Tahun 2015 ni nufa rasa macam
ramai jer kawan-kawan Nufa yang akan membina masjid. Dekat ofis Nufa sekarang
pon, ada dua tiga orang yang akan berkahwin. Tadi, ada sorang member ofis nufa nanty
tengah isi borang nikah online , akan mendirikan masjid (bernikah ) pada bulan mei.
Inshaallah. Semoga usaha kalian, dipermudahkan oleh-Nya. Baru-baru nie pon,
member ofis baru melangsungkan majlis perkahwinan kat Terengganu. Tahniah, anas
dengan kak ruby (satu ofis) . Yang bertunang, berderet-deret lagi lah. Apapon,
Tahniah untuk semua.
Bulan lima tu dah tak lambat. Tinggal
lebih kurang 2 bulan je lagi kan. So, mesty macam-macam nak kena prepare. Ada
orang hujung tahun, sekarang dah kena prepare. Resepsi majlis perkahwinan sekarang
ada buat yang grand, ada yang buat sesimple yang boleh. So, mungkin akan ada banyak masa yang perlu
dilaburkan untuk merealisasikan impian wedding of the year uols (cewahh)
Nufa rasa nak bagi sikit
persediaan yang kadang-kadang mungkin korang terlepas pandang. Semoga berguna
lah nasihat ni yea.
Sebelum detik diijabkabulkan.
Persediaan fizikal dan mental.
Selalunya , bride and groom –to -
be akan sibuk sangat sebelum majlis (big day) diorang. Kadang-kadang, akan ada banyak
benda yang tak settle. Last minute jugak jadinya. Sama jugak dengan Nufa masa
nak akad nikah ari tu. Facial pon pergi last minute. Tu pon just buat face
relaxing je. Mana taknye, kena fikir pelamin yang tak cantik tu. Baju sanding
yang senteng tuu!. (dugaan)
Disebalik kesibukkan untuk buat
persediaan perkahwinan secara fizikal, kita jangan pula lupa persiapan daripada
segi mental dan rohani. Bagi Nufa, perkahwinan ni satu alam yang penuh dengan
tanggungjawab. Tanggungjawab seorang suami, tanggungjawab seorang isteri . Tanggungjawab
sebagai menantu pon yea!. Sekurang-kurangnya, perlu ada ilmu dalam diri.
Sebelum tidur, nufa akan spend
time untuk google and baca sikit-sikit mengenai alam kehidupan rumah tangga.
Memang banyak tanggungjawab yang akan kita pikul selepas bergelar seorang
isteri dan suami. Nufa sempat untuk search kat internet tentang, Soal Nafkah zahir dan batin, soal dosa dan
pahala suami dan isteri, tips untuk harmonikan rumah tangga, soal dapur
(cooking and resepi), tempat honeymoon, dan macam-macam lagi la. Ilmu tu kena
cari okay!
Don’t stress too much!
Uols mungkin akan fikir hal
berkaitan hari big day uols je. Contoh macam door gift apa yea nak bagi. Tema/
color apa ya untuk family. Sekarang ni pulak adanya bridemaids and flower girl
yang comey-comey tu kan. Uols mesti nak majlis resepsi uols tu paling meriah
and cantik. Acely, semua tu meriah untuk satu hari. Uols kena berkorban banyak
masa sebelum kahwin untuk pikirkan hal macam tu untuk cuma satu hari. Err..
berbaloi ke?
Memang stress kan kalau nak fikir
semua tu. Sama macam Nufa dulu jugak. One day , masa kerja kilang, Nufa kena
headache (sakit kepala) yang teramat sangat. Jumpa doktor yang hensem and
polite terus hilang! (eh, tak!) My blood pressure increase and it will lead to
hypertension, doktor kata. (EH, jangan ada darah tinggi lah!!) Doktor selidik punya selidik, dia tanya Nufa
kenapa , sebab apa. Then, dapat conclusion, yang Nufa terlalu stress fikir hal kaitan
perkahwinan.
Yes, memang betol pon. So, doktor vanash ( if I not mistake)
bagitau, jangan terlalu fikir, fikir dan fikir. Kalau ada masa bersenam, jaga
permakanan, jaga waktu tidur. He said, “nak jadi bride – to – be kena cantik! .
So, nak cantik, kena jaga kesihatan! (meltingnya doktor ni. This is the first
time in my life, I jumpa doktor yang betul-betul doktor!) (mohon member doktor
Nufa terasa dan jadilah doktor yang macam ni!) =)
Ada masa, Nufa kalau stress, nufa
pergi window shopping. Window shopping ni macam exercise jugak la berjalan satu
shopping mall! =). Nufa suka jalan-jalan shopping mall. Sebab boleh tengok
macam-macam! . hikshikshiks.
Berkongsi ilmu dengan bakal pasangan.
Uols jangan baca sekadar
pengetahuan uols saja, sebaiknya uols share dengan bakal suami uols mengenai
ilmu yang uols cari. Kalau kita berkongsi, at least sama-sama faham tentang
tanggungjawab masing-masing. Memang ilmu macam ni boleh cari lepas uols dah
berkahwin, tapi tak salahkan uols prepare awal-awal. At least, masing-masing
akan tau tentang tanggungjawab masing-masing. Memang uols pergi kursus kahwin
(beberapa tahun lepas, dulu-dulu) tapi still ingat ke apa yang uols belajar. Ke
pergi sebab nak dapat sijil kursus pra perkahwinan saja? Plus memang kat
sekolah menengah ada belajar hal perkahwinan dan hukum-hukum, tapi masih lekat
ke ilmu kat dada tu? Ke dah terbang bersama-sama kertas exam spm n pmr dulu. So,
this is the time untuk refresh balik ilmu yang kita belajar tu.
Kadang-kadang ilmu yang uols rasa
penting untuk uols, penting jugak untuk bakal pasangan uols. So, kalau sharing
together, uols akan sama-sama paham! Kadang-kadang perkara basic things pon
lupa dan tak tahu. So, sama-sama mencari ilmu untuk penuhkan di dada
bersama-sama.
Never expect too much
Uols mesti impikan sebuah
keluarga kecil yang bahagia selepas uols berkahwin (bernikah). Kan? Uols tau
tak, kebahagiaan sebuah perkahwinan tu bermula dengan usaha uols dengan
pasangan. Uols jangan terlalu berharap akan ada sebuah perkahwinan yang terlalu
bahagia (happy ending forever & ever) sebelum korang berkahwin and merasa
sendiri alam perkahwinan tu macam mana. Never expect too much! Sebabnya di alam
perkahwinan, banyak lagi dugaan yang akan korang hadap.
Sebenarnya, rasa bahagia tu uols
tak perlu nak mengharap sebaliknya, uols kena rasa! Merasai alam perkahwinan tu
selepas uols berkahwin. Bukannya , sebelum uols berkahwin, uols dah macam
berkahwin (paham?).
Spending your quality time with your friend (bff) instead of your husband – to – be
Dear girl,
While u still having time, please
use your time wisely. Sebelum berkahwin ni adalah waktu untuk uols spend a lot of your time dengan kawan-kawan and
family. Sebab selepas berkahwin, mungkin uols kurang dah masa untuk spend time
bersama member uols (how I miss it, now!) Seyesly, rindunya nak lepak dengan
aten, mea, member mpob, member mrsm, member ukm. Sekarang, bukannya tak boleh
nak lepak dengan diorang tapi kena bawak husband sekali. Plus diorang ni belum
berkahwin and nufa je baru berkahwin. Mesty husby Nufa segan nanti. (and takkan
nak tinggal husby Nufa dekat rumah plak kan?)
Jadi, jika uols belum berkahwin,
spending your quality time dengan kawan-kawan (bff) uols sebaiknya. Sebab tu
jugak kot Nufa rasa sangat setuju dengan nasihat orang tua, “bakal pengantin
lelaki dengan pengantin perempuan tak boleh keluar selalu sebelum bernikah +
sanding”
Preparation need to be prepare together
Dear girl,
Preparation for your big day
adalah preparation bersama. Tidak dinafikan, sekarang ni preparation banyak
bride-to-be yang prepare. Groom-to-be?? Uols nak berkahwin bersama-sama, so
sama-sama lah pilih, sama-samalah pening kepala. Bukan uols je buat
sorang-sorang. (majlis sebelah bakal husband uols pon uols kena pikirkan ke?) Ohm..
uols akan jadi letih sangat-sangat kalau semua benda kena setel.uols akan rasa
nak menangis plus memang akan menangis! Soal duit, lagilah buat kepala korang
akan pening!! Kalau uols and pasangan tak mampu, buat sekadar yang mampu.
Sebelum nufa berkahwin dulu, memang
ada juga masalah kewangan (nufa kan tak bekerja + kerja kilang je time tu +
memang tak pernah pon saving untuk berkahwin) . Tapi, Alhamdulillah husby nufa
banyak bagi semangat, banyak bagi nasihat, banyak jugak cari jalan keluar untuk
masalah yang kitorang kena hadap.
He always said,
“ Kita buat apa yang kita mampu “
Dan apa yang berlaku untuk majlis
perkahwinan kami ari tu, itulah yang kami mampu. Yang baik semuanya datang
daripada Allah. Kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan. =)
Tu je kot nasihat yang nufa rasa
perlu diberi perhatian. Semoga apa yang uols planning akan berjalan sebaiknya.
Amin!
(xsabarnya nak g wedding pika and
puteri nanty!) hee..
-nufangetnget-
No comments:
Post a Comment