Monday, December 22, 2014

My Convocation Day!! Bsc Biotechnology With Management

Assalamualaikum...

Seperti yang dah bagitau sebelum ni, nufa nak update pasal entry ni.
Tajuk pun macam formal and familiar sangat kan... Tambah-tambah baru lepas musin konvokesyen baru-baru ni. kalau tengok dekat facebook tu penuh je gambar orang baling topi, pakai jubah besar-besar dgn macam-macam color, pegang scroll and sesi bergambar dengan family, tak kisahlah kt studio ke.. kat bawah pokok ke... macam2 moment to be captured masa hari konvokesyen ni.

Sama jugak macam nufa. Nufa officially graduated pada 21 Oktober 2012. Dah lama kan. almost 2 tahun dah., tapi baru hari ni nak buat entry. Nampak macam dah basi sangat cerita tu.. Tapi, tak kisah la.. hiks hiks . Nufa graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. (fuyoo!) Alhamdulillah, dah ada Degree in science with honour Biotechnology With Management.

Syukur Alhamdulillah, nufa dapat hari ahad. So, hari cuti weekend. Senang lah nak suruh family semua datang. Biasa lah nufa anak jati kedah. Family semua kat kedah, jadi semua kena datang dari kedah. Yang datang masa tu, my beloved Mak, Abah, Kak ina , Abg kid, Adik Syirah dan Adik Ijon.
Suasana time tu, hujan-hujan renyai... So nak captured gambar banyak-banyak pon macam susah sgt. Dapat sesi petang pulak tu... Abis je sesi terima ijazah atas stage. keluar dewan, hujan dah makin lebat. So, my famlily lepad je kat masjid UKM tu... Solat asar sekali kat situ. So, ada beberapa keping gambar nak share semasa nufa graduate..

Alhamdulillah, masa graduate, nufa terima hadiah buku universiti daripada UKM. rasa sangat-sangat terkejut.. sebab, memang tak pernah pon tau dapat award tu. masa dok dalam dewan, bukak buku konvokesyen UKM ke 41 tengok page yang tak belakang sangat, ada nama nufa! Syukur alhamdulillah... rezeki daripada Allah.

Apa itu Hadiah Buku Universiti?

Hadiah ini diberi kepada graduan yang mempunyai PNGK paling tinggi dalam setiap course. Nufa course Biotechnology With Management. So, dalam course tu, nufa paling tinggi (acely, tak tinggi mana pon). Nufa bukannya dalam first class pon waktu graduate dulu. Just Second Class Upper je pon. Mungkin rezeki nufa time tu kan.. dapat apa?? dapat sijil penghargaan + RM 1500. (boleh guna duit ni time menganggur!) Tapi,  nak compare dengan budak-budak sekarang. Lagi banyak yang pandai-pandai. Sekarang nufa tengok yang nak masuk U pon susah even pointer masa diploma or matrik dulu above 2.5 .. Nampak sangat perbezaan walaupun baru 2 tahun. Nufa jugak salah seorang penerima biasiswa JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) . Dekat u dulu, sapa dapat JPA ni kira yang paling kaya and loaded lah.. mau tak nye, satu sem dapat dekat 5k! kalau ptptn dapat 3.5k mcm tu je.

Dulu nak apply JPA at least dapat 3.5 pointer matrik dah boleh apply dah. Inshaallah ada rezeki and comfirm dapat! Nowadays, nufa ada cousin, her pointer during matriks is 3.8+ macam tu... Tu pon permohonan x layak untuk dpt scholar. Mungkin sekarang dah ramai sangat orang dapat 4 flat. even 4 flat sekarang pon susah sangat nak dapat scholar. So, adik-adik kat luar sana, sekarang memang kena pulun habis-habis. Jadi ulat buku je tak cukup. Kena aktif kokurikulum and kokorikulum. Even nak cari kerja pon susah. (hmmm) (Macam mana lah plak dengan nasib mereka yang tak tahu nak membaca tu)

So masa korang nak konvo mesti korang nak pakai cantik-cantik kan. Nufa pon macam tu dulu. Sebulan sebelum konvo, nufa dah nak siap planning nak pakai baju apa. color apa.. First dulu, nufa pilih nak pakai color grey. sebab baju raya nufa color grey. so nak recycle pakai baju tu je. Tapi, bila dah sampai kt bangi, masa tu lepak dekat rumah marni (bff nufa dari indonesia) kitorang pergi cari baju baru. nufa beli baju lain kot. Sebab marni cakap color grey nampak menyerlah kalau atas stage. so terbang melayang-layang la duit nufa time tu. beli baju kurung moden yang baru dekat kedai first lady. Harga dalam RM79.90 kot masa tu... Nak cantik ni , dah tak kira dah.Sanggup habiskan duit walaupun time tu sebenarnya penganggur berjaya lagi. Maklumlah, time tu baru habis berlajar. Fully sponsored dari PAMA lah.. :)

Nasihat nufa untuk adik-adik yang baru nak konvo tu :

- Jangan membazir sangat nak beli baju mahal-mahal.
Sebab Jubah konvo yang korang pakai tu menutup segala manik-manik, sequine yang ada kat baju uols tu. Yang nampak cuma kain je nnty. So, korang beli kain je lah nanti. Tudung pon rasanya korang tak perlu nak pakai ala-ala turban walaupun time tu tengah trending sangat time tu.Nanty kan uols nak pkai topi ada tali mcm reben tu! Make sure uols selesa.

- Make sure korang ambik pakej photo session bersama dengan family korang. Sebab, ni mungkin sekali dalam seumur hidup korang nak konvo. so, gambar ni sangat-sangat penting untuk kenangan korang. Nufa sedih sangat sbb nufa x da photo session dgn family. Sebab family nufa kena balik kedah dah. Nufa ambik pakej photo session tu, tapi ganti dengan someone.. Sapa someone tu.. Jeng..jeng

- Make up? Biar natural beauty je. Sebab, uolss baru habis belajar. So, biar nampak sikit muka uols yg baru baru nak meningkat dewasa tu.. tapi nufa makeup jugak sikit.. :D (muka tak cantik katakan)


Masa Nufa konvo dulu, nufa nampak muka abah dengan mak excited sangat. Masa tu nufa rasa nak nangis, sebab jarang tengok muka mak abah excited macam tu especially muka Abah la. Maybe abah nak tengok sangat anak dia berjaya dalam pelajaran. Korang akan rasa lain macam sangat sebab korang dah bagi something yang valuable utk parents korang. Macam nufa jugak, nufa memang tak mampu nak balas jasa mak abah dengan wang ringgit, tapi dengan segulung ijazah ni, nufa harap, nufa dapat bg parents nufa happy. Parents kita sebenarnya tak mintak pon kita balas jasa diorang dengan wang ringgit. Kadang-kadang, yang valuable untuk mereka tu datangnya daripada usaha kita dari segi kita belajar sunguh-sungguh.

So, time dekat Uni, pls focus and pay attention to your study. Boleh kalau korang nak bercinta, tapi limitkan diri korang daripada aktiviti cinta cintun yang tak perlu. contoh kuar berdating balik lewat malam..  bercinta kat library pon okay what... =)

Sampai sini saja kot jari nufa menari-nari. Nufa try untuk upload gambar konvo nufa. Hari ni lupa bawak pendrive lah!

p/s : Graduate = konvo .. jangan pening-pening.. hiks.. hiks.. :)


-nufangetnget-





No comments:

Post a Comment