Monday, January 26, 2015

Hadiah Untuk Majlis Perkahwinan



Acely, I’m waiting for going back home. Hari ni hari jumaat. Maknanya, Esok Sabtu . Dan esok hari cuti!! Yeayyy!! Semua orang akan tunggu weekend kan. Nufa pun. So, sementara tengah tunggu time nak balik (kerja semua dah siap okay..) ,ada staf tempat kerja Nufa, 

“Nanti, ambik hadiah kat depan eh. Hadiah Kawen. =) “

Yeay.. dapat hadiah kahwin lagi!!! Alhamdulillah. Hari ke -42 jadi isteri untuk en Husby , dapat lagi Hadiah Kahwin… Alhamdulillah, murah rezeki.

Orang cakap selepas berkahwin, akan sentiasa dimurahkan rezeki. Rezeki ni jangan kecilkan skopnya. Ada orang, selepas berkahwin, terus dapat rezeki anak (bunting pelamin orang kata) , Ada orang, lepas berkahwin, dinaikan pangkat. Ada orang, lepas kahwin, dapat kerja baru. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang sentiasa bagi kita rezeki. So, nasihat nufa jangan takot untuk berkahwin. Walaupun title dah bertukar daripada cik kepada Puan, jangan rasa menyesal dengan perkahwinan yang baru nak bina tu. 

Dalam hidup nufa dengan En Husby, sebelum berkahwin, banyak jugak dugaan dan halangan yang berlaku. Sampai satu tahap, nufa pernah rasa nak tangguh je dulu perkahwinan ni. Sebab rasa macam semuanya tak dapat nak setelkan. Tapi, Alhamdulillah En Husby Nufa dapat control nufa daripada buat yang bukan-bukan (batalkan majlis) . Dugaan ni sebenarnya ,Allah nak uji kita kuat ke tak kita untuk hadapi dugaan kecil macam ni. Sebab, lepas berkahwin , lagi macam-macam dugaan. Sama macam nufa jugak, tak akan lari daripada diuji oleh Allah. Allah bagi kita dugaan, sebab Allah sayangkan kita. Allah nak kita sentiasa ingatkan Dia tak kira waktu susah atau pun senang.

Sebulan sebelum berkahwin, Alhamdulillah Nufa ditawarkan bekerja di keyel. Sebelum ni, nufa kerja kat penang, Alhamdulillah, Allah permudahkan. Tak da lah selepas kahwin, kena PJJ (perkahwinan jarak jauh) . Kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan. Setuju? 


Okay, macam dah melalut banyak sangat. So, berbalik kepada topik, 

Hadiah yang sesuai untuk diberi kepada orang yang baru nak berumah tangga mestilah barang/ kelengkapan rumah. Macam Nufa, ni list hadiah yang Nufa dapat. 

Set Pinggan Mangkuk -  (mostly, ramai yang akan pk untuk bagi set pinggan mangkuk, set piring, set bowl . ) 

Set Gelas -  (ni memang famous orang akan bagi) 


Blander - (Alhamdulillah. Kakak Nufa bagi ni. Acely, dia tanya Nufa nak apa, tp mintak yang lain , dapat yang lain. Tapi, Alhamdulillah, memang berguna sangat. Plus, memang dapat satu je) 


Water dispenser/ Thermoflask -  (my bff from mrsm Langkawi bg. Thank you min, Nabila, & suhana for this gift. Akan selalu buat air panas untuk husby i=) ) 

Set Kuali -  (member kilang yang bagi. Acely, memang dah bagitau awal-awal dia nak bg ni. Thanks Shuhada. Memang hari-hari guna kuali ni kalau nak masak telur, goreng cucur, ayam (setakat ni, ni jer pandai masak) :D 

Flour Mixer -  (Hadiah daripada puteri. Member kilang jugak. Boleh guna untuk baking! Yeay..yeay.. ) 

Oven /Microwave (hadiah from Berkat ikatan Resources (family’s organization). Alhamdulillah. Lengkap package untuk buat biskut raya nanty! )Dapat extra gift, ada sudu + color pencil (mesty anak mak tam yang masukkan dalam kotak sebelum mak tam wrap!) =D  


Set tuala -  (Hadiah dari member MPOB, Thanks Nana, pika and shima. Kena share towel dengan husby la sebab dapat serba satu.. hihiks. 

Fruit Blander -  ( My office from jabatan operasi. Thanks korang walaupun Nufa baru jer kerja sini, dah dapat hadiah kahwin! Seronoknye.. ) 

Dapur gas/ Dapur Masak -  (Hadiah daripada adik nufa. I request nak dapur masak sebab memang perlu sangat nak masak. Tapi sampai sekarang tak guna lagi sebab tak beli tong gas lagi. Sekarang masak pakai dapur camping :D ) 


Rice cooker -  (3 set) (Thanks ezy &Diana , kawan kak wani & mak cik (mak hafiz) .dapat tiga periuk nasi. Kalau tak pandai nak masak nasi , tak tau lah nak kata apa lagi. Sekarang pakai yang kecik jer dulu sebab berdua. Tunggu beramai nanty bukak yang besar :D 

Lesung batu -  (ni memang rare. Hadiah daripada member kilang. Najla. Thank you sayanggg… Acely, request jugak nak hadiah ni. Memang sangat-sangat berguna pun. Kalau korang rasa xnak bagi barang elektrik, korang boleh bagi lesund batu macam ni! 


Sejadah (Hadiah daripada mak ngah. Thanks.. Boleh kongsi pahala ni)


Kipas -  (My husby dapat daripada department company dia. My Husby tak dapat banyak hadiah sebab time kenduri sebelah sana , dalam banjir.) 

Television -  (skemanya) Samsung (Company husby yang bagi. Untungla company nak bagi TV besor. Sekarang tak ada rak TV. So, TV ni letak atas lantai umah je. 

Lagi satu hadiah tak buka (daripada company nufa. Sebab baru je dapat and tak bawak balik pon lagi. Stil balut pembalut Aeon. Apa yea?? :D 

Ni hadiah yang nufa dapat. Korang boleh jugak nak bagi : 

Water Heater 


Iron 


Iron board 


Freezer (hihi…ada ke orang nak bagi. Pk macam mana nak wrap ni) 


Pembakar Roti 


Perfume/ Set Mandian (if untuk perempuan ) 


Set Sudu 
 

Hair dryer
 
Senang cerita, barang-barang kelengkapan rumah. Sebab orang yang baru berkahwin ni kebanyakkannya akan memulakan kehidupan berumah tangga sendiri yakni aka nada rumah sendiri. So, kalau uols bagi hadiah macam ni , mesti pengantin baru suka. Sebab tak payah susah payah (nak spend duit) belikan. Macam Nufa, kebanyakkan barang rumah, semua orang bagi hadiah. Alhamdulillah.. =) 

Antara Hadiah yang uols  boleh pk untuk bagi pada kawan-kawan uols . Hadiah ni tak penting sangat pon, lagi penting uols doakan kebahagiaan kawan-kawan uols dengan pasangan masing-masing. Dulu sebelum kahwin, Nufa memang antara orang yang kurang nak bagi hadiah kat member. Sebab Nufa tak bekerja pun lagi time tu. Sampailah dah berkahwin sekarang. Kawan-kawan pun tak berapa nak ramai kan. So, lepas ni, yang dah bagi tu, Inshaallah Nufa kirimkan doa +hadiah sekali. Terima kasih yea semua yang kasi hadiah. Yang kirim doa, lagi-lagi terima kasih. 

(Kalau nak dapat hadiah banyak, sebelum kahwin, jangan kedekut nak bagi hadiah kat orang . hee) 

(should be post on last Friday, but internet too slow. So, today baru dapat post. So abaikan mukadimah entry) 

(most of gambar, sama macam hadiah perkahwinan yang nufa dapat. And most of them, memang jenama Pensonic . Local brand have a good quality u know! :D ) 

-nufangetnget- 


Friday, January 23, 2015

Apa yang perlu untuk Majlis Pertunangan


23/365

Excited kan kalau nak bertunang! Sama macam nufa dulu. Walaupun ada dalam sebulan lebih je masa tu, memang planning nak buat macam-macam. Walaupun budget kurang (tak bekerja) , nak jugak buat mini pelamin. Nak tempah kat butik, memang la tak mampu. So, DIY is a solution. Walaupun tak kreatif mana, try jugak la buat-buat kreatif. So, kat sini nufa nak share serba sedikit apa yang perlu korang buat / ada sewaktu majlis pertunangan korang.

Sepasang baju + shawl(tudung) + Veil 

Sekarang banyak sangat dah trend baju yang boleh digayakan untuk majlis pertunangan korang. Macam nufa dulu (tak la lama sangat) , nufa pakai baju kurung moden , color peach . Acely, cari baju color dusty pink, tapi tak tau lah, kenapa susah sangat nak jumpa time tu. 
Daripada Alor Setar ke Jitra, still tak jumpa baju yang cantik untuk dipakai. Mungkin masa nufa nak bertunang tu, bukan dekat-dekat nak raya, So, stock baju kurung moden memang tak banyak. Nak hantar taylor, memang tak sempat! Nufa teringin sangat nak pakai macam Syira Ayob pakai waktu dia bertunang tu. Cantik sangat color dusty pink macam tu. Tapi, tak jumpa! Then, pergi la kat pacific Mall (Alor Setar). Kat sini ada banyak butik yang jual baju kurung yang ada beadings (time tu beadings memang famous sebelum trend sequine) Pergi dengan mak, satu pacific jugak la mencari, then jumpa satu baju ni. Color peach. Memang x ada beading sangat. Tapi, tangan and bawah baju, ada lace. Nanty nufa kongsi baju tu (kalau rajin ) . Then, nak mencari tudung (memang satu hal!) . Sampai ke hari nufa bertunang pon memang nufa tak jumpa tudung yang sesuai nak pakai. Decide, nak pakai bawal je, tapi my BFF (marni) tak bagi. So, pakai je la shawl yang kelepek kat depan, sebab tak jadi (sedeh). One more thing yang perlu ada 9x perlu sangat pon), VEIL. Nufa diy sendiri je untuk  veil. Nufa beli halfmoon yang dah siap, then nufa letak patch lace. Siap! 
 Ni baju Nufa pakai waktu majlis bertunang. Color peach + pink .

Barang Hantaran 

Lain negeri, lain adat. Nufa , hantaran 5 berbalas 7. Pihak lelaki bagi 5, nufa kena balas 7. Why pihak perempuan kena bagi lebih? . Nufa tanya mak, mak cakap memang kena lebih la..nak tunjuk perempuan ni rajin! (oh, macam tu plak!) At the end, bukan 7 yang nufa bagi tapi 11 (ha, nampak tak rajin I tu!) (sebab ada sedara mara kasi last minute waktu majlis, so nufa bagi ke sekali, biasa la kan kalau banyak sedara mara ni. Seronak la pihak lelaki (tunang nufa ) dapat macam-macam kan. Barang hantaran, nufa listkan apa yang nufa nak bagi, then baru cari. Uols buat yang simple-simple je. Tak perlu lah nak bagi yang mahal-mahal, Kebanyakkan , bagi makanan. Sebab boleh makan ramai-ramai. Dah la, diorang datang jauh. Kalau korang bagi barang (benda tak boleh makan) , kecian kat family yang ikut join majlis bertunang, dapat tengok je. (nufa rasa) . Tapi, nufa campur, ada makanan, ada barang (hihi)

Nufa bagi 

  • Set Tuala (Mak cik bagi)
  • Bantal Engagement (tempeh kat member (aten)
  • Buku Gerbang Perkahwinan (nak en Tunang baca. Tapi, rasanya sampai sekarang tak habis)
  • Kek (Mak Lang Sponsor)
  • Buah-buahan (Sepupu Sponsor)
  • Kuih Samperit
  • Buah Manggis (dlm ada gula. Sepupu Sponsor)
  • Coklat Cadbury  (letak mcm tu je)
  • Buah Rotan  (kuih Tradisional)
  • Tat gulung (cu Sponsor)
  • Gubahan Coklat ( Mak Njang Bagi)

 Hantaran dari pihak perempuan. Nufa memang dilahirkan tak kreatif. So, bunga memang kasi letak jer.. =)
En Tunang bagi 

  • 2 Bentuk cincin (belah rotan + 1 batu) + Tepak Sirih
  • Jam Tangan (bagi sebab hadiah Birthday)
  • Samperit
  • Bahulu +Ferrero ROche
  • Buah-Buahan
  • Kurma +Kismis 

 Hantaran dari pihak lelaki.
Mini Pelamin

Buat tak pe, tak buat pon tak pe, Just make it so simple. Nak sarung cincin je kan. So, nufa memang DIY sendiri je. Memang tak kreatif. Nampak macam budak-budak je yang buat. Tapi, Alhamdulillah, at least ada la jugak tempat untuk sarung cincin. Kalau dulu, majlis sarung cincin, buat kat dalam bilik je kan, Tapi sekarang, memang buat mini pelamin. Tak perlu nak masuk bilik. Instead of, kalau korang nak bergambar dengan en Tunang korang pon, lebih proper daripada masuk dalam bilik.Nanti rajin , nufa share budget berapa nufa buat pelamin ni. (tak sampai rm100) kot.
                               

My mini pelamin. Decorated by myself & Team
Jamuan Makan

Sediakan jamuan makan untuk rombongan yang datang. Macam Nufa, Majlis buat selepas Zohor, jadi memang kena sediakan makan tengah hari ( nasi la). Majlis Pertunangan nufa disekalikan dengan majlis tahlil untuk arwah tok nufa. So, memang banyak sikit la makanan yang disediakan.
Next post, Nufa sediakan Budget untuk majlis Bertunang! Stay Tune. 

-nufangetnget-

Wednesday, January 21, 2015

Honeymoon 2 : Colmar Tropical Bukit Tinggi, Pahang


Honeymoon ke-2

Bukan Honeymoon tapi lebih kepada jalan-jalan. Kitaorang pergi sini pada hari cuti umum Krismas, 25 Disember 2014 92 hari sebelum majlis resepsi dekat temerloh,Pahang. Just drop by sebab dah memang on the way nak balik temerloh.
 En Husby pun tak pernah datang sini (orang Pahang saja) . So singgah lah sekejap. 

Kalau dari Kuala Lumpur, Perjalanan hanya ambil masa lebih kurang 1 jam (tak termasuk jem). Dekat je lah tapi jalan berbukit la. Naik tempat tinggi kan. Sama macam Cameron tapi macam rendah je sikit daripada Cameron. 

Colmar Tropical Bukit Tinggi ni bertemakan france sikit. Daripada struktur bangunan, memang boleh nampak ala-ala perancis. (tapi Malaysia punya) . View yang sangat menarik. Udara yang segar jugak. Kalau korang minat arts, tempat macam ni memang boleh bagi ilham. 

Apa yang best dekat sini? 

Best boleh snap gambar berlatar belakangkan konsep perancis. 

Kat sini korang boleh melawat :- 

Japanese Village
Rabbit Park / Horse Trails 

Kalau korang nak stay (bermalam ) kat sini ada hotel berjaya hill. Untuk tau package yang diorang offer, kliksini

Satu hari pon dah cukup kalau korang nak jalan-jalan sini. Nufa pon pergi just only spent dalam 1 hour macam tu je. Sebab hari public memang ramai orang kan. Nice view untuk mereka yang sukakan permandangan cantik-cantik. 
 view from top of tower 

ramai sangat orang, port untuk snap gambar pon macam tak de ruang & peluang 

credit untuk photographer yang snap gambar kitaorang. Memang terbaik dari Ladang. (kecian, gambar diorang ntah macam mana En Husby snapkan)

Nufa dah dapat fridge magnetic ! (nak kumpul fridge magnetic, setiap kali g mana-mana dengan en Husby ) 

Budget Percutian
Entry untuk masok Colmar ; RM12/person
Tol + Minyak Kereta saje.

Percutian yang sangat jimat. 

-nufangetnget-

Honeymoon 1 : Felda Residence Hot Spring , Perak




Nufa suka bercuti. My wish list, tahun ni kalau boleh nak bercuti seluruh Malaysia. Sekarang dah berkahwin, senang sikit la nak ajak En Husby pergi mana-mana. Instead of ada orang yang akan jaga Nufa and Nufa rasa selamat kalau perg mana-mana kalau ada En Husby. 

First Honeymoon place yang kitaorang pergi is Felda Residence Hot Spring dekat Sungkai , Perak. Korang pernah sampai sini? Ke korang pon sama macam nufa, first time dengar ada tempat ni. Masa husby nufa bagitau nak datang sini, Nufa ingat akan ke Tambun @ Lost World. Ada hotspring jugak kan. Ingatkan yang itu lah, rupanya tak. 

Felda Residence Hot Spring ni terletak dalam kawasan Felda. Dekat-dekat dengan area Felda Sg Klah. Kawasan ni nampak macam private place untuk orang-orang kerja Felda je datang. Tapi, boleh je orang bukan kerja Felda  nak datang. 

Nufa dengan husby datang sini sebab dapat penginapan free. Company my Husby yang bagi. Kiranya budget Honeymoon lah. Kitaorang pergi right after reception day sebelah Nufa which is on 16 – 17 December 2014 . Memang free je duduk sini. Kalau nak tau harga package untuk setiap bilik yang ada, klik sini .

Check in : 2 .00 pm
Check out : 12 pm

Apa yang menarik di Felda Residence Hot Spring 


  • Kat sini ada Hotspring (entry fee untuk masuk RM15 untuk dewasa. RM12 untuk kanak-kanak) . Nufa dapat free je sebab included dalam package yang kitaorang dapat free. (memang honeymoon free je ni. Breakfirst pon sekali dalam ni)
  • Korang boleh pilih nak mandi kat hot spring @ waterfall buatan yang biasa.
  • Korang dapat menghirup udara segar sebab kat sini memang komfem kawasan kelapa sawit. Macam duduk kampung la.
  • Boleh buat aktiviti bersama keluarga. Padang bola pon ada.
  • Nak buat kursus/ bengkel / seminar pon oke jugak.

Entry nak masok ke hotspring

Kalau rasa-rasa nak rebus telur, ada tempat khas. Tak perlu beli telur sebab memang ada jual kt dalam ni. Berapa, x pasti. :D 

 Kitorang tak mandi pon kat hotspring ni sebab dalam bilik hotel pon ada hot water + tab mandi lagi. Just, rendam-rendam kaki then, terus check out untuk balik keyel.

Nufa pergi dengan Husby tak banyak pun kitorang jalan sebab hari hujan. SO, just terperap je dalam bilik.(Honeymoon dalam bilik saje)
Maybe Next time, akan pergi ke tempat yang lagi best. Inshaallah. 

Budget Honeymoon 

Minyak Kereta + Tol PLUS je. Yang lain semuanya FREE.
 Singgah sini pon sebab on the way nak balik ke Kuala Lumpur daripada Alor Setar. So, Jimat sangat.

Tak kisah la korang pergi tempat honeymoon macam mana pun. Nampak macam biasa jer tempat ni kan. Yang nak romantic bagai tu, kita dengan pasangan.  Dalam bilik pon boleh romantik sebab dalam bilik tu private! =)
 
-nufangetnget-