Monday, January 26, 2015

Hadiah Untuk Majlis Perkahwinan



Acely, I’m waiting for going back home. Hari ni hari jumaat. Maknanya, Esok Sabtu . Dan esok hari cuti!! Yeayyy!! Semua orang akan tunggu weekend kan. Nufa pun. So, sementara tengah tunggu time nak balik (kerja semua dah siap okay..) ,ada staf tempat kerja Nufa, 

“Nanti, ambik hadiah kat depan eh. Hadiah Kawen. =) “

Yeay.. dapat hadiah kahwin lagi!!! Alhamdulillah. Hari ke -42 jadi isteri untuk en Husby , dapat lagi Hadiah Kahwin… Alhamdulillah, murah rezeki.

Orang cakap selepas berkahwin, akan sentiasa dimurahkan rezeki. Rezeki ni jangan kecilkan skopnya. Ada orang, selepas berkahwin, terus dapat rezeki anak (bunting pelamin orang kata) , Ada orang, lepas berkahwin, dinaikan pangkat. Ada orang, lepas kahwin, dapat kerja baru. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang sentiasa bagi kita rezeki. So, nasihat nufa jangan takot untuk berkahwin. Walaupun title dah bertukar daripada cik kepada Puan, jangan rasa menyesal dengan perkahwinan yang baru nak bina tu. 

Dalam hidup nufa dengan En Husby, sebelum berkahwin, banyak jugak dugaan dan halangan yang berlaku. Sampai satu tahap, nufa pernah rasa nak tangguh je dulu perkahwinan ni. Sebab rasa macam semuanya tak dapat nak setelkan. Tapi, Alhamdulillah En Husby Nufa dapat control nufa daripada buat yang bukan-bukan (batalkan majlis) . Dugaan ni sebenarnya ,Allah nak uji kita kuat ke tak kita untuk hadapi dugaan kecil macam ni. Sebab, lepas berkahwin , lagi macam-macam dugaan. Sama macam nufa jugak, tak akan lari daripada diuji oleh Allah. Allah bagi kita dugaan, sebab Allah sayangkan kita. Allah nak kita sentiasa ingatkan Dia tak kira waktu susah atau pun senang.

Sebulan sebelum berkahwin, Alhamdulillah Nufa ditawarkan bekerja di keyel. Sebelum ni, nufa kerja kat penang, Alhamdulillah, Allah permudahkan. Tak da lah selepas kahwin, kena PJJ (perkahwinan jarak jauh) . Kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan. Setuju? 


Okay, macam dah melalut banyak sangat. So, berbalik kepada topik, 

Hadiah yang sesuai untuk diberi kepada orang yang baru nak berumah tangga mestilah barang/ kelengkapan rumah. Macam Nufa, ni list hadiah yang Nufa dapat. 

Set Pinggan Mangkuk -  (mostly, ramai yang akan pk untuk bagi set pinggan mangkuk, set piring, set bowl . ) 

Set Gelas -  (ni memang famous orang akan bagi) 


Blander - (Alhamdulillah. Kakak Nufa bagi ni. Acely, dia tanya Nufa nak apa, tp mintak yang lain , dapat yang lain. Tapi, Alhamdulillah, memang berguna sangat. Plus, memang dapat satu je) 


Water dispenser/ Thermoflask -  (my bff from mrsm Langkawi bg. Thank you min, Nabila, & suhana for this gift. Akan selalu buat air panas untuk husby i=) ) 

Set Kuali -  (member kilang yang bagi. Acely, memang dah bagitau awal-awal dia nak bg ni. Thanks Shuhada. Memang hari-hari guna kuali ni kalau nak masak telur, goreng cucur, ayam (setakat ni, ni jer pandai masak) :D 

Flour Mixer -  (Hadiah daripada puteri. Member kilang jugak. Boleh guna untuk baking! Yeay..yeay.. ) 

Oven /Microwave (hadiah from Berkat ikatan Resources (family’s organization). Alhamdulillah. Lengkap package untuk buat biskut raya nanty! )Dapat extra gift, ada sudu + color pencil (mesty anak mak tam yang masukkan dalam kotak sebelum mak tam wrap!) =D  


Set tuala -  (Hadiah dari member MPOB, Thanks Nana, pika and shima. Kena share towel dengan husby la sebab dapat serba satu.. hihiks. 

Fruit Blander -  ( My office from jabatan operasi. Thanks korang walaupun Nufa baru jer kerja sini, dah dapat hadiah kahwin! Seronoknye.. ) 

Dapur gas/ Dapur Masak -  (Hadiah daripada adik nufa. I request nak dapur masak sebab memang perlu sangat nak masak. Tapi sampai sekarang tak guna lagi sebab tak beli tong gas lagi. Sekarang masak pakai dapur camping :D ) 


Rice cooker -  (3 set) (Thanks ezy &Diana , kawan kak wani & mak cik (mak hafiz) .dapat tiga periuk nasi. Kalau tak pandai nak masak nasi , tak tau lah nak kata apa lagi. Sekarang pakai yang kecik jer dulu sebab berdua. Tunggu beramai nanty bukak yang besar :D 

Lesung batu -  (ni memang rare. Hadiah daripada member kilang. Najla. Thank you sayanggg… Acely, request jugak nak hadiah ni. Memang sangat-sangat berguna pun. Kalau korang rasa xnak bagi barang elektrik, korang boleh bagi lesund batu macam ni! 


Sejadah (Hadiah daripada mak ngah. Thanks.. Boleh kongsi pahala ni)


Kipas -  (My husby dapat daripada department company dia. My Husby tak dapat banyak hadiah sebab time kenduri sebelah sana , dalam banjir.) 

Television -  (skemanya) Samsung (Company husby yang bagi. Untungla company nak bagi TV besor. Sekarang tak ada rak TV. So, TV ni letak atas lantai umah je. 

Lagi satu hadiah tak buka (daripada company nufa. Sebab baru je dapat and tak bawak balik pon lagi. Stil balut pembalut Aeon. Apa yea?? :D 

Ni hadiah yang nufa dapat. Korang boleh jugak nak bagi : 

Water Heater 


Iron 


Iron board 


Freezer (hihi…ada ke orang nak bagi. Pk macam mana nak wrap ni) 


Pembakar Roti 


Perfume/ Set Mandian (if untuk perempuan ) 


Set Sudu 
 

Hair dryer
 
Senang cerita, barang-barang kelengkapan rumah. Sebab orang yang baru berkahwin ni kebanyakkannya akan memulakan kehidupan berumah tangga sendiri yakni aka nada rumah sendiri. So, kalau uols bagi hadiah macam ni , mesti pengantin baru suka. Sebab tak payah susah payah (nak spend duit) belikan. Macam Nufa, kebanyakkan barang rumah, semua orang bagi hadiah. Alhamdulillah.. =) 

Antara Hadiah yang uols  boleh pk untuk bagi pada kawan-kawan uols . Hadiah ni tak penting sangat pon, lagi penting uols doakan kebahagiaan kawan-kawan uols dengan pasangan masing-masing. Dulu sebelum kahwin, Nufa memang antara orang yang kurang nak bagi hadiah kat member. Sebab Nufa tak bekerja pun lagi time tu. Sampailah dah berkahwin sekarang. Kawan-kawan pun tak berapa nak ramai kan. So, lepas ni, yang dah bagi tu, Inshaallah Nufa kirimkan doa +hadiah sekali. Terima kasih yea semua yang kasi hadiah. Yang kirim doa, lagi-lagi terima kasih. 

(Kalau nak dapat hadiah banyak, sebelum kahwin, jangan kedekut nak bagi hadiah kat orang . hee) 

(should be post on last Friday, but internet too slow. So, today baru dapat post. So abaikan mukadimah entry) 

(most of gambar, sama macam hadiah perkahwinan yang nufa dapat. And most of them, memang jenama Pensonic . Local brand have a good quality u know! :D ) 

-nufangetnget- 


No comments:

Post a Comment