Tuesday, January 20, 2015

Masakan ringkas tanpa Peti sejuk



Masakan ringkas tanpa Peti sejuk 

Ha. Ambik. Entry ntah apa-apa kan. Sebab nufa try untuk search kat internet (MR google) .Tittle lebih kurang macam ni la. Tapi tak ada pun. So, jari macam teringin nak menari-nari untuk tulis entry ni. 

Kepada yang tak ada peti sejuk, 

Entry ni khusus dibuat untuk mereka yang baru berkahwin (macam nufa, welcome to the club) . Kelengkapan kat rumah memang tak lengkap lagi. Al – maklumlah, semua dah perabih sewaktu majlis perkahwinan, so sekarang nak memulakan kehidupan untuk family kecil ni kena la merangka-rangka (ngesot lambat sangat). Rumah nufa tak ada peti sejuk a.k.a fridge . Memang susah sikit kan nak masak kalau tak da fridge ni. Rasa macam tak boleh nak masak apapon. 

Husby nufa ada tanya mana dulu yang perlu. Washing Machine @ Fridge? 

My answer is : Fridge 

But, after seminggu nufa hidup kat rumah sendiri. Seminggu tak basuh baju. Hari sabtu, mulalah aktiviti mencuci. Sebakul baju kena cuci (baju kerja nufa dgn husby) tangan, memang rasa nak bebai. Waktu duduk hostel time sekolah dulu, boleh je nak cuci tangan tapi sekarang kenapa ntah, rasa penat yang teramat (mungkin faktor usia) . After habis cuci baju, memang surrender, tak nak dah cuci baju tangan. 

I said tu my husby, “b tak larat dah nak cuci tangan. Minggu depan, b cuci plak k” .

 Esoknya terus rasa nak demam. Sakit kepala tahap tak nak bercakap dengan sesapa pon termasok en husby.
Isninnya, my husby belikan nufa washing machine. Yeayyy…. Syukur. Alhamdulillah. Now my Husby take over cuci baju (tapi pakai machine) . 

Bila dah dapat washing Machine, fridge nyer?? Lambat lagi.. =(
 
So, berbalik kepada entry, apa yang boleh di masak kalau tak ada fridge. Susah kan kalau tak da fridge. Nak simpan apapon susah. Nak beli makanan sejuk beku pon tak boleh nak simpan kalau tak da fridge. Nufa just nak listkan jer. Kalau nak resepi, masing-masing google lah yea.


Masakan Ringkas Tanpa Peti Sejuk 




1.       Sambal Ikan bilis + Kacang goreng
2.       Sambal Telur Goreng/Telur Pecah/ Telur Rebus
3.       Nasi Goreng Ikan Bilis Tanpa Sayur (nak letak sayur korang letak la carrot)
4.       Nasi Goreng Telur
5.       Telur Dadar
6.       Nasi Tumis +Sambal +Ikan Bilis Goreng + Telur Rebus
7.       Keropok kering (goreng je. Nufa suka makan dengan nasi goreng)
8.       Telur masak kicap (nufa tak buat lagi. Rasa macam tak berapa best je )
9.       Spagetti Bolognese
10.   Fetucinni Carbonara (nufa beli sosej sebungkus. Half goreng, half masuk dalam fetucinni)
11.    Maggie goreng (letak telur jer )
12.  Maggie kari (senang sangat + telur)



Nie yang nufa dah try buat selama 39 hari jadi isteri. Korang ada idea masakan apa lagi tak ? nufa dah bosan makan ni… =(

-nufangetnget-

2 comments: