Tuesday, December 23, 2014

I Am Jobless... Susahnya Mencari Kerja

Assalamualaikum. 

Entry kali ni nak bercerita tentang kisah seorang penganggur yang bukan sekadar tanam anggur,durian, rambutan, strawberry semua di tanamnya. Tapi, tak ada hasilnya. Sebab, kerjanya hanya makan, minum, tidur dan opkos, membesarkan badan.

Kenapa jadi seorang yang jobless?

After habis je konvo, nufa tak bercadang pon nak rest, relaxkan diri. Nufa terus cari kerja sebab tak nak dapat title "penganggur" tu. Bagi nufa, sekarang memang sangat susah nak dapat kerja. Even, kita ada degree kelas pertama, bukan kerja yang cari kita. Tapi kita yang cari kerja.

Macam mana nak cari kerja? 

There are lot of websites nowadays yang kita boleh try untuk cari kerja. Antara yang famaous and nufa guna adalah
- Spa.gov.my
- JobMalaysia.com 

- Jobstreet.com 
 Page ni senang sangat nak guna. Uols just sign up.Masukkan email korang. Isi detail background study uols then filled up semua yang dia mintak la. Make sure, uols masukkan gambar jugak. Jangan buat halai balai ( endah tak endah). Employer sometimes akan review korang punya resume melalui Jobstreet ni.

Jobstreet ni kira senang nak guna sebaba ada company memang akan direct guna jobstreet untuk panggil orang datang interview. After nufa isi semua detail, nufa start mintak kerja. Dulu, nufa mintak kerja yang nufa minat je.. Biasa lah, ada deegree , so demand lah sikit kan. But after, a months, tak ada maklum balas and nufa dah bosan dok rumah, nufa try jugak untuk level SPM adn diploma even, nufa tak ada diploma. Mana tau rezeki kan.

But, still bukan rezeki. memang tak dapat pon mana-mana interview. Then, nufa rasa kena buat kerja partime dulu, then, nufa kerja kat TESCO. Ada kiosk jual kasut, nufa jadi sale girl kt situ. gaji standard alor setar, RM 500 . Memang sikit sangat.. Tak cukup. kerja 13 jam sehari. seminggu cuti sehari ja. Kira hidup masa tu, balik, tidur, makan, pergi kerja saja. nufa bertahan selama sebulan je. Lepas tu, nufa dapat offer untuk masuk latihan SLIM. Nufa pergi sebab mungkin ni peluang yang nufa ada untuk mencari kerja.

Pengalaman kat SLIM 

Banyak yang nufa berlajar kat slim. Selain daripada kenal member-member yang jobless macam nufa daripada various universities, nufa banyak jugak nak berlajar nak improve in english, how to communicate well with various level of employer. Waktu dalam SLIM ni, macam2 kita belajar. Semuanya mengenai macam mana nak lulus dengan berjaya dalam interview. Tenaga pengajar pon best-best.Nufa training SLIM dekat GMI (German-Malaysia Institute ) Bangi. After abis dekat slim, ija try aply kerja lagi. Alhamdulillah, dapat kerja dekat one of company kt Damansara. So, bermula lah hidup nufa kat negeri orang.

Kerja apa? 

Database Executive. Wow.. nama gempak. Of kos lari bidang. Tapi kerja apa? Acely, kerjanya macam kerja call centre. Kena buat outbound call. Company nufa kerja tu macam buat seminar kewangan. Tugas nufa just call pemilik syarikat, cerita pasal product yang company nufa buat. Asking them, nak datang tak. kerja memang nampak senang, tapi kerja ni kita kena bercakap dengan orang luar. CEO,COO of the companies. Memang la just cakap je, tapi korang berani??

Nufa tak tahan lama pon kerja kat sini. Dalam 3 Bulan. Gaji RM1500 . Hidup kat kl, memang tak cukup gaji banyak tu. Sebab semua nak spend utk barang keperluan memang mahal. Lagi-lagi area damansara. Nufa stay dekat kota damansara time tu. Gaji memang cukup-cukup untuk makan je. Pergi kerja naseb baik nufa ada motor. So, merempit la.. Jalan kat kl memang sangat bahaya untuk rider motor. So, uols yang nak datang kerja kat sini, Uols kena extra hati-hati.

Sebab apa berhenti ? 

Nufa berhenti sebab tak tahan dengan management company ni. Biasa la, bila kita masuk dalam sesuatu organisasi, kita akan dapat lihat macam-macam perangai. Ada yang pengampu, ada yang tikam belakang, ada yang janji manis. Kerja nufa kena kejar target. First month, memang dapat target. Janji nak bagi komisyen. Tapi, hampeh! Apa uols rasa, nama naik kat board (whiteboard je pon), akan dapat komisyen banyak ni, tapi bila ends of months, korang just dapat basic salary je. korang tak rasa nak meraung ke?

Sebelum berhenti kerja, nufa search cari kerja tempat lain. Sebab susah sangat nak cari kerja, kerja yang senang nak masuk adalah telemarketing. Nufa kerja dekat Ara damansara pulak lepas tu. Alhamudulillah, tempat kerja ok. Gaji RM1800. Tapi kerja call centre ni , banyak jugak stressnya. Bukan senang nak konfidentkan orang untuk beli produk kita jual melalui call. Tambah-tambah nak mintak no kad. memang ada orang yang akan rasa insecure kalau bab duit ni. Sebab sekarang kan banyak sangat kes menipu ni. So, nufa tak salahkan pon orang yang first attempt memang dah reject , tak nak dengar pon product yang kita jual ni.

Kerja bila dah tak kena dengan juga kita, kita akan rasa tak boleh nak go on. Kerja macam tak ikhlas. Mengharapkan gaji ujung bulan je kan. Cukup tiga bulan, nufa kat situ, nufa berhenti sebab dapat satu surat lapor diri daripada JPA. Masa tu meloncat gembira. sebab dalam surat tu, tulis kita akan ditempatkan kat satu company. So, nufa tak kisah sangat sebab memang ada bonding dengan goverment kan. So, kena jugak la ikut arahan.

Indah Khabar dari rupa! 

Nufa dgn one of my friend, pergi la nak lapor diri. Sampai je kt putrajaya tu, ada stu organisasi macam SLIM jugak. Talent corp tak salah namanya. Ingat kan pergi untuk lapor diri, upanya this organization just buat open interview!!! Diorang panggil a few companies, then kita g sembang macam kat kedai kopi dengan pegawai diorang. Rasa macam nak nangis, sebab dah berhenti kerja kot!! Kitorang pon urgue jugak dalam surat tulis lapor diri, apa kebenda nak lapor dirinya kalau macam ni. Memang ramai yang datang, dah berhenti kerja kat tempat sebelum ni. Sebab ingat akan dapat offer dari JPA.  Nufa memang terus kelu lidah! dah tak tau nak buat apa! Rasa macam nak menangis! Kenapa buat kami macam ni!! Kitorang dah berhenti kerja kot! Tau tak , susah nak cari kerja sekarang ni!!

Moral of the stories 

- Make sure, kalau korang dapat apa-apa offer pon, korang pastikan betul ke tak. Make yourself clear on that. Tak salah, kalau uols nak call tanya, Jangan takot. Diorang pon, manusia jugak. Sama-sama makan nasi.

- Kalau dapat offer kerja, korang tanya job description korang apa. Mana tau, korang kena cuci tandas tapi jawatan Cleaning & Services  Executive. OMG!

- Jangan lepas dah dapat Ijazah, korang rasa nak relax, relax je dulu. Nak tidur puas-puas. Nak enjoy dulu. Korang kena mula start cari kerja masa uols dah last sem. Or masa uols tengah praktikal. Ingat! Kerja tak cari uols!

- Bermula daripada bawah. Tak kisah walaupun kerja tu taraf SPM sebab employer sekarang lebih fokus pada experience compare daripada degree first class uols tu.

Then, lepas dah still tak dapat kerja, nufa balik kampung. Mak Abah suruh nufa balik. Dari situ, bermula lah kembali hidup seorang penganggur. sede? Hanya Allah yang tau, Tapi setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Kena sentiasa fikir positif. Allah bagi kita ujian, mungkin sebab nak tengok sejaoh mana kita leka, alpa terhadap-Nya .

Nanti, nufa sambung entry terbaru! apa nufa buat kat kampung.  Stay tuned!

-Nufangetnget- 


1 comment:

  1. Anda Seorang pelajar yang ingin mencari Pendapatan sampingan?
    Ingin Bantu ibubapa untuk cari pendapatan?
    Suri Rumah yg ingin bantu suami?
    Selalu duit tak cukup?


    Izinkan saya bantu.
    saya ingin mengajak anda buat satu bisnes dengan hanya menggunakan hp,buat sekali untungnya berkali-kali tanpa henti...

    Syarat kelayakan:
    👉berumur 12 tahun ke atas
    👉ada handphone sendiri
    👉ada kawan dan keluarga yang menggunakan Telefon
    👉ade akaun bank(kalo x camne nak masuk duit kan)
    👉betul² nak buat duit dan ingin menyelesaikan masalah anda

    Model Bisnes ini hanyalah RM100 seumur hidup(Bayar sekali sahaja).. nama pun bisnes.. mesti ada model kan

    #Nama syarikat Tune Group Sdn.bhd dan TONE EXCEL Sdn.bhd

    Yang betul2 serius terus whatsap "Saya nak" ke 0109773128

    ReplyDelete