Friday, January 23, 2015

Apa yang perlu untuk Majlis Pertunangan


23/365

Excited kan kalau nak bertunang! Sama macam nufa dulu. Walaupun ada dalam sebulan lebih je masa tu, memang planning nak buat macam-macam. Walaupun budget kurang (tak bekerja) , nak jugak buat mini pelamin. Nak tempah kat butik, memang la tak mampu. So, DIY is a solution. Walaupun tak kreatif mana, try jugak la buat-buat kreatif. So, kat sini nufa nak share serba sedikit apa yang perlu korang buat / ada sewaktu majlis pertunangan korang.

Sepasang baju + shawl(tudung) + Veil 

Sekarang banyak sangat dah trend baju yang boleh digayakan untuk majlis pertunangan korang. Macam nufa dulu (tak la lama sangat) , nufa pakai baju kurung moden , color peach . Acely, cari baju color dusty pink, tapi tak tau lah, kenapa susah sangat nak jumpa time tu. 
Daripada Alor Setar ke Jitra, still tak jumpa baju yang cantik untuk dipakai. Mungkin masa nufa nak bertunang tu, bukan dekat-dekat nak raya, So, stock baju kurung moden memang tak banyak. Nak hantar taylor, memang tak sempat! Nufa teringin sangat nak pakai macam Syira Ayob pakai waktu dia bertunang tu. Cantik sangat color dusty pink macam tu. Tapi, tak jumpa! Then, pergi la kat pacific Mall (Alor Setar). Kat sini ada banyak butik yang jual baju kurung yang ada beadings (time tu beadings memang famous sebelum trend sequine) Pergi dengan mak, satu pacific jugak la mencari, then jumpa satu baju ni. Color peach. Memang x ada beading sangat. Tapi, tangan and bawah baju, ada lace. Nanty nufa kongsi baju tu (kalau rajin ) . Then, nak mencari tudung (memang satu hal!) . Sampai ke hari nufa bertunang pon memang nufa tak jumpa tudung yang sesuai nak pakai. Decide, nak pakai bawal je, tapi my BFF (marni) tak bagi. So, pakai je la shawl yang kelepek kat depan, sebab tak jadi (sedeh). One more thing yang perlu ada 9x perlu sangat pon), VEIL. Nufa diy sendiri je untuk  veil. Nufa beli halfmoon yang dah siap, then nufa letak patch lace. Siap! 
 Ni baju Nufa pakai waktu majlis bertunang. Color peach + pink .

Barang Hantaran 

Lain negeri, lain adat. Nufa , hantaran 5 berbalas 7. Pihak lelaki bagi 5, nufa kena balas 7. Why pihak perempuan kena bagi lebih? . Nufa tanya mak, mak cakap memang kena lebih la..nak tunjuk perempuan ni rajin! (oh, macam tu plak!) At the end, bukan 7 yang nufa bagi tapi 11 (ha, nampak tak rajin I tu!) (sebab ada sedara mara kasi last minute waktu majlis, so nufa bagi ke sekali, biasa la kan kalau banyak sedara mara ni. Seronak la pihak lelaki (tunang nufa ) dapat macam-macam kan. Barang hantaran, nufa listkan apa yang nufa nak bagi, then baru cari. Uols buat yang simple-simple je. Tak perlu lah nak bagi yang mahal-mahal, Kebanyakkan , bagi makanan. Sebab boleh makan ramai-ramai. Dah la, diorang datang jauh. Kalau korang bagi barang (benda tak boleh makan) , kecian kat family yang ikut join majlis bertunang, dapat tengok je. (nufa rasa) . Tapi, nufa campur, ada makanan, ada barang (hihi)

Nufa bagi 

  • Set Tuala (Mak cik bagi)
  • Bantal Engagement (tempeh kat member (aten)
  • Buku Gerbang Perkahwinan (nak en Tunang baca. Tapi, rasanya sampai sekarang tak habis)
  • Kek (Mak Lang Sponsor)
  • Buah-buahan (Sepupu Sponsor)
  • Kuih Samperit
  • Buah Manggis (dlm ada gula. Sepupu Sponsor)
  • Coklat Cadbury  (letak mcm tu je)
  • Buah Rotan  (kuih Tradisional)
  • Tat gulung (cu Sponsor)
  • Gubahan Coklat ( Mak Njang Bagi)

 Hantaran dari pihak perempuan. Nufa memang dilahirkan tak kreatif. So, bunga memang kasi letak jer.. =)
En Tunang bagi 

  • 2 Bentuk cincin (belah rotan + 1 batu) + Tepak Sirih
  • Jam Tangan (bagi sebab hadiah Birthday)
  • Samperit
  • Bahulu +Ferrero ROche
  • Buah-Buahan
  • Kurma +Kismis 

 Hantaran dari pihak lelaki.
Mini Pelamin

Buat tak pe, tak buat pon tak pe, Just make it so simple. Nak sarung cincin je kan. So, nufa memang DIY sendiri je. Memang tak kreatif. Nampak macam budak-budak je yang buat. Tapi, Alhamdulillah, at least ada la jugak tempat untuk sarung cincin. Kalau dulu, majlis sarung cincin, buat kat dalam bilik je kan, Tapi sekarang, memang buat mini pelamin. Tak perlu nak masuk bilik. Instead of, kalau korang nak bergambar dengan en Tunang korang pon, lebih proper daripada masuk dalam bilik.Nanti rajin , nufa share budget berapa nufa buat pelamin ni. (tak sampai rm100) kot.
                               

My mini pelamin. Decorated by myself & Team
Jamuan Makan

Sediakan jamuan makan untuk rombongan yang datang. Macam Nufa, Majlis buat selepas Zohor, jadi memang kena sediakan makan tengah hari ( nasi la). Majlis Pertunangan nufa disekalikan dengan majlis tahlil untuk arwah tok nufa. So, memang banyak sikit la makanan yang disediakan.
Next post, Nufa sediakan Budget untuk majlis Bertunang! Stay Tune. 

-nufangetnget-

1 comment: