Tuesday, February 24, 2015

Upside-down House Malacca - Rumah Terbalik Melaka

Chinese new year lepas gi jalan-jalan area melaka. Too pack with visitors. Jalan jem everywhere. Teringin coconut shake klebang, tapi x kesampaian. Tapi dapat g satu tempat yang boleh tahan menarik. Upside-down House. Acely bukan House,sebab, x terbalik pon bangunan tu daripada luar. barang dalam rumah je terbalik. Sebab nak g rumah terbalik kat Sabah, macam jaoh sangat. So, kira oke la dapat datang sini pon kan.

Some pictures yang Nufa rasa not bad nak letak dalam blog. See yarh. (Hari ni rasa malas nak membebel)

By the way :

Entry fee

RM 15 with mycard (adult )
RM 10 (kid)
RM 20 (Non-Malaysian )

Location :

G12 & G14, Jalan PM 7, Plaza Mahkota, Bandar Hilir, Melaka.



Family 



tunggu teddy bear jatuh ke riba 


Takkan tunjuk saja.. 


Joget Lambak  


Joget Lambak 2 


awat tinggi sangat peti aih ni. 


Rasa dah cukup tinggi dah. Awat tak sampai. Maii twistiess.. 

Bedroom for the kid 


toilet yang terlalu open. Laki perempuan boleh masuk. 


awat p dok bawah ni.. pls sisa buangan, don't split it out! 


Susak nak make-up lepaih ni. semua kena jinjat. 


Sarung bantal tu sangat-sangat familiar-liar.. 


nasi tumpah. abeh, Tak leh makan. Sila Balik. 


Tunggu siaran bola liga malaysia, mungkin.. 


b, hari ni tak boleh masak. So, kita makan kat luar, plss.. 


Upside-down House ni acely lot rumah kedai. Kalau nak cari, cari belakang hotel Seri Costa (ingat costa rica sebab tu waze x jumpa location ni) . Dekat je dengan area Menara Taming Sari. Acely rasa tak berbaloi bayar RM15 sebab Nufa rasa kecik sangat ruangan tu. Mungkin boleh diimprovekan untuk masa akan datang. Owner chinese. Tapi, creative la dpt buat macam ni. Good Job. 



Tuesday, February 10, 2015

Nasihat & Pesanan untuk "bride-to-be"



Tahun 2015 ni nufa rasa macam ramai jer kawan-kawan Nufa yang akan membina masjid. Dekat ofis Nufa sekarang pon, ada dua tiga orang yang akan berkahwin. Tadi, ada sorang member ofis  nufa  nanty tengah isi borang nikah online , akan mendirikan masjid (bernikah ) pada bulan mei. Inshaallah. Semoga usaha kalian, dipermudahkan oleh-Nya. Baru-baru nie pon, member ofis baru melangsungkan majlis perkahwinan kat Terengganu. Tahniah, anas dengan kak ruby (satu ofis) . Yang bertunang, berderet-deret lagi lah. Apapon, Tahniah untuk semua. 

Bulan lima tu dah tak lambat. Tinggal lebih kurang 2 bulan je lagi kan. So, mesty macam-macam nak kena prepare. Ada orang hujung tahun, sekarang dah kena prepare. Resepsi majlis perkahwinan sekarang ada buat yang grand, ada yang buat sesimple yang boleh.  So, mungkin akan ada banyak masa yang perlu dilaburkan untuk merealisasikan impian wedding of the year uols (cewahh)

Nufa rasa nak bagi sikit persediaan yang kadang-kadang mungkin korang terlepas pandang. Semoga berguna lah nasihat ni yea. 

Sebelum detik diijabkabulkan. 


Persediaan fizikal dan mental.

Selalunya , bride and groom –to - be akan sibuk sangat sebelum majlis (big day) diorang. Kadang-kadang, akan ada banyak benda yang tak settle. Last minute jugak jadinya. Sama jugak dengan Nufa masa nak akad nikah ari tu. Facial pon pergi last minute. Tu pon just buat face relaxing je. Mana taknye, kena fikir pelamin yang tak cantik tu. Baju sanding yang senteng tuu!. (dugaan) 

Disebalik kesibukkan untuk buat persediaan perkahwinan secara fizikal, kita jangan pula lupa persiapan daripada segi mental dan rohani. Bagi Nufa, perkahwinan ni satu alam yang penuh dengan tanggungjawab. Tanggungjawab seorang suami,  tanggungjawab seorang isteri . Tanggungjawab sebagai menantu pon yea!. Sekurang-kurangnya, perlu ada ilmu dalam diri. 

Sebelum tidur, nufa akan spend time untuk google and baca sikit-sikit mengenai alam kehidupan rumah tangga. Memang banyak tanggungjawab yang akan kita pikul selepas bergelar seorang isteri dan suami. Nufa sempat untuk search kat internet tentang,  Soal Nafkah zahir dan batin, soal dosa dan pahala suami dan isteri, tips untuk harmonikan rumah tangga, soal dapur (cooking and resepi), tempat honeymoon, dan macam-macam lagi la. Ilmu tu kena cari okay!

Don’t stress too much! 

Uols mungkin akan fikir hal berkaitan hari big day uols je. Contoh macam door gift apa yea nak bagi. Tema/ color apa ya untuk family. Sekarang ni pulak adanya bridemaids and flower girl yang comey-comey tu kan. Uols mesti nak majlis resepsi uols tu paling meriah and cantik. Acely, semua tu meriah untuk satu hari. Uols kena berkorban banyak masa sebelum kahwin untuk pikirkan hal macam tu untuk cuma satu hari. Err.. berbaloi ke? 

Memang stress kan kalau nak fikir semua tu. Sama macam Nufa dulu jugak. One day , masa kerja kilang, Nufa kena headache (sakit kepala) yang teramat sangat. Jumpa doktor yang hensem and polite terus hilang! (eh, tak!) My blood pressure increase and it will lead to hypertension, doktor kata. (EH, jangan ada darah tinggi lah!!)   Doktor selidik punya selidik, dia tanya Nufa kenapa , sebab apa. Then, dapat conclusion, yang Nufa terlalu stress fikir hal kaitan perkahwinan. 

Yes, memang betol pon. So, doktor vanash ( if I not mistake) bagitau, jangan terlalu fikir, fikir dan fikir. Kalau ada masa bersenam, jaga permakanan, jaga waktu tidur. He said, “nak jadi bride – to – be kena cantik! . So, nak cantik, kena jaga kesihatan! (meltingnya doktor ni. This is the first time in my life, I jumpa doktor yang betul-betul doktor!) (mohon member doktor Nufa terasa dan jadilah doktor yang macam ni!) =)

Ada masa, Nufa kalau stress, nufa pergi window shopping. Window shopping ni macam exercise jugak la berjalan satu shopping mall! =). Nufa suka jalan-jalan shopping mall. Sebab boleh tengok macam-macam! . hikshikshiks. 

Berkongsi ilmu dengan bakal pasangan. 

Uols jangan baca sekadar pengetahuan uols saja, sebaiknya uols share dengan bakal suami uols mengenai ilmu yang uols cari. Kalau kita berkongsi, at least sama-sama faham tentang tanggungjawab masing-masing. Memang ilmu macam ni boleh cari lepas uols dah berkahwin, tapi tak salahkan uols prepare awal-awal. At least, masing-masing akan tau tentang tanggungjawab masing-masing. Memang uols pergi kursus kahwin (beberapa tahun lepas, dulu-dulu) tapi still ingat ke apa yang uols belajar. Ke pergi sebab nak dapat sijil kursus pra perkahwinan saja? Plus memang kat sekolah menengah ada belajar hal perkahwinan dan hukum-hukum, tapi masih lekat ke ilmu kat dada tu? Ke dah terbang bersama-sama kertas exam spm n pmr dulu. So, this is the time untuk refresh balik ilmu yang kita belajar tu. 

Kadang-kadang ilmu yang uols rasa penting untuk uols, penting jugak untuk bakal pasangan uols. So, kalau sharing together, uols akan sama-sama paham! Kadang-kadang perkara basic things pon lupa dan tak tahu. So, sama-sama mencari ilmu untuk penuhkan di dada bersama-sama. 

Never expect too much

Uols mesti impikan sebuah keluarga kecil yang bahagia selepas uols berkahwin (bernikah). Kan? Uols tau tak, kebahagiaan sebuah perkahwinan tu bermula dengan usaha uols dengan pasangan. Uols jangan terlalu berharap akan ada sebuah perkahwinan yang terlalu bahagia (happy ending forever & ever) sebelum korang berkahwin and merasa sendiri alam perkahwinan tu macam mana. Never expect too much! Sebabnya di alam perkahwinan, banyak lagi dugaan yang akan korang hadap.
Sebenarnya, rasa bahagia tu uols tak perlu nak mengharap sebaliknya, uols kena rasa! Merasai alam perkahwinan tu selepas uols berkahwin. Bukannya , sebelum uols berkahwin, uols dah macam berkahwin (paham?).
Spending your quality time with your friend (bff)  instead of your husband – to – be

Dear girl, 

While u still having time, please use your time wisely. Sebelum berkahwin ni adalah waktu untuk uols  spend a lot of your time dengan kawan-kawan and family. Sebab selepas berkahwin, mungkin uols kurang dah masa untuk spend time bersama member uols (how I miss it, now!) Seyesly, rindunya nak lepak dengan aten, mea, member mpob, member mrsm, member ukm. Sekarang, bukannya tak boleh nak lepak dengan diorang tapi kena bawak husband sekali. Plus diorang ni belum berkahwin and nufa je baru berkahwin. Mesty husby Nufa segan nanti. (and takkan nak tinggal husby Nufa dekat rumah plak kan?) 

Jadi, jika uols belum berkahwin, spending your quality time dengan kawan-kawan (bff) uols sebaiknya. Sebab tu jugak kot Nufa rasa sangat setuju dengan nasihat orang tua, “bakal pengantin lelaki dengan pengantin perempuan tak boleh keluar selalu sebelum bernikah + sanding” 

Preparation need to be prepare together

Dear girl, 

Preparation for your big day adalah preparation bersama. Tidak dinafikan, sekarang ni preparation banyak bride-to-be yang prepare. Groom-to-be?? Uols nak berkahwin bersama-sama, so sama-sama lah pilih, sama-samalah pening kepala. Bukan uols je buat sorang-sorang. (majlis sebelah bakal husband uols pon uols kena pikirkan ke?) Ohm.. uols akan jadi letih sangat-sangat kalau semua benda kena setel.uols akan rasa nak menangis plus memang akan menangis! Soal duit, lagilah buat kepala korang akan pening!! Kalau uols and pasangan tak mampu, buat sekadar yang mampu. 

Sebelum nufa berkahwin dulu, memang ada juga masalah kewangan (nufa kan tak bekerja + kerja kilang je time tu + memang tak pernah pon saving untuk berkahwin) . Tapi, Alhamdulillah husby nufa banyak bagi semangat, banyak bagi nasihat, banyak jugak cari jalan keluar untuk masalah yang kitorang kena hadap. 

He always said, 

“ Kita buat apa yang kita mampu “

Dan apa yang berlaku untuk majlis perkahwinan kami ari tu, itulah yang kami mampu. Yang baik semuanya datang daripada Allah. Kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan. =) 

Tu je kot nasihat yang nufa rasa perlu diberi perhatian. Semoga apa yang uols planning akan berjalan sebaiknya. Amin!
(xsabarnya nak g wedding pika and puteri nanty!) hee.. 

-nufangetnget-

Ada satu saat



Ada satu saat,
Kita rasa kita mampu untuk berdiri,
Terus berjalan menuju destinasi.  

Ada satu saat,
Kita rasa kita layak pergi,
Membawa hati yang sepi.

Ada satu saat,
Kita akan salahkan orang lain,
Kerana kita terlalu angkuh dengan menyalahkan yang lain.

Ada satu saat,
Kita terasa berbuat salah,
Lalu tercetusnya masalah.

Ada satu saat,
Dia datang dengan senyuman,
Kadang-kadang buat kita terukir senyuman.

Tapi,
Ada satu saat,
Yang kita tidak menanti,
Akan hadirnya apa itu MATI. 


Nurkilan 

-nufangetnget-

Thursday, February 5, 2015

Budget Honeymoon Pulau Langkawi 2015



Welcome February! Alhamdulillah, dah masuk bulan dua uols. Rasa macam kejap sangat masa. Alhamdulillah, masih di beri kesempatan untuk sedut udara di bumi Allah ni. Rasa seronok la plak kalau masuk bulan februari. Hihi.. Sebab apa yea?  sebab my birthday is on February! Tahun 2015 untuk 25 tahun. Hidup dah suku abad. 25 tahun hidup kadang-kadang terfikir apa jasa yang aku dah buat kat bumi Allah ni (muhasabah kejap) . macam taka da apa-apa jer. I’m still looking for a job. May Allah ease me everything! 

Dulu, bulan February ni antara bulan yang paling tunggu-tunggu. Sebab banyak benda nak celebrate on this month. Tapi sekarang, celebrate birthday (tahun lepas, aku bertunang tarikh ni jugak kan?)
Oh ya, mungkin celebrate satu tahun menjadi tunang orang (sekarang dah jadi bini pon). 

For this year, my February start with our honeymoon! We decided to go to LANGKAWI. Alhamdulillah, after well planning, we reached at Langkawi island on 1st and 2nd of February 2015. There are a lot of changes happen at Langkawi. It almost 4 years, I’m not coming here. And hey Langkawi, I’m back! . (spekang pulak) 

Nufa rasa dah banyak sangat tempat menarik kat Langkawi yang orang lain (blogger) update. So, Nufa just nak share my budget and actual spending masa kat Langkawi. Nufa just pergi 2 hari 1 malam. So, Rasa macam kejap sangat je. Tak sempat nak pusing satu Langkawi pon. So, sesapa yang rasa nak honeymoon kat Langkawi, dipersilakan. Tapi better kalau pergi 3 hari 2 malam atau lebih. 

Nufa jugak nak update perubahan-perubahan yang berlaku kat Langkawi. Mana tau, mungkin boleh bagi info terkini kat uols yang nak ke sana.

Budget and actual spending at Langkawi. 


Okay, nampaknya spending melebihi budget. So my budget is fail! Maybe next time kena tambah spending yang Nampak macam tak penting, tapi penting. Contohnya toiletries!  my hubby always forgot to bring his toiletries (acctualy, I should prepare for him, hihi) . Maybe next travel, I’ll list all of this. 

Idaman Suri Langkawi dah tak jual coklat! 

Langkawi macam tak banyak beza tapi ada jugak la perbezaan daripada 4 tahun lepas. Uols tau tak dekat idaman suri dah tak ada jual coklat! So, kat situ boleh beli pinggan mangkuk je lah. So, nak buat price comparison pon rasa macam sama je kat semua tempat. 

Sekarang, Haji Ismail Group (HIG) dah ada kompleks sendiri (macam shopping complex) sebelah dengan hotel HIG tu. So,kalau uols nak g beli coklat, boleh g kompleh haji Ismail group. 

Pekan kuah macam dah tak berapa nak hidup @ best sangat sebab macam dah tak ramai yang berniaga kat situ. Sekarang macam dah ada gerai jual-jual dekat parking. 

Entry fee nak masuk makan mahsuri kena bayar RM10.00/person! Sekarang nak masuk mana-mana pon kena bayar. Nasib baik dataran helang tak kena bayar. 

Skycab Langkawi (cable car Langkawi) tengah promotion dengan harga satu Malaysia. Harga entry RM 20.00/person (murah!) including sky dome (pening-pening) 

Dekat oriental village dah ada 3D museum. Rasanya paling besar kt Malaysia/  So, kalau nak snap pic cantik-cantik, boleh masuk dalam ni. Harga entry RM 30/person (maybe next time). 

Banyak sangat yang dah berubah kat Langkawi. So, ex –mrsm Langkawi batch 2007 yang rasa dah lama tak datang Langkawi, uols should come back and see the changes. =) 

Harga sekarang super dupper mahal . Coklat pon rasa macam mahal. Minyak angin pon. Dah tak boleh nak beli berbundle minyak angin pon sekarang. 

Nufa pergi just for honeymoon. So, tak de la nak shopping banyak-banyak. Tapi memang banyak pon habis! So, untuk bulan ni kena berjimat la sikit.! Heh..  

-nufangetnget-