Tuesday, January 20, 2015

Masakan ringkas tanpa Peti sejuk



Masakan ringkas tanpa Peti sejuk 

Ha. Ambik. Entry ntah apa-apa kan. Sebab nufa try untuk search kat internet (MR google) .Tittle lebih kurang macam ni la. Tapi tak ada pun. So, jari macam teringin nak menari-nari untuk tulis entry ni. 

Kepada yang tak ada peti sejuk, 

Entry ni khusus dibuat untuk mereka yang baru berkahwin (macam nufa, welcome to the club) . Kelengkapan kat rumah memang tak lengkap lagi. Al – maklumlah, semua dah perabih sewaktu majlis perkahwinan, so sekarang nak memulakan kehidupan untuk family kecil ni kena la merangka-rangka (ngesot lambat sangat). Rumah nufa tak ada peti sejuk a.k.a fridge . Memang susah sikit kan nak masak kalau tak da fridge ni. Rasa macam tak boleh nak masak apapon. 

Husby nufa ada tanya mana dulu yang perlu. Washing Machine @ Fridge? 

My answer is : Fridge 

But, after seminggu nufa hidup kat rumah sendiri. Seminggu tak basuh baju. Hari sabtu, mulalah aktiviti mencuci. Sebakul baju kena cuci (baju kerja nufa dgn husby) tangan, memang rasa nak bebai. Waktu duduk hostel time sekolah dulu, boleh je nak cuci tangan tapi sekarang kenapa ntah, rasa penat yang teramat (mungkin faktor usia) . After habis cuci baju, memang surrender, tak nak dah cuci baju tangan. 

I said tu my husby, “b tak larat dah nak cuci tangan. Minggu depan, b cuci plak k” .

 Esoknya terus rasa nak demam. Sakit kepala tahap tak nak bercakap dengan sesapa pon termasok en husby.
Isninnya, my husby belikan nufa washing machine. Yeayyy…. Syukur. Alhamdulillah. Now my Husby take over cuci baju (tapi pakai machine) . 

Bila dah dapat washing Machine, fridge nyer?? Lambat lagi.. =(
 
So, berbalik kepada entry, apa yang boleh di masak kalau tak ada fridge. Susah kan kalau tak da fridge. Nak simpan apapon susah. Nak beli makanan sejuk beku pon tak boleh nak simpan kalau tak da fridge. Nufa just nak listkan jer. Kalau nak resepi, masing-masing google lah yea.


Masakan Ringkas Tanpa Peti Sejuk 




1.       Sambal Ikan bilis + Kacang goreng
2.       Sambal Telur Goreng/Telur Pecah/ Telur Rebus
3.       Nasi Goreng Ikan Bilis Tanpa Sayur (nak letak sayur korang letak la carrot)
4.       Nasi Goreng Telur
5.       Telur Dadar
6.       Nasi Tumis +Sambal +Ikan Bilis Goreng + Telur Rebus
7.       Keropok kering (goreng je. Nufa suka makan dengan nasi goreng)
8.       Telur masak kicap (nufa tak buat lagi. Rasa macam tak berapa best je )
9.       Spagetti Bolognese
10.   Fetucinni Carbonara (nufa beli sosej sebungkus. Half goreng, half masuk dalam fetucinni)
11.    Maggie goreng (letak telur jer )
12.  Maggie kari (senang sangat + telur)



Nie yang nufa dah try buat selama 39 hari jadi isteri. Korang ada idea masakan apa lagi tak ? nufa dah bosan makan ni… =(

-nufangetnget-

Sebelum Berkahwin vs Selepas Berkahwin





20/365 

Alhamdulillah. Hari ke - 20 untuk tahun 2015 masih diberi ruang dan peluang untuk terus bernafas di bumi ini. 

Dan hari ini hari ke-39 nufa menjadi seorang isteri. Memang sangat-sangat awal usia perkahwinan ini. Baru 39 hari. Dan, dalam 39 hari ni, tak banyak lagi nufa berlajar. Baru nak memikul tanggungjawab. Baru nak biasakan diri ada orang (suami) yang nufa kena dahulukan. 

Dulu, sebelum berkahwin macam-macam buat, untuk diri sendiri. Nak g mana pon,  pergi ja (dalam batas). Dulu pernah kalau bosan, kuar g jalan-jalan (window shopping) sorang-sorang. Best kan? Tak ada orang control. Dari segi kewangan, memang tak ada yang nak control la sebab duit kita, kita punya. Nak beli apapon, tak da yang kisah. Ada duit, jalan~~ . kalau taka da duit, duduk diam-diam.

Sebelum bergelar isteri

Zaman Universiti itu paling seronok dan heaavenn

Paling best, time kat uni dulu. Syurga dunia. The best part in my life, hidup zaman uni. (rugi pada yang tiap-tiap minggu balik umah). Time uni, ada kawan-kawan yang sekepala. Nak, nak pulak dapat geng yang kaki berjalan. Walaupon, bukan satu Kuala Lumpur (keyel) dapat pusing, at least dapat tau jugak mana tempat yang boleh kitorang lepak. Dulu zaman Uni, selalu lepak sampai 2 3 pagi. Port paling always lepak (m’cd). Weekend, memang jarang la duduk dalam bilik. Akan keluar jugak. At least pergi giant kt bangi. Sebelum weekend memang akan plan nak g mana. Kalau tak plan pon, mesty ada je kemana-mana. 

Shopping. - Perempuan sangat-sangat rare kalau tak suka shopping. Baju, kasut, handbag. Normal (lelaki perlu tahu) . Zaman uni, tak mampu sangat nak pakai yang branded-branded. Nufa memang stok beli baju kat Time Square je. Cuma kalau kasut, nufa agak cerewet sebab kalau kasut yang tak sesuai, memang sakit sangat kaki. So, memang kena pilih kasut yang sesuai. Plus, kasut yang selesa, selesa nak berjalan-jalan. Nike, is my favourite. 

Lelaki perlu tahu, shopping untuk perempuan adalah therapy! Setuju? Perempuan kalau stress, perkara yang difikirkan (kalau ada banyak duit / duit lebih) , shopping. Nufa sendiri, kalau stress (bergaduh dengan bf (masa tu)) memang akan terus ajak aten(bff) g shopping. Memang akan rasa release sangat. Cukup la sekadar dapat sehelai baju.  (tapi nufa selalu beli banyak helai baju)

Pentingkan diri sendiri daripada orang lain - Memang sebelum berkahwin, kita akan fikirkan diri sendiri (selfish) daripada orang lain. Apapon kita nak buat, kita akan pk diri kita nak buat ke tak. Contoh, lapar. Kalau kita lapar, kita ada dua pilihan . Makan atau tak makan. Kalau kita pentingkan diri kita sendiri, kalau time tu , kita tak nak makan, kita tak makan. Tak masak, tak beli makanan. Yang sakit, diri kita. Bukan orang lain. Yang tanggung kita, bukan orang lain. Rumah bersepah, tak pa. Yang tinggal dalam tu, kita . bukan orang lain. Tak da yang tegur. (tapi nufa memang tak hidup dalam bersepah. Messy!)


Sebelum berkahwin 


-         My Everything - Banyak nufa tengok sekarang ni, sebelum berkahwin, (boyfriend is everthing) . Banyak orang tengah bercinta, hidup macam dah berumah tangga walaupun belum sampai masanya. Siap dah mintak izin nak kemana-mana. Tanggungjawab mintak izin sebelum kemana-mana is mintak dekat ibu ayah, bukan boyafriend. 

-          Kaki Control - Jangan sekat kebebasan awak sebelum awak berkahwin. Sebelum awak berkahwin, awak dah dilarang buat itu, buat ini. Contoh, kalau boyfriend  awak tak bagi awak g kenduri, korang tak pergi. Kalau dia tak bagi awak , drive, awak tak driving. Dia tak bagi awak lepak dengan kawan-kawan (even berkawan) , awak tak berkawan. Dia tak bagi awak tengok bola, awak tak tengok. (macam tak da life sangat) Dia tak bagi awak ambik lessen, awak tak ambik. Dia tak bagi awak pakai baju, awak?? Perlu ke macam tu? 

-          Bercantik - Memang kalau nak pergi dating, memang komfem kena siap sejam awal. Siap fikir nak pakai baju apa seminggu awal. Kalau boleh perfume nak pakai sebotol. Kat rumah dah spray. Keluar rumah spray lg. dalam kereta spray lg. kat meja makan, spay perfume lagi!   Tapi bila dah berkahwin??

-          Masa untuk Keluarga - Sebelum berkahwin, korang akan ada banyak masa untuk keluarga korang. Terutamanya Siblings. Nufa ada ramai adik beradik + sepupu. Yang sebaya. Kalau nufa balik kampung, nufa akan keluar jalan-jalan dengan adik beradik nufa. Jalan-jalan dekat rumah je pon ( my hometown is town) . 5 minutes dah sampai Bandar Alor Setar. Tak jalan, makan. Lepak taman jubli bagi ikan makan, cari keropok lekor sedap kat gunung. Lepak Ct Plaza, Karoake, main Bowling, Bawa mak pergi tesco, makan KFC kat tesco, Makan malam kat dee burger. Hari-hari kalau nufa kat kampung, mak mesty ajak keluar (nufa driver mak). Korang akan ada banyak masa untuk keluarga. Even, dulu nufa duduk penang, every week rasa nak balik (sebab kat penang tak banyak kawan, Ada kawan tapi selalu buat OT). Tapi, kalau uols bercouple,banyak masa uols dengan couple. Nak g sana, dengan couple, tengok wayang, dengan couple, makan KFC pon dengan couple. Dengan family? 

-          Whatsapp/ Telegram - Korang akan Habis banyak masa dengan berwhatsapp / calling. Masa tengah hangat bercinta, korang akan every minute berwhatsapp (x de dah zaman sms) . Korang akan update everthing kat boyfriend korang. Korang akan say “I miss you” “lebiiu” “Goodnight” (nufa pon) . Tapi Lepas korang berkahwin? Nufa bercinta (dulu) memang banyak masa habis ke sini, Banyak jugak sebab 8 tahun. Bercinta dulu bukan dengan suami sekarang. So, rasa macam banyak masa membazir! 

-          Beli hadiah - Korang akan sanggup berhabis beratus ringgit untuk bagi hadiah kat boyfriend korang. Sebulan sebelum birthday, korang dah siap pk nak beli apa untuk bagi hadiah. Kadang-kadang, korang akan search kat internet “hadiah yang sesuai untuk lelaki” . Betul tak?

-          Anniversary -Tarikh couple. Mesty korang akan ingat. Korang mesty nak celebrate. (selalunya perempuan je beriya menda macam ni sebab lelaki susah nak ingat tarikh) 

-          Pemurah - Korang sanggup spent duit yang banyak untuk boyfriend. Tak kisah nak belanja makan, nak makan sedap-sedap. Even kalau boyfriend mintak pinjamkan duit pon , korang sanggup usahakan cari walaupun korang memang dah sengket. Makan KFC, kalau boleh nak hari-hari. 

Selepas Berkahwin 

-          Korang hidup bukan untuk pentingkan diri sendiri. Korang hidup ada orang lain (suami) di sisi. Sebelum berkahwin, memang boleh malas. Tapi bila dah berkahwin, korang kena fikir tangungjawab. Tangungjawab seorang isteri. Tangungjawab seorang suami. Korang kena search dekat internet “macam mana nak jadi seorang isteri/suami yang sempurna” .
o   Untuk isteri - korang dah tak boleh nak malas-malas. Yang tak tau masak (macam nufa) kena belajar masak. Yang malas nak makan (macam nufa) kena rajin makan (sebab tu dah gemok sekarang walaupun baru hari ke 39! ). Sekarang ni nak masak senang sebab ada MR google. Nak resepi apa, search saja. (nufa selalu buat, sebelum balik dari kerja) . Nufa nak masak ikan bilis pon, nufa search internet. Nak masak sambal sardine pon! (Ilmu kena cari) 

o   Untuk isteri -  baju kena iron tiap-tiap minggu. Baju diri sendiri. Baju suami. Nufa pon sekarang setiap minggu ari sabtu or ahad, memang aktiviti meng-iron. Tapi, untuk suami, tak salah kan kalau nak tolong isteri iron baju (attention untuk en husby!) 

o   Untuk Isteri -  nak keluar kemana-mana kena mintak izin suami. Kalau suami tak bagi, korang kena redha. 

o   Untuk isteri -  setiap perkara yang korang buat untuk suami, korang kena ikhlas. Sebab setiap pekerjaan yang kita lakukan untuk suami, akan dapat pahala tau. Tapi, korang kena ikhlas, tak mengungkit. Tak mengeluh (note to self. Kadang-kadang rasa nak bebai jugak, semua benda kena buat. En husby, asyik main game ps je) (Nufa still dalam proses sesuaikan diri. Memang susah, nak buat dengan ikhlas kalau kita asyik mengeluh. So, sebelum nak mulakan sesuatu, kita kena Bismillah. Niat dalam Hati, Ya Allah, sesungguhnya Apa yang aku lakukan ini, adalah ikhlas untuk mendapat keredhaan-Mu. 

o   Untuk isteri - sebelum berkahwin boleh shopping sampai duit habis, hari-hari makan Maggie pon x pa. Tapi selepas berkahwin, korang kena dahulukan apa yang perlu. Contohnya, keperluan barang rumah. Korang kena make sure, korang bukan hari-hari makan Maggie or sardin. Korang kena buat saving dah. Simpan untuk kecemasan, simpan untuk hari akan datang. Gaji memang tak pernah cukup. Bagi lah 10k sebulan, kalau tak pandai nak rancang kewangan , memang tak akan dapat simpan. Kalau korang bekerja, banyakkan simpan gaji korang sebab suami dah banyak habis untuk keluarga kecil korang. 

o   Untuk Suami -  “ISTERI BUKAN ORANG GAJI” . Korang boleh mintak nak macam-macam. Suruh itu, Suruh ini. At least, korang jangan sama levelkan isteri = orang gaji. Isteri bukan kuli. Korang boleh perintah itu ini. Isteri, di sisi. Yang perlu korang lindungi. Kalau dah dapat isteri tu tau buat semua benda, at least korang hargai lah. Tak perlu bagi bunga seluas taman bunga (tapi kadang-kadang nak jugak sekuntum bunga) , cukup sekadar ucapan terima kasih. 

Terima kasih,kadang-kadang tak perlu dari ucapan. Kadang-kadang terima kasih lahirnya daripada kucupan, pelukan dan pujian. 

o   Untuk Suami -  Bantulah isteri. Kalau dah isteri siap masakan, korang tolonglah basuhkan pinggan. Kalau isteri dah siap ironkan baju korang, korang tolonglah basuhkan baju (masuk dalam washing machine je kot). Korang hidup satu rumah kan. Saling membantu. Buat kerja sama-sama dapat eratkan hubungan suami isteri kan. 

o   Untuk Suami - luangkan masa lebih banyak untuk keluarga. Memang banyak spend masa dekat rumah. Tapi kalau dekat rumah, korang sibuk main game PS, mana masa untuk isteri? Komunikasi tu paling penting. Kat rumah, kena banyak berbual bersama-sama. Sama-sama bercakap. Sama-sama bergurau senda (bukan di bilik tidur saja) 

o   Untuk Suami & isteri -  masalah rumah tangga, tak perlu ada pihak ketiga (dalam kelambu pon tak  perlu bercerita pada sesiapa). Hal rumah tangga, hal suami dan isteri. Ada masalah, bincang sama-sama. Kadang-kadang diam tu tak membawa kepada jalan penyelesaian. 

o   Untuk Suami & isteri – ikhlaskan hati dalam melakukan sesuatu perkara untuk bersama. Spend time untuk bersama. Aktiviti riadah, bersama. Hujung minggu aktiviti untuk bersama keluarga kan. Tapi bukan duduk kat rumah saja kan. At least, keluar lah ke pasar malam bersama-sama. 

o   Untuk Suami & isteri -  kalau sebelum berkahwin, korang boleh nak ber “I miss you” “lebiu “ ‘gudnight” , kenapa selepas korang dah berkahwin, Korang stop. Padahal , sekarang bila dah berkahwin, korang dapat pahala lagi cakap “lebiu’ tu. Kenapa perlu hentikan sweet talk macam tu?. Tak kisah la, suami korang ada kat sebelah, tak salahkan nak wish, goodnight, sweetdream. I love you. I miss you walaupun ada kat sebelah? Kan? (dear en husby, awak perlu tahu ni. Nak everyday , awak cakap kat saya I miss you, lebiu!) 

o   Untuk Suami & Isteri – Nafkah. Kedua-duanya. Zahir dan Batin. Kalau sebelum berkahwin, sanggup berhabis beratus ringgit, sekarang dah berkahwin kenapa tak boleh nak berhabis beribu ringgit untuk isteri tercinta? 

o   Untuk Suami & Isteri – Sentiasa lah berdoa untuk kehidupan supaya dipenuhi dengan kasih sayang, rezeki yang melimpah ruah, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Semua terletak pada diri. Ramai yang berubah selepas berkahwin. Daripada tak solat langsung, solat satu waktu dan berubah ke 5 waktu sehari. Kita manusia, usaha +ikhlas + redha itu yang penting. Niat bermula dengan hati yang mahu berubah. Solat bukan kerana terpaksa. Buat dengan ikhlas, dengan hati. Inshaa-Allah. Allah sentiasa buka pintu taubatNya. Dirikan solat berjemaah bersama-sama (27x pahala kot)

Nufa tulis berdasarkan pengalaman. Pengalaman daripada nufa yang baru melangkah ke alam perkahwinan. Sebenarnya, memang perlu ready nak masuk alam perkahwinan. Ramai cakap, dah berkahwin, nanty boleh belajar. Memang boleh belajar, ibarat macam culture shock jugak kalau tak ready nak masuk alam perkahwinan. Kalau salah laluan yang kita pilih untuk menuju kebahagian, maka kebahagiaan tu tak akan datang. 

TAPI, paling penting. Paling perlu sentiasa ada dalam diri kita. Perkahwinan tu bukan indah berlaka.

 Sebelum berkahwin, 

  • Jangan nak berangan, pagi-pagi akan ada si suami tolong kiss korang. Tolong kejut korang bangun tidur subuh (sebaliknya korang yang kena kejutkan). 
  • Jangan berangan korang akan romantik hari-hari (main kejar-kejar dekat dapur), 
  • Jangan berangan suami korang akan puji korang masak sardin tu sedap, 
  • Jangan korang berangan hari-hari boleh candle light dinner, 
  • Jangan berangan korang boleh pergi honeymoon tempat yang cantik + romantic gila-gila.

 Korang bukan masuk rancangan raikan cinta @ mahligai cinta (memang romantik habiss) . Korang hidup dalam dunia yang realiti. Hari-hari yang korang lalui adalah usaha daripada diri korang. Sentiasa berdoa agar hubungan halal yang dibina, kekal sehingga ke syurga Nya. 

Always remember , 

                   - Don't expect too much. It's always better to feel surprised than to feel disappointed -




-nufangetnget-