tapi so far masa bangun subuh, aku tak tidur balik. Sempat la
aku belek-belek nota-nota yang aku print dari ofis. Sebab aku still rasa penat
lagi teman husband drive dari kl balik ke alor Setar,(padahal aku tido) aku
berdoa jer kat Allah, semoga aku diberikan kekuatan dan keberanian nak
menghadapi interview ni.
Sebelum ni aku dah memang pernah
attend interview waktu diploma kejururawatan, so, ada la spirit of positive
thinking masa nak masuk interview. Tapi still nervous jugak tunggu turn.
Tiba lah giliran aku. Sebelum aku
masok, aku selawat dan baca surah a-lam-nash-roh- ( mak aku selalu pesan ni,
setiap kali aku nak exam, aku baca doa ni, masa nak attend interview pon aku
amal.)
Masa aku masok, ada dua orang panel.
Dua-dua lelaki. Ha, rezeki. Eh,! Bukan, sebernarnya lelaki dengan perempuan ni
chemistrynya memang lain macam skit.tapi tak tau la lain macam tu macam mana. Hahaa
So ,aku duduk bila disuruh duduk
la… ( memang dia akan suruh duduk pon)
Antara soalan yang aku ingat dia
tanya.
Perkenalkan
diri
Aku pon bagitau
nama, asal mana, status (dah berkahwin dan baru berkahwin) J umur berapa,
pendidikan tertinggi aku apa. Anak keberapa. Then, aku selikkan jugak kelebihan
yang aku ada ( means sikap aku macam mana, Apa aku boleh buat. Apa yang aku
suka. )
2. Oo…tapi
sekarang bekerja sebagai apa?
Lupa plak aku
nak bagitau aku kerja kat mana. So, aku bagitau la, aku kerja kat mana, berapa
gaji, dah berapa lama. Sebab gaji aku sikit plus panel tu macam cakap tak cukup
gaji awak kerja kat kl, tinggal kat kl . (kat sini lah , aku menyerlahkan diri)
. yea memang tak cukup, dengan kos hidup yang semakin tinggi sekarang ni. Tapi,
setakat ni , tu rezeki yg sy dapat dan saya besyukur dengan apa yang saya ada.
Sekarang ni tak boleh sangat nak memilih kerja. Even degree holder pon banyak
yang menganggur dan masih mencari kerja yang bersesuai. Jadi saya ketepikan
pandangan masyarakat dengan kerja yang dikatakan tak sesuai untuk orang yang
ada degree,sy terima rezeki yang ditetapkan. Inshaallah, mungkin akan ada rezeki
yang lebih baik untuk saya selepas ni.
3. Bagus.
Saya suka cara permikiran awak yang matang ni. (fuh, bangga sekejap.! ) Sekarang
yang attend interview gred 17 ni pon memang ramai yang degree holder. Hampir
90% dan semuanya memang ada kelayakan dan memenuhi syarat. Kami, panel pon, nak
pilih calon yang sesuai, memang sesuatu yang mencabar. Kami Perlu pilih yang
terbaik di antara yang terbaik.
Sebab aku tak
tau nak respond apa. So, aku pon cakap la, bagus la sekarang SPA dah bukakan
untuk semua yang boleh apply, Even ada degree pon, boleh apply untuk gred 17.
Ini boleh meningkatkan kebolehpasaran sesorang individu tu (pergh, jawapan
aku!)
4. Betul.
Saya setuju dengan pendapat awak. So,boleh awak ceritakan apa yang awak tahu
mengenai JPN ni.
Aku mula jadi
cikgu sejarah. Semua maklumat yang ada kat website JPN, aku muntahkan balik. Sejarah,
visi, misi, slogan., warna logo, pengarah jpn semua aku cerita. Berkat aku baca
selepas solat subuh pagi tadi. Semuanya aku lontarkan dengan penuh keyakinan.
Panel hanyak
terangguk-angguk. Panel sorang lagi diam je, dia tak tanya soalan langsung kat
aku sejak aku mula masuk tadi. Orang Sabah. Nama En Ben. Mungkin dia nak tengok
personality aku. So, masa tengah bercakap, aku pandang jugak la dia, walaupun
dia tengah sibuk dok tengok sijil aku.
5. Banyak
yea yang awak prepare. Saya baru nak tanya nama pengarah, awak dah cerita
semuanya. Saya macam tak da soalan nak tanya awak ni (eh,terlebih cakap ke?)
Saya cuba jawab
sebaik mungkin soalan yang diajukan. Bagi saya, kalau nak attend interview ,
saya perlu cukup bersedia untuk menjawab segala soalan yang diberikan. Dari
situ, dapat menyerlah personality dan kelebihan yang saya bagitau awal-awal
semasa perkenalan diri saya sebentar tadi. Then aku senyum.
6. Okay,
Hmm, En Ben , ada apa soalan nak tanya puan Fahmieza (panel sorang ni tanya) .
En ben tu tengok aku. Saya suka cara
awak bercakap. Penuh konfiden. Rasa macam tak nak bagi awak berhenti bercakap.
(then, dia gelak. ) (eh, macam tu plak.)
Acely, saya
bukan peramah pon, kat tempat kerja saya rasa saya yang paling pendiam.. Aku
gelak dan senyum.(Aku pon tak tau kenapa aku jadi hyper aktif time interview
ni. Mungkin sebab masa interview nursing aritu, aku bercakap lebih kurang macam
ni jugak. Panel pon peramah semacam jer. So, aku rasa selesa nak berbual ,Aku
memang susah sikit nak bagi first approval untuk orang yang tak ngam. Even first
impression pon. Selalu orang cakap aku ni sombong plus berlagak. Ada aku kisah?
7. Yea
ke tak peramah.? (Aku angguk jer.) Ok, Saya nak tanya satu soalan je. Tak lebih.
Apa itu kad pengenalan.
Aku pon bersedia
untuk menjawab. Aku cerita kad pengenalan ni fungsi untuk apa. Keistimewaan kad
pengenalan. Ciri-ciri (butiran) yang ada dalam kad pengenalan. Kad pengenalan
ni boleh guna untuk apa. (semuanya ada kt website JPN. Korang goreng jer
semuanya.)
8. Oke.
Saya terima jawapan awak. Tu jer soalan saya. Then dia passing kat panel
pertama. Oke, awak dah cerita pasal kad pengenalan (ic) , so boleh tak awak
cerita kad pengenalan diri yang lain?
Aku cerita la,
ada myPR, My KAS dan yang paling comel My kid. Aku siap bagittau untuk apa
dikeluarkan. Warna apa. Berapa bayaran. (memang aku seriously ingat semua nota
aku baca. Otak fresh lagi kot masa ni)
9. Oke,
Selain daripada mengeluarkan kad pengenalan, apa lagi fungsi JPN?
Aku nyatakan
semua bidang kuasa JPN. Bahagian-bahagian yang ada macam surat kelahiran,
kematian , pendaftaran perkahwinan dan penceraian.
10. Ok.
Untuk bahagian pendaftaran pernikahan, Jpn yang keluarkan untuk semua
warganegara Malaysia ke macam mana?
Aku pon bagitau
la. Untuk Warganegara islam, di daftarkan di bawah majlis agama negeri tetapi
kalau berkahwin di luar Malaysia (even Thailand) , perlu berdaftar dengan JPN
termasuk suku kaum etnik sabah dan Sarawak.
11. Good.
Memang betul-betul prepare yea untuk interview ni, Hmm, katakanlah kalau awak
dapat kerja ni, dan ditempatkan kat negeri sabah,Sarawak dan kawasan yang
pendalaman, macam mana, awak terima tak?
(Ni soalan
klishe). Aku pon jawab la. Sebelum saya berkahwin, saya memang tak da masalah
dengan penempatan kat mana-mana jika diterima bekerja oleh pihak kerajaan. Bagi
saya ini satu peluang untuk saya mempelajari sesuatu baru mengenai budaya dan
sesuatu tempat. Semakin luas kita merantau semakin banyak yang kita belajar.
Saya memang daripada kecik sy belajar berdikari. Saya tinggal di asrama,
belajar kt kuala lumpur. Bekerja di Selangor, penang dan kuala lumpur, sedikit
sebanyak banyak memantu saya untuk menjadi lebih matang. Sekanrang saya dah
berkahwin, apa-apapon, saya perlu berbincang dengan suami saya terlebih dahulu.
Sebab dia yang utama tapi saya rasa taka da masalah bagi pihak beliau. ( Isteri
solehah tak aku?
12. Betul.
Sekarang ni, banyak husband dgn wife yang kerja jaoh-jaoh. Saya berharap awak
sanggup la berjauhan dengan suami. Baru kahwin kan.
Aku angguk dan
senyum jer la.. (huii…… sanggup ke aku??)
Saya rasa taka da dah soalan yang saya nak tanya
awak. Sebab awak boleh jawab soalan kami dengan lancar and ok sekali. Tapi,
tugas kami kat sini, memang kena pilih yang betul-betul terbaik. Hari ni hari
terkahir untuk interview ni, so, dalam seminggu ni memang ramai yang kami dah
jumpa, aku yang boelh bercakap dengan baik, ada yang kurang, mungkin sebab
nervous. So far, saya tengok resume awak ni memang ringkas yea. tapi complete.
Email awak pon bagus. Nama penuh lg. sebelum ni saya tengok ada yang tulis cute
la , comel la, blackmetal la. Macam-macam.
Aku pon gelak
jer. Biasa lah, mungkin nama diorang dah ada orang guna. Nasib baik nama penuh
saya taka da orang guna lagi. Bagi saya, benda tu memang Nampak simple tapi itu
melambangkan kematangan diri kita. Semuanya saya belajar daripada pengalaman.
Sebelum nip on saya guna email pn mengarut jugak tapi taka da la cute miut
semua tu. Just menggunakan nama panggilan. Tapi bila kita dah bekerja, dah tau protocol
dan formality sesuaty perkara. Kita akan belajar banyak perkara.
Apapon, untuk
interview hari ni, sy dah buat yang terbaik yang saya mampu. Inshaallah, kalau
ada rezeki saya, inshaallah milik saya. Kalau bukan, saya akan terus berusaha
lagi di masa akan datang. J
14. Baiklah.
Rasanya setakat ni sahaja temuduga pada hari ni. Saya rasa awak ni orang yang
terakhir untuk hari ni. Dan yang paling lama kami interview setakat ni. Ebih kurang
45minit. ( dia senyum dan gelak). Doa banyak-banyak supaya awak dipilih.
Apapon, saya ucapkan tahniah dan syabas di atas prestasi awak utk hari ni. Ni
interview awak yang paling lama ke?
Tak, interview
nursing ari tu,lagi lama. Lebih kurang 1 jam. Sebab saya suka bercakap tentang
kesihatan. Panel pon dengar jer saya cakap.
15. En
ben menyampuk. Ha, kan saya kata awak ni pandai bercakap. Saya suka dengar
pendapat awak dan percakapan awak.
Erghh.. terima
kasih. Apa yang baik datang daripada Allah, yang kurang daripada diri saya
sendiri.
16. So,
lepas ni nak ke mana? Husband ada teman ke ari ni?
Aaah. Husband ada
kat bawah. Lepas ni nak g pejabat agama negeri kedah. Nak ambik kad kahwin yang
baru siap.. Slumber jer aku) hihihi….
-The end-
Kalau sempat Nufa try untuk tulis
pasal interview diploma kejururawatan U29. Tu pon kalau ingat lagi sebab dah
setahun pon interview tu. (dah lulus temuduga pon tapi tak p.sebab gedik nak
kahwin.. ) Nufa ingat kena blacklist, sebab tak p belajar nursing tu. Masa
tanya panel , dia cakap sekarang dah taka da blacklist. Tapi Nufa tak sure lah,
Tapi lepas setahun jugak la baru nufa dipanggil untuk interview semula ni. Yang
Nufa faham. Kita kena blacklist untuk jawatan yang kita dapat tu selama 3
tahun. Untuk jawatan lain 1 tahun. Tapi Nufa kira-kira , tak sampai pon setahun
lagi. Sebaba last interview ari tu bulan 4 tahun lepas, result kuar bulan 6 tahun
lepas. Ni dia panggil interview bulan 4 tahun ni..