Friday, June 12, 2015

PengalamanTemuduga Pembantu Pendaftaran KP 17 2015 – Soalan sekali Jawapan


30.4.2015 aku dipanggil untuk menghadiri satu temuduga under SPA. Sebelum ni pun, memang aku dah banyak kali g interview SPA ni. Antara interview SPA yang aku pernah dapat

  • Pembantu Tadbir Perkeranian dan Operasi N17 (dah 3 kali kot dapat interview ni)
  • Diploma Kejururawatan U29
  • Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
  • Pembantu Perangkaan (gred tak ingat)
  • Pembantu Pendaftaran KP 17

Since, aku dah lama tak update SPA, senjak aku kahwin, so aku pon tak bertukar tempat temuduga. Still Alamat Alor Setar. So, bila dapat interview ni, aku pk banyak kali jugak la, nak balik ke tak. Memang boleh kalau kita nak tukar tempat temuduga, email je kat pegawai spa (before email, call lah dulu) . nanti diorang akan keluarkan surat  (dalam bentuk email) uols pindah pusat temuduga. Aku pernah buat masa dapat interview pembantu tadbir perkeranian dan operasi. Tapi bila check result lepas temuduga, dia tulis dekat dalam system aku TIDAK HADIR TEMUDUGA. Huh, menyirap….! So, lepas tu, aku dah malas dah nak tukar pusat temuduga ni. Kalau ada rezeki, aku p..

So, masa aku dapat interview untuk pembantu pendaftaran ni, kebetulan aku memang planning nak balik kampung sebab cuti hari pekerja (nasib baik!) (mungkin rezeki jugak nak attend interview.) So, dapat jugaklah aku attend interview ni.

Masa interview, aku g awal jugak la. Should be interview on 9.40am. Tapi aku sampai 8.45am. Awal sejam kan? So, aku g la kt Jabatan pendaftaran Malaysia Alor Setar. Dekat anak bukit tu. Masa aku sampai tu, ada sorang candidate je yang tinggal. Eh, next aku ke? Nebes plak sampai awal. So aku bagi dokumen yang diperlukan kat urusetia yang bertugas.

Aku duduk sebelah mak cik (mungkin teman anak dia datang interview) .Sempat berkenalan dan bersalaman. Dia tanya aku, dok kat mana, kerja mana. Aku cerita jer lah. Nota yang ada kat tangan haram, aku tak baca pon. Tapi so far masa bangun subuh, aku tak tidur balik. Sempat la aku belek-belek nota-nota yang aku print dari ofis. Sebab aku still rasa penat lagi teman husband drive dari kl balik ke alor Setar,(padahal aku tido) aku berdoa jer kat Allah, semoga aku diberikan kekuatan dan keberanian nak menghadapi interview ni.

Sebelum ni aku dah memang pernah attend interview waktu diploma kejururawatan, so, ada la spirit of positive thinking masa nak masuk interview. Tapi still nervous jugak tunggu turn.

Tiba lah giliran aku. Sebelum aku masok, aku selawat dan baca surah a-lam-nash-roh- ( mak aku selalu pesan ni, setiap kali aku nak exam, aku baca doa ni, masa nak attend interview pon aku amal.)
Masa aku masok, ada dua orang panel. Dua-dua lelaki. Ha, rezeki. Eh,! Bukan, sebernarnya lelaki dengan perempuan ni chemistrynya memang lain macam skit.tapi tak tau la lain macam tu macam mana. Hahaa

So ,aku duduk bila disuruh duduk la… ( memang dia akan suruh duduk pon)

Antara soalan yang aku ingat dia tanya.

     Perkenalkan diri
Aku pon bagitau nama, asal mana, status (dah berkahwin dan baru berkahwin) J umur berapa, pendidikan tertinggi aku apa. Anak keberapa. Then, aku selikkan jugak kelebihan yang aku ada ( means sikap aku macam mana, Apa aku boleh buat. Apa yang aku suka. )

2.       Oo…tapi sekarang bekerja sebagai apa?

Lupa plak aku nak bagitau aku kerja kat mana. So, aku bagitau la, aku kerja kat mana, berapa gaji, dah berapa lama. Sebab gaji aku sikit plus panel tu macam cakap tak cukup gaji awak kerja kat kl, tinggal kat kl . (kat sini lah , aku menyerlahkan diri) . yea memang tak cukup, dengan kos hidup yang semakin tinggi sekarang ni. Tapi, setakat ni , tu rezeki yg sy dapat dan saya besyukur dengan apa yang saya ada. Sekarang ni tak boleh sangat nak memilih kerja. Even degree holder pon banyak yang menganggur dan masih mencari kerja yang bersesuai. Jadi saya ketepikan pandangan masyarakat dengan kerja yang dikatakan tak sesuai untuk orang yang ada degree,sy terima rezeki yang ditetapkan. Inshaallah, mungkin akan ada rezeki yang lebih baik untuk saya selepas ni.

3.       Bagus. Saya suka cara permikiran awak yang matang ni. (fuh, bangga sekejap.! ) Sekarang yang attend interview gred 17 ni pon memang ramai yang degree holder. Hampir 90% dan semuanya memang ada kelayakan dan memenuhi syarat. Kami, panel pon, nak pilih calon yang sesuai, memang sesuatu yang mencabar. Kami Perlu pilih yang terbaik di antara yang terbaik.

Sebab aku tak tau nak respond apa. So, aku pon cakap la, bagus la sekarang SPA dah bukakan untuk semua yang boleh apply, Even ada degree pon, boleh apply untuk gred 17. Ini boleh meningkatkan kebolehpasaran sesorang individu tu (pergh, jawapan aku!)

4.       Betul. Saya setuju dengan pendapat awak. So,boleh awak ceritakan apa yang awak tahu mengenai JPN ni.

Aku mula jadi cikgu sejarah. Semua maklumat yang ada kat website JPN, aku muntahkan balik. Sejarah, visi, misi, slogan., warna logo, pengarah jpn semua aku cerita. Berkat aku baca selepas solat subuh pagi tadi. Semuanya aku lontarkan dengan penuh keyakinan.
Panel hanyak terangguk-angguk. Panel sorang lagi diam je, dia tak tanya soalan langsung kat aku sejak aku mula masuk tadi. Orang Sabah. Nama En Ben. Mungkin dia nak tengok personality aku. So, masa tengah bercakap, aku pandang jugak la dia, walaupun dia tengah sibuk dok tengok sijil aku.

5.       Banyak yea yang awak prepare. Saya baru nak tanya nama pengarah, awak dah cerita semuanya. Saya macam tak da soalan nak tanya awak ni (eh,terlebih cakap ke?)

Saya cuba jawab sebaik mungkin soalan yang diajukan. Bagi saya, kalau nak attend interview , saya perlu cukup bersedia untuk menjawab segala soalan yang diberikan. Dari situ, dapat menyerlah personality dan kelebihan yang saya bagitau awal-awal semasa perkenalan diri saya sebentar tadi. Then aku senyum.

6.       Okay, Hmm, En Ben , ada apa soalan nak tanya puan Fahmieza (panel sorang ni tanya) . En ben  tu tengok aku. Saya suka cara awak bercakap. Penuh konfiden. Rasa macam tak nak bagi awak berhenti bercakap. (then, dia gelak. ) (eh, macam tu plak.)

Acely, saya bukan peramah pon, kat tempat kerja saya rasa saya yang paling pendiam.. Aku gelak dan senyum.(Aku pon tak tau kenapa aku jadi hyper aktif time interview ni. Mungkin sebab masa interview nursing aritu, aku bercakap lebih kurang macam ni jugak. Panel pon peramah semacam jer. So, aku rasa selesa nak berbual ,Aku memang susah sikit nak bagi first approval untuk orang yang tak ngam. Even first impression pon. Selalu orang cakap aku ni sombong plus berlagak. Ada aku kisah?

7.       Yea ke tak peramah.? (Aku angguk jer.) Ok, Saya nak tanya satu soalan je. Tak lebih. Apa itu kad pengenalan.

Aku pon bersedia untuk menjawab. Aku cerita kad pengenalan ni fungsi untuk apa. Keistimewaan kad pengenalan. Ciri-ciri (butiran) yang ada dalam kad pengenalan. Kad pengenalan ni boleh guna untuk apa. (semuanya ada kt website JPN. Korang goreng jer semuanya.)

8.       Oke. Saya terima jawapan awak. Tu jer soalan saya. Then dia passing kat panel pertama. Oke, awak dah cerita pasal kad pengenalan (ic) , so boleh tak awak cerita kad pengenalan diri yang lain?

Aku cerita la, ada myPR, My KAS dan yang paling comel My kid. Aku siap bagittau untuk apa dikeluarkan. Warna apa. Berapa bayaran. (memang aku seriously ingat semua nota aku baca. Otak fresh lagi kot masa ni)

9.       Oke, Selain daripada mengeluarkan kad pengenalan, apa lagi fungsi JPN?

Aku nyatakan semua bidang kuasa JPN. Bahagian-bahagian yang ada macam surat kelahiran, kematian , pendaftaran perkahwinan dan penceraian.

10.   Ok. Untuk bahagian pendaftaran pernikahan, Jpn yang keluarkan untuk semua warganegara Malaysia ke macam mana?

Aku pon bagitau la. Untuk Warganegara islam, di daftarkan di bawah majlis agama negeri tetapi kalau berkahwin di luar Malaysia (even Thailand) , perlu berdaftar dengan JPN termasuk suku kaum etnik sabah dan Sarawak.

11.   Good. Memang betul-betul prepare yea untuk interview ni, Hmm, katakanlah kalau awak dapat kerja ni, dan ditempatkan kat negeri sabah,Sarawak dan kawasan yang pendalaman, macam mana, awak terima tak?

(Ni soalan klishe). Aku pon jawab la. Sebelum saya berkahwin, saya memang tak da masalah dengan penempatan kat mana-mana jika diterima bekerja oleh pihak kerajaan. Bagi saya ini satu peluang untuk saya mempelajari sesuatu baru mengenai budaya dan sesuatu tempat. Semakin luas kita merantau semakin banyak yang kita belajar. Saya memang daripada kecik sy belajar berdikari. Saya tinggal di asrama, belajar kt kuala lumpur. Bekerja di Selangor, penang dan kuala lumpur, sedikit sebanyak banyak memantu saya untuk menjadi lebih matang. Sekanrang saya dah berkahwin, apa-apapon, saya perlu berbincang dengan suami saya terlebih dahulu. Sebab dia yang utama tapi saya rasa taka da masalah bagi pihak beliau. ( Isteri solehah tak aku?

12.   Betul. Sekarang ni, banyak husband dgn wife yang kerja jaoh-jaoh. Saya berharap awak sanggup la berjauhan dengan suami. Baru kahwin kan.

Aku angguk dan senyum jer la.. (huii…… sanggup ke aku??)
       Saya  rasa taka da dah soalan yang saya nak tanya awak. Sebab awak boleh jawab soalan kami dengan lancar and ok sekali. Tapi, tugas kami kat sini, memang kena pilih yang betul-betul terbaik. Hari ni hari terkahir untuk interview ni, so, dalam seminggu ni memang ramai yang kami dah jumpa, aku yang boelh bercakap dengan baik, ada yang kurang, mungkin sebab nervous. So far, saya tengok resume awak ni memang ringkas yea. tapi complete. Email awak pon bagus. Nama penuh lg. sebelum ni saya tengok ada yang tulis cute la , comel la, blackmetal la. Macam-macam.
Aku pon gelak jer. Biasa lah, mungkin nama diorang dah ada orang guna. Nasib baik nama penuh saya taka da orang guna lagi. Bagi saya, benda tu memang Nampak simple tapi itu melambangkan kematangan diri kita. Semuanya saya belajar daripada pengalaman. Sebelum nip on saya guna email pn mengarut jugak tapi taka da la cute miut semua tu. Just menggunakan nama panggilan. Tapi bila kita dah bekerja, dah tau protocol dan formality sesuaty perkara. Kita akan belajar banyak perkara.
Apapon, untuk interview hari ni, sy dah buat yang terbaik yang saya mampu. Inshaallah, kalau ada rezeki saya, inshaallah milik saya. Kalau bukan, saya akan terus berusaha lagi di masa akan datang. J

14.   Baiklah. Rasanya setakat ni sahaja temuduga pada hari ni. Saya rasa awak ni orang yang terakhir untuk hari ni. Dan yang paling lama kami interview setakat ni. Ebih kurang 45minit. ( dia senyum dan gelak). Doa banyak-banyak supaya awak dipilih. Apapon, saya ucapkan tahniah dan syabas di atas prestasi awak utk hari ni. Ni interview awak yang paling lama ke?

Tak, interview nursing ari tu,lagi lama. Lebih kurang 1 jam. Sebab saya suka bercakap tentang kesihatan. Panel pon dengar jer saya cakap.

15.   En ben menyampuk. Ha, kan saya kata awak ni pandai bercakap. Saya suka dengar pendapat awak dan percakapan awak.

Erghh.. terima kasih. Apa yang baik datang daripada Allah, yang kurang daripada diri saya sendiri.

16.   So, lepas ni nak ke mana? Husband ada teman ke ari ni?

Aaah. Husband ada kat bawah. Lepas ni nak g pejabat agama negeri kedah. Nak ambik kad kahwin yang baru siap.. Slumber jer aku) hihihi….


-The end-

Kalau sempat Nufa try untuk tulis pasal interview diploma kejururawatan U29. Tu pon kalau ingat lagi sebab dah setahun pon interview tu. (dah lulus temuduga pon tapi tak p.sebab gedik nak kahwin.. ) Nufa ingat kena blacklist, sebab tak p belajar nursing tu. Masa tanya panel , dia cakap sekarang dah taka da blacklist. Tapi Nufa tak sure lah, Tapi lepas setahun jugak la baru nufa dipanggil untuk interview semula ni. Yang Nufa faham. Kita kena blacklist untuk jawatan yang kita dapat tu selama 3 tahun. Untuk jawatan lain 1 tahun. Tapi Nufa kira-kira , tak sampai pon setahun lagi. Sebaba last interview ari tu bulan 4 tahun lepas, result kuar bulan 6 tahun lepas. Ni dia panggil interview bulan 4 tahun ni..




9 comments:

  1. Slm nufa..dpt xjwtn pemb pndaftaran tu?

    ReplyDelete
  2. kalau tgk, panel penemuduga pun suka..kebarangkalian dapt tu 100%...mesti puan dpt kan...tahniah

    ReplyDelete
  3. Salam,,blh sy tahu, nota macam mana yg perlu dibaca sbelum iv pembantu pendaftaran?

    ReplyDelete
  4. Mcm ner keputusan iv ritu sis?
    Klu ingt semua yg dibc bestnya😍😍

    ReplyDelete
  5. Salam..nuha dapat tak jawatan pembantu pendaftran tu?

    ReplyDelete
  6. Salam semua... terima kasih yg baca blog sy ni... lama mana dah sy x buka blog ni.. lupa dah password... so far alhamdulillah dah nk msuk 5 tahun dh keja dgn JPN. Alhamdulillah... rezeki anak dlm kandungan masa tu... for those yg dpt interview pembantu pendaftaran kp19.. good luck... caiyok.. yakin dgn diri sendiri.. insyaallah ada rezeki.

    Regards
    Nufangetnget

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa lama ya dapat tahu keputusan interview tu. Ada dalam 3 bulan tak 😊

      Delete
    2. berapa lama ya dapat tahu keputusan interview tu. Ada dalam 3 bulan tak 😊

      Delete
    3. berapa lama ya dapat tahu keputusan interview tu. Ada dalam 3 bulan tak 😊

      Delete