Tuesday, January 13, 2015

Review Butik Pengantin Alor Setar



Just go with the flow. Review Butik Pengantin Alor Setar

Majlis Perkahwinan nufa diadakan pada 14 Disember 2014 (14.12.14). Sehari selepas majlis akad nikah. Alhamdulillah, majlis selesai walaupun banyak benda yang kena tempuh sebelum berjayanya majlis ni. So, kat sini nufa nak share serba sedikit kisah sekadar kongsian. 

Tema Majlis Perkahwinan

Sekarang ada banyak theme yang dipilih untuk hari bahagia masing-masing. Ada tema garden wedding , tema tradisional, and macam-macam lagi. Tapi untuk nufa, majlis diadakan kat kedah. Nufa Cuma fokuskan tema color untuk majlis nufa. Nufa dulu susah jugak nak pilih color. Rasa macam nak pakai semua color. Tapi , I’m so in lovee with pastel color. So,pastel color is the best color for my wedding. Nufa pilih combinations of purple + peach+pink + putih. Banyak kan. (At the end, memang jadi warna warni) . Ada banyak orang tak suka nufa pilih pastel color. Sebab color pastel kan nampak mcm dull. Tak terang. Macam tak naik seri pengantin la kalau pakai. Do I care? :D 

Misi mencari baju pengantin pun bermula. So, nufa try usha area alor setar sebab dekat dengan rumah. Nufa decided nak ambik full package je (senang). Baju sanding + pelamin + meja makan.  Senang kalau pilih kat satu tempat je. Lagi jimat. 

Cari punya cari, nufa jumpa satu butik ni. Nak mention nama butik? Rasa macam tak perlu lah kot. Butik ni terletak dekat tingkat 2 ct plaza, alor setar. Butik ni ada sekali dengan catering. Kedai butik ni kecik je. Even fitting room pon tak da.

 Nufa berkenan dengan satu color ni. Macam color peach and champion macam tu la. Memang so pastel color. Pakej pon not bad. RM2000 for baju sanding + pelamin + meja makan + bilik tidur. Memang murah lah. Tapi untuk bilik tidur, nufa tak ambik .So boleh tukar dengan baju sanding lagi satu. Yeayy… boleh pakai untuk resepsi majlis sebelah hubby kat temerloh. Tapi, butik ni memang tak banyak choices. Pening jugak la nak pilih baju yang memang terhad. Tapi sebab dah pk jimat punya pasal, Nufa and tunang (waktu tu) decided untuk ambik mint green + pink (tak suka sangat sebenarnya) . 

Review butik pengantin dot.dot.dot  Alor Setar 

Sebelum majlis, nufa dah bagitau konsep macam mana nufa nak untuk pelamin dan meja makan. Siap bagi gambar contoh pelamin lagi tau. Then, color, of cos kena ada purple+ pink+putih +peach. Orang kat kedai t upon cakap okay. Boleh buat. Waa.. best nye.. pelamin angan-angan dapat direalisasikan. 

Sampai dua hari sebelum majlis, pihak butik datang untuk pasang pelamin and meja makan. Masa tu , nufa dalam bus , baru nak balik daripada KL ke alor Setar. Diorang hantar nufa gambar pelamin yang diorang buat. Sumpah! Rasa nak menangis tengok! Sebab? Buruk gila. Huhu… 

Apa yang nufa request, memang tak jadi sebijik macam yang diminta. Plus memang tak da color purple langsung. Nufa mintak utk tukar hias pelamin tu, tapi diorang dah nak bebai (marah2) . Nufa memang dah naik angin satu badan. Nufa tak kira, nufa nak jugak pelamin tu tukar. Diorang cakap , ikut pakej akak ambik la. Pakej akak yang ni je boleh buat. Plus nufa nak tambah fox hair (kain putih baldu) tu pon diorang x bagi! Pelamin kosong macam tu je. Hiasan bunga lagi lah… memang tak nampak bunga. Daun ranting, ada la. Memang hilang terus mood tengok pelamin tu. Pelamin angan ku musnah! Bilik pengantin mak nufa buat lagi cantik dari pelamin tu! 

Service yang sangat terok!

Seriously, bukan nak menjatuhkan mana-mana bisnes. Nufa paham orang berniaga. First , memang banyak yang pk dari segi keuntungan. Service, memang sangat-sangat terok. Butik pengantin ni memang tak jaga langsung customer dia. Memang tak da konsep customer is always right. 

Apa yang terok?


-   _    Janji boleh buat pelamin macam kita nak. Tapi, tak boleh buat. 

-     _     Nak tambah bunga untuk pelamin, kena tambah caj 

-       _   Nak tambah fox hair, kena tambah caj 

-        _  Fitting baju. Suruh datang fitting awal. Nufa pergi. Siap ambik , tulis kat atas kertas lagi fitting baju. One Day sebelum hari majlis nufa, baju nufa singkat. Nampak betis! L (bukanya , tak datang fitting) . Untuk majlis sebelah hubby nufa, lagi la. Baju besar! L nasib baik ada mak, mak sedara yang pandai alter baju. Kalau tak, pakai la baju besar gedabak tu! 

-   -    Baju koyak. Sebelum nufa pakai baju tu, memang ada orang lain yang pakai. Majlis nufa selang 3 hari dari majlis orang sebelum nufa pakai. What??? Sepatutnya diorang kena ada gap dalam seminggu la. Ni 3 hari? Ntah cuci, ntah tak baju tu. Memang tak Nampak macam baju pengantin pun wey.. 

-      -    Deposit burn RM300 – walaupun dah hantar baju. Masa majlis nufa  kt temerloh, banjir. Satu Malaysia tau temerloh banjir terok. Butik tu je tak tau. So, nufa stuck dekat temerloh seminggu. Memang nufa tak dapat nak hantar baju awal. Diorang marah gila. Sebab ada orang lepas nufa nak pakai. Manalah kita nak tau, baju tak dapat nak hantar. Mana jugak kita nak tau yang banjir nak tau. Owner kedai cakap memang sangat-sangat terok. Mak nufa pergi butik, mintak untuk hantar lewat. Dia maki-maki mak nufa L . Dia cakap mak nufa tak tau nak ajar anak. Dia cakap nufa tengki-tengki dia. OMG! Seriously, nufa rasa bengang. Macam tak nak bagi terus baju tu. Tapi , sebab nufa kahwin ni seumur hidup sekali(inshaallah) , nufa tak nak ingat benda yang buruk + terok macam ni. So, nufa bagi jugak baju tu. Nufa hantar Seminggu lewat! So, memang burn la duit deposit tu walaupun baju dah hantar. 

-        -   Owner yang sangat terok – nufa tak pernah jumpa owner kedai tu. Selalu jumpa pembantu kedai je. So, banyak yang nufa diskuss, semua dengan pembantu kedai. Diorang janji macam-macam. Semua boleh buat. Tapi at the end. MUSNAH! Owner memang cakap , kurang ajar.

-      -     Bayaran nak cepat – Memang diorang pentingkan uols bayar duit. Semua kena bayar seminggu sebelum majlis. Time nak mintak duit, memang diorang akan push korang untuk bayar jugak! Berkali-kali mesej, berkali –kali  ingatkan . Tapi , bila dah bayar, diorang diam. Senyap. Tak tanya pon, service macam mana uols nak. 

-        -  Meja makan – ni pon sedih. Meja cuma ada kerusi pengantin. Kain color pink. Bunga hujung meja. Sedeh sangat. Macam meja hias sendiri. Nufa tak rasa macam raja sehari pun.
-          Make up –Tak cantik!

Moral of the stories 

-        -  Uols pilihlah butik pengantin yang dapat layan uols 100% . Bukan yang murah dan jimat. Sebab yang murah dan jimat ni selalunya services memang terok (tak semua).

-          - Search dekat internet, sebab banyak review pasal butik dekat yang boleh uols tau, service ok ke tak. 

The End

P/s : Sedih kan kalau hari bahagia korang jadi macam ni. Uols agak-agak, macam mana muka nufa masa tu. Nufa just pk positif. Nufa nak kahwin sekali je, so ni hari bahagia nufa. Apa yang jadi, dah terjadi. Nufa kena jugak lalui hari tu walaupun pelamin tu tak cantik. Meja makan tak cantik. Baju terkoyak. Satu je yang buat nufa senyum and happy balik. Selepas majlis akad nikah! –Dah jadi isteri orang! Nufa pk tak penting dah apa yang jadi. 

So, Just go with the flow. ~~~~~~~

Sesungguhnya perkataan “sah” itu membawa ketenangan :)

~nufangetnget~

Selepas sebulan diijabkabulkan



Alhamdulillah. Hari ni dah 13 Januari 2015 dan hari ni genap lah sebulan nufa jadi bini orang :) . Still ingat lagi detik-detik nak jadi isteri orang tu. Rasa berdebar je. Dalam hati, sebelum nak akad nikah ari tu, asyik pk, boleh ke en tunang nufa tu lafaz ni sebab dia darah gemuruh sikit kan..kalau dia panik, memang dia tak akan ada reaksi. Tercengat je. Risau..risau… 

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, nufa menjadi isteri yang sah buat dia. Menangis? Tak tapi lebih pada sebak dan legaaaa…. Alhamdulillah, 2 Tahun perkenalan antara kami berakhir dengan satu ikatan yang sah. 

Detik-Detik Diijab-kabulkan 

Majlis Solemnization nufa diadakan di Masjid Ar-Rahmah, Alor Star. Majlis diadakan selepas asar, 13 Disember 2014. (Dalam pukul berapa tu tak pasti la plak. Yang tau, selepas Asar. Memang tak sempat dah nak tengok jam pukul berapa kan). 

Majlis dihadiri oleh orang-orang penting spt Tok imam, Saksi, Wali, Pengantin Lelaki dan Pengantin Perempuan (sebenarnya ni rukun nikah + ijab qabul) , saudara mara. My hubby bawak mai satu biji bus masa majlis akad nikah!  Tok imam pon berkata “ sebiji bus noh mai” . :D 

Sebelum nak akad nikah tu, tok imam panggil abah and nufa. Oke..dah nebess! Tok imam mintak abah mengucap. Istifar. Selawat. (Soalan kepada wali). Wali pon kena tanya tau sekarang. Lepas tu, nufa plak kena tanya! .

Soalan sebelum majlis akad nikah 

1.       Istifar
2.       Mengucap sekali Makna
3.       Selawat
4.       Rukun Nikah 

Ni je Soalan yang nufa kena. Memang dah prepare awal-awal lagi untuk soalan ni. Alhamdulillah.. lepass..

Next, ada sesi mintak keizinan berkahwin daripada wali. Uols ada? Time ni memang sebak la. Sebab memang tak jangka kena mintak izin kan. So,ayat memang tak prepare pon. Kasi cakap je.. 

“Abah, kak ija mintak izin untuk berkahwin dengan …………. Dengan mas kahwin ………” 

Ha, macam ni la. Pastu kena salam abah. Time ni la rasa nak reyau! (menangis). Dulu, abah yang jaga nufa, abah yang bagi nufa everything dari zaman sekolah, zaman matrik, zaman uni even zaman bekerja pon, still abah banyak tolong nufa. Ni bukan pertolongan, tapi ni adalah pengorbanan daripada seorang abah untuk anaknya. Memang tak da sapa-sapa boleh ganti tempat abah. Even my hubby sendiri. Sebab abah is only one. And only one. Pengorbanan abah besarkan nufa dengan penuh kasih sayang, memang tak da tolak bandingnya. (okay, menangis kejap!) 

Majlis akad nikah disempurnakan sendiri oleh abah means abah sendiri yang akadkan. Akkad bagi nufa adalah menyerahkan hak dan tanggungajawab daripada seorang abah kepada bakal suami. Nampak abah memang nervous. En hubby macam steady je plak. Dulu masa akak nufa nikah pon, abah yang sempurnakan. So, abah pon memang darah gemuruh jugak.. so, nampak nebes tu. Tapi, Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Dengan sekali lafaz, nufa sah menjadi isteri kepada En Hubby.

Alhamdulillah. Subahanallah.. Syukur.. Ni yang dapat dilahirkan dari hati. Semoga nufa dapat jadi isteri yang solehah buat suami, yang sentiasa menyenangkan hati si suami. 


Semoga jodoh kami berkekalan hingga akhir hayat kami. Terima kasih untuk yang mendoakan.


Dear En Hubby. 


Syg bukan seorang yang sempurna. Syg banyak kurangnya. Dan memang terlalu banyak kurangnya. Terima Kasih sebab pilih sayang untuk menjadi suri dalam hati b. Syg cuba untuk jadi isteri yang mungkin bukan sempurna untuk orang lain. Tapi sempurna untuk b. Semoga b dapat bimbing sayang ke jalan yang diredhai. Semoga b dapat terima perangai syg yang kadang kala akan marah. Kadang-kadang akan diam tanpa sebab. Kadang-kang akan merajuk dan mintak untuk dipujuk(sekali lg dipujuk) (harap sangat b pujuk) . Syg sentiasa berdoa, Allah pelihara hubungan dan ikatan kita yang sah ini sehingga akhir hayat kita. Semoga Allah limpahi kita dengan rasa kasih sayang dan cinta sepenuh hati. Semoga kita dipelihara dan dijauhkan daripada gangguan-gangguan yang tidak sepatutnya. Semoga Allah kurniakan kita rezeki yang luas dan zuriat yang soleh dan solehah. B, Semoga b dapat jadi suami yang dapat menjalankan tanggungjawab b. Syg harap b ikhlas terima syg seadanya. B , kalau kita gaduh, syg minta b pujuk syg. Kadang-kadang sikap b yang diam tu buat syg lg marah. Pergaduhan kecil dalam rumah tangga tu biasa. Tapi, syg harap b dapat pujuk syg sebaiknya. (hihi)

Sekian.
-nufangetnget-