Tuesday, January 13, 2015

Selepas sebulan diijabkabulkan



Alhamdulillah. Hari ni dah 13 Januari 2015 dan hari ni genap lah sebulan nufa jadi bini orang :) . Still ingat lagi detik-detik nak jadi isteri orang tu. Rasa berdebar je. Dalam hati, sebelum nak akad nikah ari tu, asyik pk, boleh ke en tunang nufa tu lafaz ni sebab dia darah gemuruh sikit kan..kalau dia panik, memang dia tak akan ada reaksi. Tercengat je. Risau..risau… 

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, nufa menjadi isteri yang sah buat dia. Menangis? Tak tapi lebih pada sebak dan legaaaa…. Alhamdulillah, 2 Tahun perkenalan antara kami berakhir dengan satu ikatan yang sah. 

Detik-Detik Diijab-kabulkan 

Majlis Solemnization nufa diadakan di Masjid Ar-Rahmah, Alor Star. Majlis diadakan selepas asar, 13 Disember 2014. (Dalam pukul berapa tu tak pasti la plak. Yang tau, selepas Asar. Memang tak sempat dah nak tengok jam pukul berapa kan). 

Majlis dihadiri oleh orang-orang penting spt Tok imam, Saksi, Wali, Pengantin Lelaki dan Pengantin Perempuan (sebenarnya ni rukun nikah + ijab qabul) , saudara mara. My hubby bawak mai satu biji bus masa majlis akad nikah!  Tok imam pon berkata “ sebiji bus noh mai” . :D 

Sebelum nak akad nikah tu, tok imam panggil abah and nufa. Oke..dah nebess! Tok imam mintak abah mengucap. Istifar. Selawat. (Soalan kepada wali). Wali pon kena tanya tau sekarang. Lepas tu, nufa plak kena tanya! .

Soalan sebelum majlis akad nikah 

1.       Istifar
2.       Mengucap sekali Makna
3.       Selawat
4.       Rukun Nikah 

Ni je Soalan yang nufa kena. Memang dah prepare awal-awal lagi untuk soalan ni. Alhamdulillah.. lepass..

Next, ada sesi mintak keizinan berkahwin daripada wali. Uols ada? Time ni memang sebak la. Sebab memang tak jangka kena mintak izin kan. So,ayat memang tak prepare pon. Kasi cakap je.. 

“Abah, kak ija mintak izin untuk berkahwin dengan …………. Dengan mas kahwin ………” 

Ha, macam ni la. Pastu kena salam abah. Time ni la rasa nak reyau! (menangis). Dulu, abah yang jaga nufa, abah yang bagi nufa everything dari zaman sekolah, zaman matrik, zaman uni even zaman bekerja pon, still abah banyak tolong nufa. Ni bukan pertolongan, tapi ni adalah pengorbanan daripada seorang abah untuk anaknya. Memang tak da sapa-sapa boleh ganti tempat abah. Even my hubby sendiri. Sebab abah is only one. And only one. Pengorbanan abah besarkan nufa dengan penuh kasih sayang, memang tak da tolak bandingnya. (okay, menangis kejap!) 

Majlis akad nikah disempurnakan sendiri oleh abah means abah sendiri yang akadkan. Akkad bagi nufa adalah menyerahkan hak dan tanggungajawab daripada seorang abah kepada bakal suami. Nampak abah memang nervous. En hubby macam steady je plak. Dulu masa akak nufa nikah pon, abah yang sempurnakan. So, abah pon memang darah gemuruh jugak.. so, nampak nebes tu. Tapi, Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Dengan sekali lafaz, nufa sah menjadi isteri kepada En Hubby.

Alhamdulillah. Subahanallah.. Syukur.. Ni yang dapat dilahirkan dari hati. Semoga nufa dapat jadi isteri yang solehah buat suami, yang sentiasa menyenangkan hati si suami. 


Semoga jodoh kami berkekalan hingga akhir hayat kami. Terima kasih untuk yang mendoakan.


Dear En Hubby. 


Syg bukan seorang yang sempurna. Syg banyak kurangnya. Dan memang terlalu banyak kurangnya. Terima Kasih sebab pilih sayang untuk menjadi suri dalam hati b. Syg cuba untuk jadi isteri yang mungkin bukan sempurna untuk orang lain. Tapi sempurna untuk b. Semoga b dapat bimbing sayang ke jalan yang diredhai. Semoga b dapat terima perangai syg yang kadang kala akan marah. Kadang-kadang akan diam tanpa sebab. Kadang-kang akan merajuk dan mintak untuk dipujuk(sekali lg dipujuk) (harap sangat b pujuk) . Syg sentiasa berdoa, Allah pelihara hubungan dan ikatan kita yang sah ini sehingga akhir hayat kita. Semoga Allah limpahi kita dengan rasa kasih sayang dan cinta sepenuh hati. Semoga kita dipelihara dan dijauhkan daripada gangguan-gangguan yang tidak sepatutnya. Semoga Allah kurniakan kita rezeki yang luas dan zuriat yang soleh dan solehah. B, Semoga b dapat jadi suami yang dapat menjalankan tanggungjawab b. Syg harap b ikhlas terima syg seadanya. B , kalau kita gaduh, syg minta b pujuk syg. Kadang-kadang sikap b yang diam tu buat syg lg marah. Pergaduhan kecil dalam rumah tangga tu biasa. Tapi, syg harap b dapat pujuk syg sebaiknya. (hihi)

Sekian.
-nufangetnget-

No comments:

Post a Comment