Sunday, September 2, 2012

Saya Pilih Awak, Untuk Bagi saya Kebahagiaan

Salam... sangat lama tak post new entry... maaf, buzy sgt.. terlalu banyak masalah yang berlaku. terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan... terlalu banyak perkara yang bermain di minda... ( ni kalah PM dah ni) heeheee...

Apa khabar.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir Dan batin.. Semoga hari raya ni memberi kita semua kemenangan yang kita cari-cari dalam beribadat kepadanya... (tak terlambat lg kan?? raya kt sebulan! :) )

"cinta pertama hebat..... tetapi cinta terahkir amat sempurna..." pernah dengar ayat ni??

saya cilok daripada someone tu! :)

cinta pertama yang dibina, kadang-kadang kita mengharapkan ia berakhir dengan sebuah perkawenan yang cukup bahagia... tp, kadang2, cinta pertama itu,, bukan jodoh yang tertulis untuk kita..

cinta pertama dicipta bukan untuk dikenang, tetapi untuk mengajar kita tentang sebuah kehidupan... kita belajar daripada kesilapan, kalau kita tak bt silap, kita tak akan kenal erti kebahagiaan... tak akan tahu kesalahan diri sendiri..

dalam hidup, kita perlu menerima kelemahan yang ada pada pasangan yang kita pilih... jangan jadikan ia sebagai perkara untuk kita perli, dan yang penting... jangan pernah mengungkit akan perkara yang lepas...


" kelemahan awak, akan saya lengkapkan'"

"awak bukan yang pertama, tapi saya berharap awak yang terakhir dan selamanya"

" tak semestinya jodoh kita dengan orang yang dah lama kita kenal, mungkin jodoh kita dgn org yang baru kita kenal"

"jodoh itu ketentuan Allah"

dalam perhubungan perlu ada tiga perkara
1. Kesetiaan
2. Kepercayaan
3. Kejujuran

dan yang paling penting, perlu ada rasa cinta... x kisah lah , cinta itu wujud pada awal perkenalan atau pon selepasnya...
kerana,

rasa cinta itu wujud dengan sendirinya.. jangan paksa diri mencintai seseorang... cintailah dengan sepenuh hati.... dengan itu, kita akan berasa cukup-cukup bahagia....

Allah tentukan jodoh kita, tapi kita haruslah mencari jodoh agar... bukan menunggu bagai bulan turun ke riba..


janji
1. Saya akan setia pada awak...
2. Saya akan berada di sisi awak selagi awak tidak berubah hati...

saya bukan bulan, saya bukan bintang... saya adalah matahari, yang selalu menyinari hidup awak.. yang awak sentiasa perlukan... dan akan sentiasa berada disisi awak..... untuk sebuah kebahagiaan...




terima kasih cinta... aku sangat bahagia...
nufangetnget~~~

No comments:

Post a Comment