Tuesday, December 23, 2014

Rombongan Meminang



Assalamualaikum 

Macam dah Addicted sangat . Asyik nak update new entry je. Maybe sebab tak ada banyak kerja kan. So, macam-macam idea ada, nak tulis.
Entry kali ni pasal majlis pertunangan nufa dengan seseorang. Cewah.. seseorang! Siapa! En tunang lah!
Alhamdulillah, majlis pertunangan nufa selamat dilangsungkan pada 22 Februari 2014 (sabtu ) di kediaman family nufa dekat Alor Setar, Kedah. 

Kenapa 22 Februari 2014? 

My special day! Sebab hari ni hari lahir nufa!! Yeay… Korang mesti verangan jugak nak buat something special on ur birt-day date kan.. Sama jugak dengan nufa. Alhamudillah, tahun 2014 tahun nufa dapat merealisasikan impian nak jadi tunangan orang! (one of my wish-list for 2014) 

Macam Mana boleh bertunang? 

Nufa memang tengah berkawan (couple) dengan sorang ni. So, masa new year, dia ada Tanya nufa. Apa wish – list (azam) nufa untuk tahun 2014. So, nufa just cakap (acely text whatsapp) nufa nak jadi tunangan orang! Tak dapat jadi isteri pon tak xpe lg, dapat jadi tunangan orang pon okay dah… sebab umur dah 24tahun! Umur range 23 -27 ni memang layaknya dah kahwin. Sebab kat Malaysia ni, ramai yang kahwin , umur dalam range macam ni. 

Then, dia (couple) nufa masa tu cakap oo…oke… bila u nak bertunang? 

Nufa cakap main-main jer. Kalau nak bertunang, nak bertunang hari birth-day! 22  Februari ! Kena plak taun ni 22feb in on Saturday! Weekend! Ha, memang sesuai sekali kalau nak buat majlis. :D Then, dia cakap oo lagi.. 

Nufa pon oke la. Memang dah selalu sangat weols discuss tentang nak kahwin, bertunang, nak berapa orang anak, nak letak nama anak apa. Biasa lah, topik-topik tengah bercinta. Macam loving couple sangat. Nufa tak rasa nak beriya sangat, sebab nufa faham situasi nufa dengan dia. Dia pon baru mula kerja. Sempat ke nak kumpul duit.! Anak dara kedah mahal uols! (sesapa ada berkenan/minat dengan orang kedah, make sure poket tebal) 

Since nufa pon tak bekerja, nufa tak harap sangat pon ada orang nak masuk meminang nufa. Sapa lah nak orang yang tak bekerja. Uols jangan ingat, perempuan tak kerja tak pa. last-last ke cerok dapur jugak. Tak okay!! Lelaki sekarang memang nak cari perempuan yang bekerja. Sebab sekarang, kerja seorang memang tak cukup.

Then, dia text (whatsapp ) nufa lagi, after a few days. Dia balik kampung, dia ada discuss dengan family dia pasal nak bertunang. (eh, nak bertunang dengan I ke? (dalam hati) ) . Tapi, family dia cakap nanty dulu. Owh, nufa pon oke je la (punah harapan!)
 
Nufa faham, dia baru sangat kerja. Baru nak mula kehidupan. Ekonomi pon tak stabil lagi. So, nufa rasa oke je.. Ada jodoh, tak kemana kan. Nufa macam tak berapa nak excited sangat. Sebab ni bukan percintaan pertama untuk nufa. Nufa pernah kecewa, dan nufa tak nak terlalu mengharap. Ada jodoh, ada la. Taka da jodoh, mungkin jodoh yang Allah tentukan lebih baik. 

Dia tetap berusaha 

Lepas tu, dia macam frust sebab family dia macam tak endah sangat dia cakap nak bertunang. Maybe sebab family dia rasa dia muda lagi kot. Dia sama umur dengan nufa. 24 tahun still masih muda untuk lelaki kan. Perempuan kan lagi matang daripada lelaki. Hiks! Bukan senang nak bina keluarga, susah sebab kena fikirkan tanggungjawab! Nak bela/jaga orang cik oi!!!
Nufa just bagitau dia, its ok. Tak apa lah. Muda lagi kan.. Kumpul duit duit. Dah cukup, masukla meminang! =)
Selepas dia dah merajuk bagai, then his family pon setuju nak datang! Datang untuk apa? Datang merisik + meminang+ bertunang! (excited) bila dengar tu. Then, he asking me, Boleh tak nak datang untuk rombongan??
Berbunganya hati nufa! Sebab tak sangka wish-list akan tercapat. Masa tu bulan Januari. Nak bertunang bulan Februari. 22hb! Sempat ke nak prepare everything ni? Ada orang, nak bertunang, 2- 3 bulan dah sibuk cari macam-macam. Nufa ada dalam sebulan lebih je. Dengan tak bekerja. Hmm.. Memang agak stress sebab, nak tertunang pon kena ada duet kot. Tak bekerja macam mana nak prepare everything?
Then, nufa cakap terus terang kat dia. Nufa tak kerja. Nak prepare apapon tak boleh. Kalau nak datang, cakap la sendiri dengan family nufa. Then, dia pon call mak nufa. Dia bgtau mak nufa, ada rombongan dari temerloh nak datang meminang. Boleh tak? Acely, nufa dah discuss dengan mak. Mak kata oke je. Tapi kena tanya abah, abah bagi tak? Huh, nak tanya abah ni la seriyau!
Nufa tanya abah, abah boleh tak? Abah cakap, tak kerja lagi. Cari la kerja dulu. Hmm(punah harapan) !
Nufa faham. Seorang ayah nak yang terbaik untuk anak dia. Walaupun nufa perempuan, nufa kena ada kewangan sendiri. Tak boleh nak harapkan seorang suami/ lelaki. Kalau apa-apa jadi, sapa nak tolong nufa? Xpa, kalau abah tak izinkan, takpa la.. Nufa faham sangat.

Tarikh Ditetapkan 

 Tapi mak dengan menggunakan kuasa yang ada (isteri) pujuk abah. Then, Abah bagi. Kena tanya mak  mintak tips nak pujuk suami!)  . Tarikh untuk majlis pertunangan telah pon ditetapkan pada 22 Februari 2014. Majlis diadakan selapas zohor. =)
So, bermula lah preparation untuk majlis pertunangan nufa. Fully Sponsored by family nufa! Alhamdulillah!
Nanty nufa akan buat entry untuk persiapan majlis tunang nufa. Stay Tuned! 


-nufangetnget-


I Am Jobless... Susahnya Mencari Kerja

Assalamualaikum. 

Entry kali ni nak bercerita tentang kisah seorang penganggur yang bukan sekadar tanam anggur,durian, rambutan, strawberry semua di tanamnya. Tapi, tak ada hasilnya. Sebab, kerjanya hanya makan, minum, tidur dan opkos, membesarkan badan.

Kenapa jadi seorang yang jobless?

After habis je konvo, nufa tak bercadang pon nak rest, relaxkan diri. Nufa terus cari kerja sebab tak nak dapat title "penganggur" tu. Bagi nufa, sekarang memang sangat susah nak dapat kerja. Even, kita ada degree kelas pertama, bukan kerja yang cari kita. Tapi kita yang cari kerja.

Macam mana nak cari kerja? 

There are lot of websites nowadays yang kita boleh try untuk cari kerja. Antara yang famaous and nufa guna adalah
- Spa.gov.my
- JobMalaysia.com 

- Jobstreet.com 
 Page ni senang sangat nak guna. Uols just sign up.Masukkan email korang. Isi detail background study uols then filled up semua yang dia mintak la. Make sure, uols masukkan gambar jugak. Jangan buat halai balai ( endah tak endah). Employer sometimes akan review korang punya resume melalui Jobstreet ni.

Jobstreet ni kira senang nak guna sebaba ada company memang akan direct guna jobstreet untuk panggil orang datang interview. After nufa isi semua detail, nufa start mintak kerja. Dulu, nufa mintak kerja yang nufa minat je.. Biasa lah, ada deegree , so demand lah sikit kan. But after, a months, tak ada maklum balas and nufa dah bosan dok rumah, nufa try jugak untuk level SPM adn diploma even, nufa tak ada diploma. Mana tau rezeki kan.

But, still bukan rezeki. memang tak dapat pon mana-mana interview. Then, nufa rasa kena buat kerja partime dulu, then, nufa kerja kat TESCO. Ada kiosk jual kasut, nufa jadi sale girl kt situ. gaji standard alor setar, RM 500 . Memang sikit sangat.. Tak cukup. kerja 13 jam sehari. seminggu cuti sehari ja. Kira hidup masa tu, balik, tidur, makan, pergi kerja saja. nufa bertahan selama sebulan je. Lepas tu, nufa dapat offer untuk masuk latihan SLIM. Nufa pergi sebab mungkin ni peluang yang nufa ada untuk mencari kerja.

Pengalaman kat SLIM 

Banyak yang nufa berlajar kat slim. Selain daripada kenal member-member yang jobless macam nufa daripada various universities, nufa banyak jugak nak berlajar nak improve in english, how to communicate well with various level of employer. Waktu dalam SLIM ni, macam2 kita belajar. Semuanya mengenai macam mana nak lulus dengan berjaya dalam interview. Tenaga pengajar pon best-best.Nufa training SLIM dekat GMI (German-Malaysia Institute ) Bangi. After abis dekat slim, ija try aply kerja lagi. Alhamdulillah, dapat kerja dekat one of company kt Damansara. So, bermula lah hidup nufa kat negeri orang.

Kerja apa? 

Database Executive. Wow.. nama gempak. Of kos lari bidang. Tapi kerja apa? Acely, kerjanya macam kerja call centre. Kena buat outbound call. Company nufa kerja tu macam buat seminar kewangan. Tugas nufa just call pemilik syarikat, cerita pasal product yang company nufa buat. Asking them, nak datang tak. kerja memang nampak senang, tapi kerja ni kita kena bercakap dengan orang luar. CEO,COO of the companies. Memang la just cakap je, tapi korang berani??

Nufa tak tahan lama pon kerja kat sini. Dalam 3 Bulan. Gaji RM1500 . Hidup kat kl, memang tak cukup gaji banyak tu. Sebab semua nak spend utk barang keperluan memang mahal. Lagi-lagi area damansara. Nufa stay dekat kota damansara time tu. Gaji memang cukup-cukup untuk makan je. Pergi kerja naseb baik nufa ada motor. So, merempit la.. Jalan kat kl memang sangat bahaya untuk rider motor. So, uols yang nak datang kerja kat sini, Uols kena extra hati-hati.

Sebab apa berhenti ? 

Nufa berhenti sebab tak tahan dengan management company ni. Biasa la, bila kita masuk dalam sesuatu organisasi, kita akan dapat lihat macam-macam perangai. Ada yang pengampu, ada yang tikam belakang, ada yang janji manis. Kerja nufa kena kejar target. First month, memang dapat target. Janji nak bagi komisyen. Tapi, hampeh! Apa uols rasa, nama naik kat board (whiteboard je pon), akan dapat komisyen banyak ni, tapi bila ends of months, korang just dapat basic salary je. korang tak rasa nak meraung ke?

Sebelum berhenti kerja, nufa search cari kerja tempat lain. Sebab susah sangat nak cari kerja, kerja yang senang nak masuk adalah telemarketing. Nufa kerja dekat Ara damansara pulak lepas tu. Alhamudulillah, tempat kerja ok. Gaji RM1800. Tapi kerja call centre ni , banyak jugak stressnya. Bukan senang nak konfidentkan orang untuk beli produk kita jual melalui call. Tambah-tambah nak mintak no kad. memang ada orang yang akan rasa insecure kalau bab duit ni. Sebab sekarang kan banyak sangat kes menipu ni. So, nufa tak salahkan pon orang yang first attempt memang dah reject , tak nak dengar pon product yang kita jual ni.

Kerja bila dah tak kena dengan juga kita, kita akan rasa tak boleh nak go on. Kerja macam tak ikhlas. Mengharapkan gaji ujung bulan je kan. Cukup tiga bulan, nufa kat situ, nufa berhenti sebab dapat satu surat lapor diri daripada JPA. Masa tu meloncat gembira. sebab dalam surat tu, tulis kita akan ditempatkan kat satu company. So, nufa tak kisah sangat sebab memang ada bonding dengan goverment kan. So, kena jugak la ikut arahan.

Indah Khabar dari rupa! 

Nufa dgn one of my friend, pergi la nak lapor diri. Sampai je kt putrajaya tu, ada stu organisasi macam SLIM jugak. Talent corp tak salah namanya. Ingat kan pergi untuk lapor diri, upanya this organization just buat open interview!!! Diorang panggil a few companies, then kita g sembang macam kat kedai kopi dengan pegawai diorang. Rasa macam nak nangis, sebab dah berhenti kerja kot!! Kitorang pon urgue jugak dalam surat tulis lapor diri, apa kebenda nak lapor dirinya kalau macam ni. Memang ramai yang datang, dah berhenti kerja kat tempat sebelum ni. Sebab ingat akan dapat offer dari JPA.  Nufa memang terus kelu lidah! dah tak tau nak buat apa! Rasa macam nak menangis! Kenapa buat kami macam ni!! Kitorang dah berhenti kerja kot! Tau tak , susah nak cari kerja sekarang ni!!

Moral of the stories 

- Make sure, kalau korang dapat apa-apa offer pon, korang pastikan betul ke tak. Make yourself clear on that. Tak salah, kalau uols nak call tanya, Jangan takot. Diorang pon, manusia jugak. Sama-sama makan nasi.

- Kalau dapat offer kerja, korang tanya job description korang apa. Mana tau, korang kena cuci tandas tapi jawatan Cleaning & Services  Executive. OMG!

- Jangan lepas dah dapat Ijazah, korang rasa nak relax, relax je dulu. Nak tidur puas-puas. Nak enjoy dulu. Korang kena mula start cari kerja masa uols dah last sem. Or masa uols tengah praktikal. Ingat! Kerja tak cari uols!

- Bermula daripada bawah. Tak kisah walaupun kerja tu taraf SPM sebab employer sekarang lebih fokus pada experience compare daripada degree first class uols tu.

Then, lepas dah still tak dapat kerja, nufa balik kampung. Mak Abah suruh nufa balik. Dari situ, bermula lah kembali hidup seorang penganggur. sede? Hanya Allah yang tau, Tapi setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Kena sentiasa fikir positif. Allah bagi kita ujian, mungkin sebab nak tengok sejaoh mana kita leka, alpa terhadap-Nya .

Nanti, nufa sambung entry terbaru! apa nufa buat kat kampung.  Stay tuned!

-Nufangetnget-