Thursday, January 8, 2015

2015, Tahun GST bermula



Assalamualaikum

Alhamdulillah. Welcome 2015. 
2015 menjengah dan semoga tahun ni adalah lebih baik daripada tahun sebelumnya.

 Banyak cerita sedih yang berlaku untuk tahun 2014. Antaranya kehilangan MH370 yang sehingga kini masih belum ditemui. Marilah kita sama-sama berdoa supaya Allah permudahkan usaha untuk mencari pesawat ini. Dear MH 370, di mana kalian berada, Nufa doakan semuanya dilindungi oleh Allah. 
Berita pesawat MH17 yang ditembak jatuh juga turut menyayat hati. Al-fatihah untuk mangsa-mangsa yang terlibat. 

Tidak lupa juga untuk pesawat air asia Indonesia QZ8501, semoga proses mencarian semua mangsa nahas dapat dijumpai dengan segera. 

Tidak lupa juga untuk mangsa banjir di pantai timur khususnya Kelantan, Pahang dan Terengganu. Semoga semua mangsa yang terlibat tabah menghadapi dugaan ini. 

Kita tutup tirai 2014 dengan azam yang baru, semangat yang baru, Apa yang terjadi, kita jadikan ikhtibar dan marilah kita bersama-sama muhasabah diri, untuk menjadi insan yang lebih baik. 

2015 – mungkin tahun yang mencabar untuk kita semua. Begitu juga dengan nufa. Tahun ni nufa dengan title yang baru “PUAN” , dengan tanggungjawab yang baru sebagai “isteri”. 

Masuk tahun baru 2015 mesti pk azam apa kan.. tapi bila dah hujung tahun, mesti dah lupa azam tu kan. Sama jugak la dengan Nufa. Nufa pon dah tak ingat azam tahun lepas apa.  Kahwin? Alhamdulillah , dah kahwin pon. Mungkin tahun ni nak jadi seorang isteri yang solehah untuk suami. Inshaallah. 

Tahun 2015 adalah tahun GST bakal dilaksanakan uols.. on 1st April. Are you ready guys? Nufa macam tak ready. Sebab hidup dekat Kuala Lumpur ni memang sangat mencabar. I’m still looking for a suitable job. May Allah ease me. 

Lepas ni nak beli barang mungkin akan pikir 2 3 kali jugak la. And tabiat kuat shopping mungkin kena kurangkan. 

Tips untuk berjimat dan bersimpan!  

- Kalau nak beli barang dapur tu make sure uols semua buatkan list dulu. Make sure yang ada dalam list je uols beli. So, untuk para isteri, uols buat list, bg hubby uols tgk. Then, uols buat anggaran budget untuk uols beli berapa.  nanti your hubby boleh budgetkan untuk barang rumah berapa. :) 

- Elakkan bawa duit lebih semasa uols shopping. Nufa selalu jarang bawa cash money kalau keluar shopping. Selalu akan bawak debit card. Cash money yang ada pon kadang-kadang tak sampai RM50. So, kalau-kalau ada unsought product yang nak beli, tapi tak ada cash, memang tak beli la.. except kalau hubby yang bayarkan.. Alhamudilillah, tips ni memang berguna. 

- Asingkan duit simpanan uols. Nufa memang belum praktis lagi tips ni. Tapi akan mula buat untuk tahun ni. Nufa pikir nak try cara sediakan tabung untuk simpan duit. contoh, macam nak g travel, ada tabung untuk travel. tapi, macam leceh la pulak kan. nak withraw money, semua tu kan. So, it better klu kita transfer ke account lain untuk kita saving. uols kena makesure berapa uols nak simpan dalam sebulan. sebulan tau! bukan seminggu. kang lepas seminggu, x cukup duit, guna pulak duit saving. Macam tak praktikal langsung kan. 

- Kalau uols suka barang branded, contoh nak beli handbag mahal ke. uols mula la saving dari sekarang. Jangan dapat je gaji, uols terus gunakan duit gaji uols tu. lepas tu hari-hari makan nasi dengan kicap. Takpe dapat beli lambat, asalkan dapat! :) 

Ni je kot tips dari nufa. nak bagi banyak-banyak macam buat list je nanty tapi tak praktis, tak guna jugak kan. Semoga berguna untuk semua. :)


Marilah kita hadapi Tahun 2015 ini dengan penuh sabar, yakin dan semangat untuk teruskan sisa-sia hidup kita. Semoga semua wishlist-wishlist / revolutions kita semua terlaksana.

Salam Tahun 2015!

Nufangetnget